Pernah dengar Bujal?Bambino?
Itulah nama majalah kanak-kanak yang saya baca ketika tabika
dan sekolah rendah. Saya mula membaca majalah Bujal seawal usia 5 tahun dan
saya masih ingat lagi saya baca perkataan ‘GENG’ dengan sebutan ‘Genege’ J. Dalam Bujal ada
watak-watak Bujal, Bujil dan Bujul..Karim, Wak Dogol dan lain-lain. Majalah
Bambino pula lebih berwarna-warni dan banyak aktiviti berbanding cerita. Saya
tak ingat harganya berapa, yang pastinya saya guna duit lebihan belanja sekolah
untuk beli Bujal dan Bambino.
Sekarang saya lihat banyak sangat majalah kanak-kanak yang
berada di pasaran. Banyak versi, Islamik (Ana Muslim, Sayang Muslim, Aulad),
animasi macam Boboiboy, fantasi seperti Barbie dan siri Disney seperti Mickey Mouse
Clubhouse. Bertuah kanak-kanak sekarang, semuanya ada!
Tidak kira apa versinya saya berpendirian, sebagai seorang
ibu..pemantauan dan pe’mandu’an itu penting. Kalau boleh, sebelum anak-anak baca
majalah atau buku, kita baca dulu. Agak kurang bijak bila kita belikan tapi tak
tahu apa yang kita berikan. Lebih-lebih lagi bila anak-anak zaman sekarang
sangat banyak bertanya dan sungguh tinggi perasaan ingin tahunya.
Tidak mengapa kita yang dah remaja purba ini membaca Sayang
Muslim, Boboiboy dan sebagainya. Tak menjadi kesalahan pun J. Sekurang-kurangnya
kita dapat terangkan pada anak-anak,mana yang baik mana yang tak boleh diikut,
mana yang cantik, mana satu yang tak elok..kan?
2 comments:
very the retro..hehe.. ingat lg dulu bg duit kt cikgu minta tlg bl bambino, maklumlah rumah jauh dr pekan..
retro kan..?zmn tu dapat baca macam bangga sgt..hehehhe :)
Post a Comment