Bismillah..Alhamdulillah..sudah seminggu kami ber'gelanggang' di Bazar Ramadhan. Seronok..pada asasnya kami berniat untuk mengetengahkan ayam bakar resepi keluarga ini, atas dasar itu kami tidak peduli bila ada yang sinis berkata 'dah bergaji tetap..elok2 kerja, kenapa pulak nak susah-susah berniaga'..tak pun..' tak cukup senang lagi ke?'..Allahurabbana..jauhkan..jauhkan prasangka dan bait-bait negatif itu melintas bersimpang siur ye..:)
Tujuan dan niat kami..pertama ;kami nak ketengahkan resepi dan air tangan yang abah wariskan kepada kami untuk sama-sama dinikmati juga oleh orang lain. Kami memang suka makan, tidaklah kisah sangat kalau membayar untuk sesetengah hidangan yang mampu kami perolehi dan berbaloi dengan rasanya, apatah lagi bila ia dimasak oleh orang-orang tempatan. Air tangan tempatan..:)
Kedua ; kami sudah berada di 'tempat sendiri'. Daerah kami..daerah datuk nenek moyang kami. Alangkah ruginya andai kami tidak beraja di tanah sendiri. Betul, saya jemu dan kasar katanya 'meluat' bilamana makanan, minuman, hinggakan barang runcit dijual, diurus, dijana oleh orang-orang luar..pendatang tanpa izin, dengan izin segala izin. Justeru, kami gunakan kelebihan 'berada di tempat sendiri' ini dengan cuba menghidangkan sesuatu yang halal, bagus, bersih, sedap dan berbaloi untuk saudara senegara dan yang paling penting seagama. Cuba tengok kiri kanan..tidak kiralah gerai, kedai mana, kadangkala terasa bukan di negara sendiri bilamana duit kita tersalur pada orang luar. Bilamana wang yang kita perolehi untuk sara keluarga dihulur pula kepada minah-minah Indon, Myanmar dan lain-lain.
Ketiga ; kami cuba perkenalkan konsep mandiri kepada anak-anak. Cuba untuk membuka minda mereka seawal usia, untuk melakukan sesuatu dengan rasa 'bebas' di hati. Tidak berada dalam lingkungan selesa sahaja, malah mendedahkan juga kepada mereka dengan kepelbagaian kemampuan manusia. Ada yang senang, ada yang susah. Ada yang hidup mudah..ada juga yang sering merintih payah.
Keempat..kelima...banyak lagi sebenarnya...
Ada kesempatan saya catatkan lagi, ada ruang saya kongsikan lagi. Nanti..:)
7 comments:
Moga terus maju jaya Zah..
salam Ramadan..
terima kasih laili..selamat berpuasa untuk Laili dan keluarga :)
tape you just go for it! hee
Teruskan usaha, pandangan Allah lebih baik dari pandangan manusia...yang penting kita enjoyyy!!!!!
Xila..tq :)
Mas..many thanks 2 u..betul..yg penting kita enjoyyy!!
doa terbaik untuk akak...moga dalam lindungan Allah selalu (hati sayu..air mata bergenang..saya rindu akak)
tq sayang..:)...miss u so so much..(sob sob..) mesti ko rindukan kata-kata tulusku kan dik..dari anak dara sampailah kita jadi mak kepada anak dara..hehhehe..u r always in my heart dear..:)
Post a Comment