Amar melaporkan,
'dalam kelas 1 Amanah tu kan Ummi..kawan Amar yang lama semua perempuan..Baiti, Damiya dengan Insyirah..kesian Amar sorang je lelaki..tapi takpe..Amar dah cari kawan baru..'.
Kawan Amar dari KEMAS Warnasari cuma Baiti, Insyirah dgn Damia..Amar sorang je lelaki.. |
Hmmm...pandai-pandailah nak..:)
Hari Orientasi sebenarnya dibuat pada 31/12/2012. Serentak itu, ibubapa diterangkan dengan lebih lanjut tentang KSSR dan sebagainya. Ada sesi Sarana PIBG juga sesi soal jawab. Saya dan suami berbahagi-bahagi, saya uruskan buku teks dan keperluan lain, suami pula pengawas setia Iman dan Rayyan. Macam-macam kerenah, terutamanya ibubapa yang pertama kali hantar anak ke sekolah seperti kami.
Kadang-kadang terasa macam ibubapa pula yang lebih teruja dan seronok berbanding anak..:)
4 comments:
Wah...besar dah Amar :-) Kejap betul masa berlalu...rasa mcm baru je lagi kita tingkatan 5 zah... huhuhuhu...
betul la Zah, rasanya parents lagi excited..:)
nina..mcm baru je kita jln sama2 sesaiz..hehe
kak z..very true
Post a Comment