Manusia ini hatinya sangat kompleks. Bila ada rasa sayang, kadangkala ada terselit rasa benci. Bila mana ada kasih kadangkala ada resah. Bila pernah rasa kecewa, apatah lagi yang bersangatan, lazimnya terbawa-bawa hingga ke hari kemudian. Tambahan lagi bila jiwa-jiwa kecewa tidak disiram dengan rasa syukur dan redha. Mulalah hati itu menuding salah dia dan bertanya salah siapa. Bermula juga rasa wasangka seterusnya menolak ketentuan Tuhan.
Manusia ini salahnya jarang diakui, silapnya malu-malu diakuri. Kalaulah pernah ada rasa sayang dan ia tidak bersambut berpadanan, moga-moga tidak ada benci selepas itu. Jika pernah rasa rindu menggamit dan rindu itu tidak bersahut sewajarnya, jangan pula ada dendam yang menangisi harapan.
Doakan kebahagiaan dan kesejahteraan, untuk hati-hati mereka dan paling penting hati kita. Lepaskan tautan kesedihan, siramkanlah hati-hati dengan kasih sebenar milikNya. Sesungguhnya hati-hati ini milik Tuhan, mintalah pada pemiliknya.
March 20, 2013
March 19, 2013
Kenduri Salleh
![]() |
| Abang dan Salleh (Sepupu) |
![]() |
| Pasangan Pengantin |
![]() |
| Anak Sepupu Pengantin |
Ini sebahagian gambar di Majlis Perkahwinan Salleh dan Seriewah di Dewan Terbuka BNO, Sabak Bernam 03 Mac lepas. Sungguhpun pernah bersekolah di daerah ini 20 tahun lepas, namun itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di kawasan ini (berhampiran Pasar BNO).
Saya tidak berkesempatan 'snap' gambar-gambar ketika majlis di sebelah lelaki pada 10 Mac 2013 di kediaman pakcik suami di kampung kami. Namun, kemeriahan itu tetap dirasai seisi keluarga, biarpun penat meskipun letih bersangatan..:)
Selamat Pengantin Baru Dik!
March 18, 2013
Terik
Akhir-akhir ini..cuaca begitu terik kan? Bergilir-gilir juga suara batuk anak-anak..saya juga tidak ketinggalan. Teriknya hawa akan mengeringkan tekak dan juga mata. Batuk tak sudah-sudah, air sejuk dan berais pula makin menarik-narik tekak yang sedia kontang, dan akibatnya..makin berpanjanganlah batuk bujang-bujang kecil dan anak dara yang seorang.
Tengahari tadi, singgah di Klinik 1M di Fasa 3 sesudah mengambil Iman di TBK. Fikir saya orang tak ramai di tengahari buta itu, rupa-rupanya penuh juga kerusi dalam klinik kecil itu. Masalah yang hampir sama, anak/ibu/bapa yang batuk tak sudah, suara pun turut berubah.
Saya cuba dan mereka (anak-anak saya) cuba;
- tahan diri bila tengok air sejuk berais yang dijual di tepi-tepi jalan.
- tidak ber'jemur' dengan sahaja (oohh pastinya tidak)
- gomol-gomol kucing, (penyebab juga ni)..
Juga, cuba untuk tidak lupa
- siram bunga yang ketandusan..:)
* cuaca..hawa panas..ini semua tanda kekuasaanNya kan? Maka, sabar dan syukurlah!

