Peluang seperti ini jarang aku lalui, mungkin dalam 2 bulan adalah sekali. Bila melalui selusur berlandasan ini, pasti pandangan aku tertangkap pada belukar2 tinggalan di mana asalnya mungkin tanah warisan. ..(?) Abdullah Hukum, Pantai Dalam, Dato’ Harun tak ketinggalan Batu 3..nama-nama yang berjiwa melayu pastinya…opsss tak ketinggalan Seri Setia..(bukan ke dulu tempat ni namanya Sungei Way..err tiba2 hari ini nama itu seolah lenyap..x sekomersial SUNWAY kan?)
Entah kenapa, ada persoalan dlm hati bila melalui kawasan2 itu..ada cerita yg seolah tak tersuara..rasanya bukan sedikit saudara sebangsa yang berkongsi bahasa dulu berada dan beraja di tanah situ dan tanah sana..
Petempatan ibarat desa diganti cerucuk2 moden berbatu-bata..dan jangan lupa..ia berhakmilik strata kebanyakannya..tambahan ciri, selalunya berdekatan loji kumbahan dan tanah lombong yang ditimbus berlapis-lapis..x pun berdekatan dengan kawasan perindustrian di mana hidung dan deria lali dengan segala ‘kelebihan’. Rasa sesal dan kasihan..kenapa begitu susah untuk menggalas payah? Kalau generasi berpangkat datuk atau moyang kita berhempas pulas meneroka dan melebar selesa anak cucu..generasi pewaris separuh sedar dan separuh tak endah..apatah pula dengan generasi ketiga..dan seterusnya..siapa yang bijak dan siapa yang terpijak..
Aku sendiri x dapat berkonklusi..cumanya pemerhatian aku dalam tempoh 40 minit perjalanan ini masih bersisakan beberapa persoalan (dan mungkin ada unsur kekesalan?) :
1. dulu seusia aku 6 ke 7 tahun pernah aku dan beberapa abang saudara berlegar, bermain dan berlari di Kg Dato’ Harun..tapi di mana kawasan itu sekarang?
2. perjalanan di lebuhraya persekutuan, zmn2 awal persekolahan dan pengajian mata aku selalu tertumpu pada kawasan perkampungan di atas bukit di tepi kilang gula..sekarang..kawasan tu dah jadi apartment bertingkat2..(yg peliknya..kuil berhampiran situ makin besar lingkup pagarnya..?)
3. dulu..aku pernah tengok cerita melayu bertajuk ‘setinggan’ tiba2 cerita itu terimbas..hmmpphh
4. seawal usia aku 11 tahun aku teringat aku ada membaca buku karangan Hatta Azad Khan berupa skrip dan cerita tentang karyanya Syyyhh (Kg Seri Wangi)..aku terpikir semula perkembangan dan sorotan siri itu..dari Kg Seri Wangi menjadi Pi Mai Pi Mai Tang Tu..?hmmm
~ ainzaiha ~
~ Catatan: dalam komuter (08/03/2010)
2 comments:
ohh..
izah.. terima kasih dengan pandangan yang disusun kemas dan tepat tentang penempatanku. Aku juga sudah hampir lupa pemandangannya dulu yang sudah berubah sama sekali.
Padang kosong tempat kami anak-anak kecil berlari-larian selepas tamat persekolahan sudah digantikan sebuah bangunan bata berbentuk rebung...
...dan lereng bukit tempat kami mengelungsur dengan kepingan kotak sudah bertukar pintu gerbang gah milik kerajaan...:)
terimbau kenangan...
yan..aku masih ingat lagi citer ko pasal lalu terowong..aku dok terimbau2 lagi citer ko psl susahnya nak lintas jalan pegi skolah..sampai sekarang kalau aku lalu kwsn tu aku akan tercangak2 kenalpasti kawasan yg dah xde..
Post a Comment