sepoi-sepoi bahasa..
secara peribadi..sangat suka gambar-gambar ini juga perasaan ketika ini..tempat ini tidak jauh dari kampung halaman kami..tak jauh dari rumah mertua di batu laut..juga tak jauh dari kampung kelahiran arwah abah di pekan banting..
tambak ini di Pantai Morib..pantai ini zahirnya biasa-biasa sahaja..mungkin airnya tak setanding kehijaubiruan lautan di laut china selatan..tapi kami dah terbiasa dengan keadaannya..dulu masa kecil..arwah abah ada juga membawa kami anak beranak ke sini..acapkali juga arwah pak long bersiar senda dengan anak-anak saudara di Pantai Morib yang tak berapa jauh dari rumahnya..
kala dewasa ini..bersurat sudah jodoh kami..berkampung halaman berhampiran..menyediakan peluang pula untuk anak-anak mewarisi kenangan zaman kanak-kanak kami..biar mereka kenal daerah sendiri..dan cinta dengan tempat sendiri..walau mungkin tak segah emasnya hujan di tempat lain..batu yang turun di tanah sendiri bukan sekadar ungkapan kemegahan tapi juga simbol kecekalan kental anak watan..
saya anak kuala..ibu saya orang kuala selangor..arwah abah saya anak kuala langat..
bapa mertua saya kelahiran kuala langat..ibu mertua saya jati kuala selangor juga!
suami saya lahir di shah alam, saya dilahirkan di klang..meskipun anak-anak kami lahir di KUALA lumpur..saya sayang selangor saya!
No comments:
Post a Comment