Janggeum
Tayanglah cerita ini berkali-berkali di TV, berkali-kali jugalah saya akan menontonnya. Tak jemu walaupun jalan ceritanya telah diketahui. Tetap melekat meskipun penceritaannya lambat.
Pernah saya tulis sebelum ini di sini. Setakat ini sudah 3 kali siri ini bersiaran di AlHijrah.
![]() |
| Dae Janggeum-Tabib |
![]() |
| Janggeum-Wanita Istana |
Pernah saya tulis sebelum ini di sini. Setakat ini sudah 3 kali siri ini bersiaran di AlHijrah.
Susu bukan 'Syusyu'
Apabila kita ber'borak' dgn anak kecil, biasakan guna perkataan dan istilah yang betul..elakkan bahasa yang pelat..mereka sedang belajar dan kita juga masih belajar untuk mengajar..perkataan yang mudah juga boleh dikembangkan sebagai salah satu cara kita menambahkan lagi perbendaraan kata mereka.
Sebagai contoh, susu. Guna sebutan dan istilah yang betul, bukan 'syusyu', 'yuyu' atau sebagainya. Perkataan juga boleh dikembangkan dengan ayat mengikut sifat dan pemerhatian anak. Contoh; susu adik warna putih; susu adik sedap; botol susu ini panjang; dan macam-macam lagi.
Ayat itu pula akan mendorong mereka bertanya,
-kenapa susu warna putih?
-kenapa panas/ sejuk?
Kita juga akan bersedia dengan jawapan-jawapan bijak dan sudah tentu kita juga akan sentiasa belajar untuk mengajar..betul tak?
:)

March 17, 2013
Syukur
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
kadang-kadang kita terlalu alpa mendahulukan yang terdahulu..
kadangkala kita terlupa nikmat yang tak terjangka dan tak terhingga kurniaan dariNya
bersyukurlah wahai hamba,
bersangka baiklah dengan qadar dan ketentuanNya..
lorongkan ikhlas..dorongkan ihsan..
moga redhaNya sentiasa dekat dengan kita..

March 07, 2013
Belasungkawa untuk Pejuang
sedang tidak rajin mengadu ceria.
saat dan ketika ini ada anak yang sedang kesedihan kehilangan ayah
saat dan ketika ini ada isteri yang sedang menanti dengan doa
saat dan ketika ini ada ayah bonda yang sudah kering airmata
moga mereka selamat dalam perjuangan mempertahan daulat
moga bumi ini kekal dalam berkat dan rahmat
belasungkawa untuk pembela negara!
al Fatihah..

March 06, 2013
Kenduri kendara kerabat
Cuti sekolah hanya akan bermula minggu hadapan tetapi
kesibukan kenduri kendara naik pelamin sudah bermula sejak hujung minggu lepas.
Akhir minggu ini sahaja ada 4 kenduri kahwin di kampung saya. 2 daripadanya
dari kalangan keluarga sendiri, satu di pihak saya (sepupu mak) dan satu lagi
di sebelah suami (sepupu suami). Mujur haluan kampung sama!
Bila berkendara kerabat sebegini, di samping seronok bertemu
muka, perlu sedia masa dan tenaga. Rutin keluarga suami berketurunan
Jawa..paling-paling 2 hari berkampung bersama. Maka saya juga harus bersedia.
Pertama!Kain baju kotor perlu ‘settle’ selewat-lewatnya Jumaat!Manakala baju
pakai baju salin baju ‘back-up’..sudah tentu tersenarai dalam pemantauan saya.
Kurang gemar bila ‘tak cukup’ itu ini, kurang selesa bila balik dalam keadaan
nak bersihkan itu ini, jadinya saya kena ‘settle’ awal.
Malas nak penat berganda-ganda..:)
March 01, 2013
Bunga Hati
![]() |
| Dari Abang untuk Ayang |
Semalam, dia balik dengan 3 kuntum ros dan se bar coklat kegemaran saya. Saya memang sangat terkejut dan sangat terharu..:). Sepanjang usia persahabatan dan perkahwinan saya, tidak pernah kami berbunga-bunga, tahun ini ada bunga pula menghiasi hari kelahiran saya. Tidak perlu banyak, tidak perlu mewah-mewahan. Kesungguhan dan kesediaannya melahirkan rasa kasih dan ingatannya memadai untuk saya benar-benar rasa bersyukur.
Seperti saya sering nyatakan padanya..saya tak menginginkan mewah berlebihan..juga tidak mendambakan intan permata, yang saya inginkan tangan yang mendorong saya rasa dicinta dan mencinta, yang saya perlukan adalah ketulusan dan ketelusan berlandaskan kasih sayang Tuhan..dan yang saya impikan adalah tangan yang memimpin saya ke syurga di sana..amiiin.
Label:
cerita dan peristiwa,
hati berkata...,
kekasih
February 28, 2013
Ucapan Mak
Catatan pada dinding FB tanggal 28 Februari 2013
Ucapan dari Mak,
'Selamat Hari Lahir, Semoga Panjang Umur.Dimurahkan Rezeki,Ditetapkan Iman,amin..
Sayang Dari Bonda'
ucapan dan doa ini adalah yang termahal buat saya di hari kelahiran saya..:)
pagi-pagi lagi dah telefon mak..'terima kasih mak lahirkan akak 34 tahun lepas, hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan mak'

