September 15, 2013

Sukan TBK KEMAS Jeram Zon C Kuala Selangor

Ahad 15 September 2013, hari sukan Iman dan rakan-rakan. Bertempat di Padang SMK Saujana Utama, sukan kanak-kanak TBK Kemas berjalan dengan baik dan cuaca pun sangat mengizinkan. Semalam sahaja, kami sudah berada di sini untuk acara 'rehearsal' pada waktu pagi. Hari ini kami berhimpun lagi di sini untuk sokongan kami kepada Iman dan rakan-rakan dalam acara tahunan ini.

Cikgu Nabila dan anak-anak didiknya
Ada 9 buah sekolah TBK Kemas di Jeram Zon C, sekitar Bdr Puncak Alam, Saujana Utama dan Felda Bukit Cherakah. Setiap TBK memakai baju sukan berlainan warna , Tabika Warnasari memakai baju berwarna merah.
Acara Individu Sukaneka-Bawa Pundi Kacang. Iman dapat tempat ke4
 Acara ini acara pertama yang Iman main, membawa pundi kacang di atas kepala. Iman 'steady' sahaja, berlari tidak terlalu laju dan tenang. Senyum sahaja dia kepada saya yang menanti di hujung garisan. 'Nombor 4 lah Ummi'. 'Sangat OK!' ujar saya.

Sukaneka Berkumpulan-Dragon Ball (Tempat ke 4)

Iman dan kawan-kawan

Sukaneka Berkumpulan-Isi air dalam botol (tak dapat nombor, pemenang hingga no 5 sahaja)

Sukaneka Berkumpulan-Untaian Manik (tak dapat nombor)

Sukaneka Berkumpulan-Bukit Kepong (Tempat ke 4)

Iman sedang mem'bina' Bukit Kepong
 Ada 4 acara yang Iman sertai untuk acara berkumpulan; Dragon Ball, Isi Air Dalam Botol, Untaian Manik dan Bukit Kepong. Dalam sukan kali ini sebanyak 30 acara dipertandingkan untuk murid-murid Tabika dan ada beberapa acara tambahan untuk ibubapa yang hadir.
Penat
Ketika entri ini ditulis, kami sedang menunggu untuk acara penyampaian hadiah. Letih, berpeluh, penat semua ada. Demi puteri tunggal kami, apalah sangat kan? :)

5 comments:

MulutPayau said...

Seronok anak2 bersukan ya..meriah gitu...

sweet tooth said...

Izah, serious benor iman bergambor... Hehehe... Missed u masa reunion smlm :-)

Unknown said...

MP..mak abah yg lebih seronok :p

Nina, Iman mmg 'garang' sket hehhehe, tulah aku x dpt joint, sukan Iman pun habis pukul 3, aku tgk gambar kat FB je..miss u too!

||aLeaSaRa|| said...

salam...iman tu comellah...meh cubit sikit pipi tu he3..

owh lambat ye hari sukan,sekolah anak kak lea sempat buat hari sukan sehari sebelum jerebu teruk kat sepang he3...

Unknown said...

salam kak Lea..iman kecik je orangnya, macam ummi hehehhe..pipi je tembam, bdn susah naik huhu

seronok lyn sukan anak2 kan, nak2 budak2 masih kecik..comel2 je berlari2.

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...