saya memang gemar ber'buku'2...sejak mengenal huruf hinggalah sekarang..terima kasih mak dan abah kerana mendedahkan kecenderungan ini seawal dari kandungan lagi..(dan sekarang gemar juga ber'muka buku'..dan tidak sekali-kali gemar kepada ber'muka'2)
pesta buku jarang tak diambil hirau..mmg sgt ambil peduli!
awal2 persahabatan bersama suami dulu...sy ajak dia ke pesta buku ini..di tempat yang sama..di musim yg serupa...dialog begini pernah terlahir..'maaf kalau apa yg sy suka membosankan..'(kecenderungan dan minat kami berbeza) jawab beliau ketika itu..'saya akan cuba memahami dan cuba menyesuaikan diri..'..:)
alhamdulillah..hampir 6 tahun usia pernikahan kami...dia masih setia menemani dan berkongsi..subhanallah terima kasih ya Allah!
kali ini perjalanan dan kembara kami diiringi permata2 yang tak ternilai..lelah dan letih mmg ada..beberapa kali juga karpet dan sofa PWTC menjadi persinggahan, si abang menelek2 buku baru dibeli..si kakak menarik2 plastik dengan iri dan ingin berkongsi dan si adik tersua2 meminta haknya dipenuhi (susu ibu kan terbaik...?)..
saat2 begini mungkin biasa2 saja bagi sesetengah yg lain..tapi bagi kami ia antara pelaburan terindah..kembara bersama mereka yang menyayangi dan disayangi..nikmat manakah lagi yang ingin didustai?
No comments:
Post a Comment