June 07, 2011

berabahan..

rumah atuk tinggi..bertiang-tiang..kami suka main bawah rumah atuk..:)
tiang-tiang atuk jadi tempat kami main rebut tiang..bersilang-silang saya dan sepupu2 menyimpang siur berebut tiang..siapa tak dapat peluk tiang..jadi..jadi apa entah..:)

bawah rumah atuk muat untuk segala..letak motor, simpan kawah, tempat barang khazanah..hatta acik2 mendodol juga di bawah rumah..

pangkin bawah rumah tempat paling best!lepak anak beranak..sambil makan rambutan, main batu seremban..minum air sirap buatan nenek..sirap nenek sedap..suam-suam wangi..kami tak minum ais!

tapi kalau atuk nak 'berabahan' di pangkin, semua aktiviti kami tertangguh seketika..tak boleh main tiang2..acik meng'andak' motor pun senyap2..ambil cawan pun terjingkit2..atuk 'guringan'..

sekarang,
tiang2 dah tiada..kami pula dah beranak pinak dan merata-rata berpergian..
pemandangan dan pengalaman bawah rumah atuk sirna ditelan masa..tapi masih jelas di ruang mata..

atuk pun dah 'ranai berabahan'..'guringan' untuk selamanya..

June 06, 2011

stesen gagak di tembok besar

sejak kenal dunia..sejak mulut pandai bercakap..dah kenal tempat itu..
masa kecil..zaman kanak2..laluan balik ke rumah nenek di Banting..pasti lalu..kadangkala singgah..

bila tingkatan 4..bertukar sekolah dari Simpang Lima ke Kolej Islam..dah tentu tempat itu juga laluan utama..kemudian belajar di UKM..berkenderai ke Bangi..kadangkala dengan bas..kadang-kadang dengan komuter..juga tempat itu..

dah habis belajar..beradu nasib di kota lumpur..tempat itu juga turun naikku..bersaksikan turun naik gaji dan tambang..

baru-baru ini..sengaja mengintai laluan kendiri itu..stesen yang berjasa..dan ada rindu bertamu di hati..
1.mee bandung stesen bas klang
2.pasar jawa klang
3.greatwall!oh tidak..!tembok besar itu dah lama runtuh..
4.orchard..ocean?mujur pejabat pos ada lagi...
5.bandar gagakku..tanah lahirku..

p/s-saya dilahirkan di Hospital Pantai, Klang..ketika itu HBTAR belum siap untuk beroperasi..

dia hampir 5 tahun!



amar..9 bulan




dia dah besar...4 tahun 7 bulan




buah hati sulung ummi dah besar!


June 02, 2011

..RAJA beraja..

raja di tanah sendiri
~makan, minum..hasil tanah sendiri, dari bumi yang dipijak..tanahair kan?
~berjual..berniaga hasil tuaian sendiri..
'saya raja, sayalah yang meletak harga..saudara mahu pilih mana selera..bayar ikut harga saya..tanah ini tanah saya'
~berumahtangga di atas tanah sendiri..bebas berlaku seperti raja dan ratu
'eh..saya raja..memanglah dahulukala saya bertuankan Raja..kalau tak..manakan mungkin saya bertaraf warganegara..kerana tanah ini milik tuan Raja saya dari keturunan berketurunan..'
~beranak dan berpinak..sudah ada tentu warganya..wangsanya..bahasanya..
'kata raja..takkan perlu berkelakuan seperti hamba..jalan dan tindak tak perlu tersuruh-suruh..'

raja di tanah sendiri?
~makan, minum air tangan warga tanah orang lain, hasil dentang denting kuali ketukan bangsa-bangsa bangla, langka..burma?
~berjual?isy..isy..membeli yang sebenarnya..Ringgit MALAYSIA enam sahaja pak..aiit..?duit di tgn utk org lain..harga?
'sekarang harga ikut GLOBAL..walaupun hanya untuk barang LOKAL..'
~berumah?kata warga kota..kemampuan kami yang bertangga dan berstrata..atas tanah?di pinggir2 kota..hmmm bolehlah..
~beranak dan berketurunan..
'anak-anak kami dibela bibik di rumah..takpe..sekurang2nya ada yang menjaga..makan pakainya saya tetap jaga..,tv pun saya pasang As*ro Ce*ia..'

