Seronok rupanya bila uruskan anak-anak sendiri. Di balik keletihan dan kepayahan, terselit kepuasan yang tak boleh digambarkan. Rutin baru saya selaku SAHM memberikan saya ruang dan peluang seluas-luasnya merasai pengalaman melayan, memenuhi keperluan, mendidik, memandu tindakan permata-permata hati.
Sebenarnya terlalu singkat masa bersama mereka. Sekejap sahaja Amar sudah bersekolah rendah, begitu juga Iman yang sudah ke kelas Tabika, juga Rayyan yang sudah bijak berkata-kata. Alhamdulillah. Di kala ada insan lain yang mendambakan kehadiran cahayamata, saya dan suami sudah ada mereka yang diamanahkan Allah untuk kami pelihara dan didik sebaik-baiknya..Allah moga Kau permudahkan.
Benar, mendidik dan memelihara anak-anak tidak semudah dijangka juga tidak seindah dicita. Segalanya menuntut dedikasi, pengorbanan, juga kesediaan untuk berubah, terutamanya merubah diri sendiri..lebih sabar, lebih toleransi, lebih matang, lebih ilmu..subhanaLlah.
Allah moga Kau permudahkan.
Allah moga Kau permudahkan.
Allah moga Kau permudahkan...:)
No comments:
Post a Comment