Rabu lepas kami bawa Amar gunting rambut, dengan kerelaan dan kesediaannya. Sebelum ini, Amar agak takut untuk bergunting, dan atas sebab itu kami selalu meng'urus' rambutnya sendiri. Jenuh juga membantu keyakinannya. Besar juga pengaruh Diego (siri kartun Go Diego Go) dan Higglytown Hero. Kenapa? Ada siri dalam GDG tentang kembara Diego membawa rakannya ke 'Barber Shop'. Digambarkan ke'handsome'an dan kekemasan setelah bergunting rambut dan betapa 'barber' tidaklah menakutkan. Dalam HH pula diceritakan tentang peranan 'barber' yang sangat membantu dan hero yang boleh dicontohi dalam komuniti. Saya selaku ummi akan menjadi fasilitator setia pada siri-siri kegemaran anak-anak, seterusnya bertindak selaku 'narrator' dan rujukan utama mereka.
Sejak itu, Amar 'alert' dengan Barber Shop. Kami sengaja mewujudkan keinginan dan keterujaan dia untuk menggunting rambut. Alhamdulillah, rabu lepas dia berjaya mengatasi ketakutannya berjumpa 'barber'. Dengan bertemankan abah (ummi tengok dari dalam kereta), Amar menyerahkan 'urusan' rambut dan kepercayaannya kepada 'barber' dan dengan tersenyum dia membuat isyarat 'thumb up' kepada ummi....:). Dalam kereta tak sudah-sudah Amar melihat cermin dan bersambung bila sampai di rumah...'handsome kan anak abah?'..aiitt..abah dapat nama?
No comments:
Post a Comment