May 15, 2013

Sihat Matlamat

Saya pasti semua orang mahukan yang terbaik untuk diri, keluarga terutamanya anak-anak. Saya juga tidak terkecuali. Saya juga yakin, sebagai ibubapa kita akan berasa risau dengan persekitaran dan pengaruh tidak sihat terhadap anak-anak saya.
Saya berhajat dan berharap, anak-anak saya lebih kenal dan lebih kagum pada individu-individu yang sihat. Sihat akal, sihat hala tuju hidup..sihat iman..sihat matlamat.

Saya berusaha dan berikhtiar..memperkenal dan mendedahkan anak-anak kepada sosok-sosok pemuda pemudi yang baik. Baik akhlaknya, baik hatinya..baik ilmunya..baik cara hidupnya. Setakat ini saya 'sedang kumpul' beberapa 'manusia hebat' pada penilaian saya..diulangi pada penilaian saya. Contoh-contoh hidup yang mencontohi contoh terbaik..iaitu Rasulullah tercinta.

Saya (dan suami juga) wajib berusaha dan berikhtiar..agar diri kami juga menjadi 'manusia hebat' pada pandangan mata anak-anak. Usaha tingkatkan ilmu..berusaha kuat tingkatkan sabar dan santun..aduhai!

Usaha Ummi..usaha!

No comments:

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...