Buatlah apa yang kita suka... dengan hati yang benar-benar tulus. Sesuatu perkara itu seronok kita lakukan bila kita ada rasa suka untuk melakukannya. Betul! Apa-apa yang kita inginkan, apa juga yang kita impikan akan jadi lebih bermakna bila kita benar-benar meletakkan rasa suka dan cinta untuk mencapainya.
Paling penting hidup perlu berbatas syariat dan ilmu. Perlu sentiasa akur bahawa kita 'hidup' bukan sekadar menerima anugerah-Nya malahan memberdaya segala amanah-Nya, hatta sekecil-kecil peranan.
Bila ada rasa berTuhan, kita akan cuba berhati-hati dalam setiap niat, respon dan tindakan. Bila ada rasa berTuhan kita juga akan akur pada batasan dan peringatan.
Gapailah impian dengan akui kebesaran Tuhan.
Capailah impian dengan iman bukan sekadar di lisan.
:)
3 comments:
indahnya nukilan kata yang terlukis dalam blog ini...ini namanya menulis dari hati..hehe..:)
Kak Sham!Rindu kamu..:)
Menulis dari hati sungguh puitis.
Post a Comment