Doa buat Ayahanda
kehilangan hakiki seorang ayahanda
telah tiga tahun..dilalui
hati tetap tega..pemergian abadi diredhai..
kerana janji Allah tu pasti..
namun kenangan sentiasa menggamit
dan hati sentiasa merindui..
apatah lagi bila melihat ada yang memiliki..
persis kasih seorang ayah yang amat mengasihi
belum puas menumpang rasa
meskipun tidak terikat kasih saudara
kasih Allah membajai jiwa..
terpancar pada kasih dan sayang seorang hamba
atas ukhuwwah fillah.. yang bukan kepalang hikmahnya
namun..dibalik kehadiran
tercatat qadar sebuah pemergian
meskipun tidak berdekad lamanya ikatan
namun tautan berdasar keikhlasan
terpancar pada wajah penuh keimanan..
pada dasar menuju ihsan..
tiada lain yang dapat dititipkan
hanya doa untuk kesekian..
Moga rahmat perlindungan Tuhan Yang Maha Rahman
sentiasa rendang..menaungi keberkatan..
di dunia dan di sana yang abadi insha Allah berkekalan..
Ain Zaiha
28/08/2008
* nukilan dari hati ketika hari berlangsungnya Majlis Perpisahan dengan CEO..tak terungkap rasanya apa yang ada dalam hati..yang pasti perpisahan kami dengan CEO adalah sesuatu yang seolah-olah merentap hati,benak dan harapan
..tapi bila difikir2kan balik, hikmah Allah itu Maha Luas dan Dia Maha Mengetahui..mungkin pedih bagi kami untuk kali ini..manakan tahu..pedih dan pahit akan manis akhirnya..semoga Allah terus memberikan kekuatan untuk CEO yang meninggalkan kami dan kami yang ditinggalkan dalam meneruskan galasan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan di muka bumi ni..khususnya di tempat kerja kami..moga apa yang ditanam dan disemai..dituai sebaiknya..walau mungkin tidak di sini..tapi di sana yang kekal abadi..amiiinn..
'alaika tawakkalna Ya Rahman..
2 comments:
Sentiasalah berdoa agar kita, ibu bapa kita dan keluarga kita serta seluruh umat Islam akan semua bersama-sama berarak di padang mahsyar menuju titian sirat mengecapi ganjaran syurga dari Allah..
amiinnn...insha Allah..moga doa dimakbulkan apatah lagi di bulan barakah ni..amiin ya rabbal 'alamin..
Post a Comment