|
refil percuma,jualan amal setiap Jumaat |
|
sama dgn baju.. |
|
refill ni
|
Pernah dengar cendol bakar?Bagi yang melalui laluan 54 KL-KSelangor berkemungkinan pernah nampak gerai ini (lokasi: Asam Jawa, Kuala Selangor). Banner yang tergantung pun memang menggamit "CENDOL BAKAR, BANYAK YANG PERCUMA..". Memang ia pun..harga paling basic RM 2.00 dan boleh refill suka hati kita..nak tambah ais?santan?pulut?kacang?semua boleh..air minum pun percuma, nak refill semangkuk dua pun boleh. Hari Jumaat pula, semua hasil jualan akan disumbangkan ke masjid di situ. Cendol BAKAR bukanlah dibakar cendolnya,tapi En.Bakar nama tuan punya gerai..:).
4 comments:
ooooooo... punyalah ku bayangkan cendolnya terbakar gitu..huhu nice!
nak tarik org..:)
subhanallah!
hahaha.saya ingatkan cendol di bakar. jenuh saya perhatikan gambar mangkuk cendol tu, nak tengok ada rupa macam di bakar ke, macam air kelapa bakar pernah saya tengok.
terpikir lagi, ni macam ais-krim goreng ke, kira cendol di bakar cepat-cepat takut abes cair.haha.dasyat sungguh tahap imaginasi saya.
tajuk entry ni memang terbakar! hot abes walopun bukan cendolnya yang terbakar. terbaek!
E.Conan, di hujung board tertulis 'ikhlas dari: En Bakar'...:)
Post a Comment