Selamat Hari Lahir
Hari ini hari lahir saya!Alhamdulillah..saya sihat..saya gembira..saya bersyukur..saya masih hidup..saya sangat bersyukur..saya masih ada doa dari mak saya, saya tetap bersyukur saya masih berupaya dan berkesempatan mendoakan kesejahteraan abah saya di alam sana.
Saya sangat bersyukur, saya dititipkan kasih dan perhatian suami..saya sangat bersyukur..permata-permata hati di depan mata ketika usia menginjak ke angka baru, juga bersyukur dikelilingi sahabat dan saudara mara yang tak kering doa dan ingatan..
Saya masih bersyukur, doa itu kekuatan silaturrahmi!
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..:)

February 26, 2013
Sibuk Katanya
sangat sibuk!alasan klise..tapi itulah hakikatnya,saya kurang sempat melayan diri 2, 3 minggu ini..status FB pun saya tak sempat update, baca sahaja perkembangan sahabat-sahabat saya..:)
saya 'paste'kan catatan saya pada dinding FB saya petang ini..
"
saya 'paste'kan catatan saya pada dinding FB saya petang ini..
"
smlm thari..sambil tunggu Amar..sekonyong2 dtglah seorang murid lelaki berbangsa India..
'Cikgu..cikgu tengok ni..tolong saya cikgu..' sambil tunjuk tali begnya yg tercabut.
saya pdg belakang..nak pastikan dia cakap dengan siapa..rupanya memang dia merujuk kepada saya..dengan selambanya saya tolong betulkan tali begnya sambil cakap..
'ok..make sure lepas ni bawa beg betul2..ikut jadual..beg ni pen...uh sangat rasanya'
selang beberapa saat selepas itu, seorang bapa murid dekat kepada saya..
'cikgu tumpang tanya..kelas Ehsan dah keluar ke semua..anak saya tak muncul2 ni'
'err..maaf encik,saya kurang pasti..saya pun tunggu anak saya sebenarnya..1 Amanah'
'ooo ye ke,saya ingatkan cikgu tadi'..
baru2 tadi usai hantar Amar ke sekolah agama,
'ustazah..ustazah..ujian start pukul 3 kan?'
errrr..tang mananya 'cikgu'nya makcik?tang mana pulak muka 'ustazah'nya..aduhai..tanggapa n ini sudah ada pada saya sejak anak dara lagi..:P "
'Cikgu..cikgu tengok ni..tolong saya cikgu..' sambil tunjuk tali begnya yg tercabut.
saya pdg belakang..nak pastikan dia cakap dengan siapa..rupanya memang dia merujuk kepada saya..dengan selambanya saya tolong betulkan tali begnya sambil cakap..
'ok..make sure lepas ni bawa beg betul2..ikut jadual..beg ni pen...uh sangat rasanya'
selang beberapa saat selepas itu, seorang bapa murid dekat kepada saya..
'cikgu tumpang tanya..kelas Ehsan dah keluar ke semua..anak saya tak muncul2 ni'
'err..maaf encik,saya kurang pasti..saya pun tunggu anak saya sebenarnya..1 Amanah'
'ooo ye ke,saya ingatkan cikgu tadi'..
baru2 tadi usai hantar Amar ke sekolah agama,
'ustazah..ustazah..ujian start pukul 3 kan?'
errrr..tang mananya 'cikgu'nya makcik?tang mana pulak muka 'ustazah'nya..aduhai..tanggapa
*saya ada cerita lagi..tapi belum sempat menari-narikan jari..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)