|
Trip 1 |
Seperti
catatan saya, hujung minggu yang lepas banyak episodnya. Saya cuba rakamkan satu persatu. Kali ini tentang durian di kampung mertua di Batu Laut. Awalnya, kami tak menjangkakan apa-apa bila pulang menziarah abah dan mak di kampung, tak sangka pula pulangnya kami dengan durian yang gugur dengan baik sekali. Mak mertua khabarkan, minggu lepas durian tidak gugur sebanyak ini. Alhamdulillah, rezeki!
|
Iman tolong abah, katanya :) |
|
Ini durian yang paling sedap dan paling susah dikopek |
Kalau tak silap, ada 8 pokok yang berbuah dan gugur pada musim kali ini. Durian pun ada beza rasanya mengikut pokok. Ada yang ulasnya kecil tapi sangat 'juicy', ada juga yang ulasnya tebal dan rasanya sangat lemak. Ada pula yang rasanya seperti lemak-lemak susu. Besarkan kuasa Allah, walaupun dari pokok yang sama kadangkala rasanya juga berbeza-beza.
|
Atuk ajar skill |
|
Rayyan pemenang 'pemakan durian paling banyak' |
Sebenarnya, saya memang 'hantu' durian, sementalah keluarga arwah abah juga berasal dari daerah sini, Banting (Kuala Langat). Ketika kecil dahulu, musim durianlah paling meriah. Selalunya bertepatan dengan musim cuti sekolah dan saat-saat itulah saya dan sepupu-sepupu sejauh Ipoh bertemu berkumpul di rumah nenek Banting. Bila melihat anak-anak me'ngerja'kan durian, saya terbayang-bayang memori saya ketika zaman kanak-kanak pula :).
Tambahan catatan, ketika mengandungkan Rayyan, saya langsung tidak boleh usik durian. Mabuk dan pening seharian. Tapi kini, berbanding Amar dan Iman, saya perasan Rayyan pula yang paling 'tahan' dengan durian.
Sehingga kini petua arwah nenek tetap saya pegang, lepas makan durian minum air dari pangsanya. Anak-anak pun saya ajar perkara yang sama. Rindunya saya dengan arwah nenek.
7 comments:
Banyak durian. Mesti sedap makan durian yang baru luruh.
Alhamdulillah..rezeki dari Allah,mmg sedap sebab 'feel' durian baru gugur mmg berbeza :)
Assalam :) banyaknya durian..best ada pokok sndri, dpat makan hsilnya..sy pn hantu durian juga..tp thun ni xbnyak sgt makan..
alaika salam SKA, alhamdulillah..rezeki!mmg puas hati :)
Durian oh durian :)
Aniq, raja buah.. :)
Raja segala buah iru memang nikmat
Post a Comment