May 26, 2011

alif ba ta duniaku

alhamdulillah..subhanallah..

..sedikit kegusaran melanda hati, bila ditilik dan diselidik (berdasarkan pengalaman sendiri bukan statistik rasmi) dalam 7 orang di sekeliling orang-orang awam, yang bukan dari kalangan keluarga..5 tidak mengenal dan menguasai bacaan al Quran..tidak tahu eja baca jawi..Allah..

ayuh!kuatkan hati dan azam, bertindak dengan apa yang ada ditangan..berperananlah utk diri dan mereka yang berada dalam lingkungan kawalan serta perhatian..

pertama ;
bersegeralah dalam mendidik anak-anak mengenal kalam Tuhan, walau kadangkala payah untuk mengusir lelah..mereka itu amanah..!

pertama sebelum pertama ;
bersegeralah mendidik hati dan kekuatan diri sendiri..perbaiki dan perhalusi kekurangan tentang ilmu Al Quran, berseia sekata dengan rakan seperjuangan (suami bagi si isteri..isteri bagi sang suami)..bagaimana kita mahu permata mengenal kaca dan intan..kalau resam ketam tak diambil ingatan?

Berjuang di Medan Cinta

Selamat Berjuang

Malam siang berlalu
gerhana kesayuan
tiada berkesudahan
detik masa berlalu
tiada berhenti
oh syahdunya

Sejenak kuterkenang
hakikat perjuangan
penuh onak dan cabaran
bersama teman-teman
harungi kehidupan
oh indahnya

Berat rasanya di dalam jiwa
untuk melangkah
meninggalkan semua
kasih dan cinta yang terbina
ia kan selamanya..ooooo

Selamat berjuang sahabatku
semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan kubiar ia berlalu..
berjuanglah hingga ke akhirnya
dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
sengsara di dalam perjuangan
jiwaku merana dan meronta mengharapkan
kedamaian dan jua ketenangan

Tetapi kuakur pada hakikat
suka dan duka dalam perjuangan
perlu ketabahan dan kekuatan
keteguhan hati berlandaskan iman

Selamat berjuang sahabatku
semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan kubiar ia berlalu
berjuanglah hingga ke akhirnya
dan ingatlah semua ikrar kita..

nasyid ini adalah antara kegemaran aku dan sahabat-sahabat kesayangan ketika berkampung 3 tahun di KAB, UKM..seronok dan tersenyum mengingatkan..zaman remaja dan awal dewasa yang penuh dengan warna..

hidup ini penuh dengan perjuangan..di segala medan..medan ilmu..medan kendiri..medan cinta..ketika di varsiti..kami segar dengan keterujaan menimba ilmu..mekar dengan kecelaruan hati memburu cinta sejati hehehhe

untuk Liza,Normy,Elin dan Kak Gee..sayang di hati ini lebih dari yang terungkap..:)

Couples..

mak cu n nenek cikgu


pak ngah, mak ngah n rayyan


mak lang n pak lang


abah n ummi


Lokasi : Jeram, Selangor


Tarikh :08.05.2011 (sempena Hari Ibu)...




Giliran balik kampung rumah Nenek Cikgu (gelaran utk nenek oleh Amar dan Iman) berkebetulan tarikh sambutan Hari Ibu..




kami tunggu Pak Ngah dan Mak Ngah siang tu dan Nenek yang ada Mesyuarat Bahagian di Kuala Selangor pada sebelah petang


makan..biasa-biasa sahaja..lambat pulak tu..

May 24, 2011

juara



....alhamdulillah...






