Bismillah..assalamualaikum :)
Mari mulakan hari dengan salam dan senyum..:). Pertamanya..hati kita pasti akan rasa senang bila hari dimulakan dengan salam sesama ahli keluarga. Mulakan dengan yang paling mudah, ketika kejutkan anak sebelum Subuh juga ketika kejutkan suami/ isteri dalam memulakan 'hayat' kita di hari yang baru.
Apatah lagi bila disusuli dengan solat Subuh berjemaah dan bersalaman sesama ahli keluarga. Tenang hati kan? Dalam memberi salam, Rasulullah S.A.W menganjurkan adab-adab seperti sabdanya ; 'Hendaklah orang di atas kenderaan memberi salam kepada yang berjalan, yang berjalan memberi salam kepada yang duduk, yang sedikit memberi salam kepada yang ramai dan yang muda memberi salam kepada yang lebih dewasa' (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Cantikkan adab yang diajar Rasulullah? Ia mengajar bagaimana sifat hormat menghormati perlu dipupuk dari pelbagai sudut perbuatan dan lapisan umur, dan baginda juga mengingatkan bahawa orang yang mulia adalah orang yang memulakan salam.
Jadi?Mari kita hulurkan salam sesama kita..assalamualaikum..:)
7 comments:
bersama kita menyebarkan salam..
:)..assalamualaikum Aiza..terima kasih datang hari ni..
assalamualaikum..
tiada insan yg sebaik2 akhlak sepertimana Rasulullah saw, utk ikutan ummatnya, masyaAllah
waalaikumussalam art..betul!bagindalah sebaik2 contoh..:)
sejuk hati baca. salam perkenalan ;)
Assalamualaikum. Terima kasih singgah. :) ada anak sama nama dgn Iman juga ya. Tp girl ;)
salam perkenalan lily..:)
alaiki salam ummi Iman..tu lah sama..anak saya Nurul Iman :)
Post a Comment