May 20, 2011

mereka..permata..






sekejap sahaja masa berlalu..:)

rayyan dah pandai meniarap..seronok tengok kesungguhannya..iman pula semakin pandai mengayu-ayukan diri..aduhai!semakin manja adanya..nak dilayan segala bagai..pantang tersentuh..pantang dicuit..rajuknya macam anak dara pula perlu dipujuk..amar?tetap dengan ke'abang'annya..alhamdulillah..dah semakin dewasa anak ummi..tak perlu tersuruh-suruh kalau adik menangis..comel saja gayanya memujuk adik lelaki kesayangannya..

ummi..?redha dan sangat bersyukur!



May 18, 2011

Sejahtera untukmu

17 Mei 2005..dah 6 tahun perpisahan nyata kami..

kalau boleh catatan ini tidak mahu berbau duka..

alhamdulillah kami berpeluang menyayangi dan disayangi dia dan sangat bersyukur Allah sediakan juga ruang untuk kami bersedia dengan pemergiannya..juga sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkasih sayang setulusnya di ambang perpisahan dengannya..

dia insan yang sangat istimewa dan tiada duanya...tak jangka di balik letih dan lelahnya..dia sembunyikan segala kepedihan..di balik tubuh sasa bersusuk sihat, tak pernah terjangka ada sakit tak terungkap..

teringat lagi kesungguhannya menghantar anak sulungnya ini ke sekolah berasrama di usia 13 tahun, entah apa gelodak hatinya ketika itu..anak kecil yang berada di depan mata selama ini..berjauhan untuk peluang yang lebih meyakinkan..

masih jelas di ruang mata senyum puasnya ketika zuriat sulungnya ini melambai-lambai padanya ketika riang gembira bergelar graduan..apa agaknya kata hatinya ketika itu..dia tidak pernah suarakan..

terdengar-dengar lagi suaranya ketika dia mengucapkan 'happy birthday anak abah..' pada 28 Februari 2005..dia tak pernah begitu sebelum itu..terkejut juga dengan panggilan telefonnya pagi-pagi di hari lahir kesekian kali itu..dan tak pernah terjangka itulah ucapan selamat terakhirnya untuk cahayamata sulungnya..

terbayang-bayang lagi riak gembiranya bila tahu puterinya bakal disunting orang..bakal menjadi suri pada hidup seseorang..mungkin ketika itu bimbang dihatinya sedikit berkurang, telah ada lelaki yang bersedia memimpin puterinya..telah ada tempat untuk dia galangkan amanahnya..

dia pergi dengan redha
dia pergi dengan janjiNya
dia pergi dengan rahmatNya
dan dia tak pernah luput dari ingatan dan doa..

*abah, akak sangat rindukan abah..
akak dah ada 3 orang anak bah..2 lelaki seorang perempuan..cucu abah comel2..yang sulung..saling tak tumpah macam raut wajah abah..tiap malam akak ajar anak-anak sedekahkan fatihah untuk abah..walaupun mereka tidak pernah berjumpa abah..mereka tahu Ummi mereka ada ABAH..

Al-Fatihah

May 16, 2011

Terima Kasih Cikgu

Kelip-kelip si kunang-kunang


Indah cahaya bergemerlapan


Jasamu guru tetap dikenang


Pencurah ilmu penyuluh harapan



pantun ini dicipta ketika Tahun 6 pada tahun 1991 di Sek.Keb.Parit Mahang.


ketika itu, selaku Ketua Murid saya dikehendaki menyampaikan ucapan penghargaan kepada guru-guru ketika Majlis Hari Guru peringkat sekolah.




itulah ucapan umum pertama saya..dari teks ucapan yang dikarang sendiri..teks yang tak seberapa dan pantun empat kerat yang bertaraf darjah 6..:) namun, saya masih ingat sehinggalah sekarang..dan saya juga masih ingat senyuman para guru, ikhlas dan mendamaikan..




terima kasih cikgu!

Trek AMAR



layanlah imaginasinya..:)..pasti menarik..


abjad bermagnet dijadikan sempadan trek ciptaannya, inspirasi dari 'word world'..


kusyen sofa dijadikan penghadang..bila ditanya..bukit jawapannya..


Amar memang suka menyusun..

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...