May 05, 2011

Membaca Jenama

Catatan ini untuk panduan sendiri dan untuk dikongsi pada yang sudi..(bukan untuk promosi mana-mana nama di sini!)

ajarlah anak kita membaca di mana sahaja..asasnya mudah, yang penting kita kena bijak manipulasi ruang dan peluang. Sedikit panduan untuk sama-sama dimanfaatkan ;
1. Ringankan mulut untuk ajar dan ajak mengenal serta membaca jenama ketika membeli-belah sama ada di pasaraya atau kedai runcit. Paling mudah jenama-jenama yang hampir dengan mereka dengan warna tersendiri yang menarik perhatian, contoh ; RIBENA, PETPET, HUGGIES, ANAKKU. Terangkan juga kegunaannya agar mereka lebih faham fungsinya.

2. Kaitkan jenama-jenama bergambar dengan kesesuaian gambarnya. Contoh FERNLEAF..tunjukkan daun pakis yang ada pada lambang tersebut ataupun 'nest' pada NESTLE.

3. Apabila dalam perjalanan, tarik perhatian anak untuk membaca tanda-tanda jalan, contoh ; STOP, NO PARKING...walaupun kebanyakannya berbunyi negatif, kreatifkan penerangan dengan anak-anak tentang sebab dan akibat..:)

seorang ibu tidak perlu terlalu bijak untuk mendidik, bermaklumat itu yang paling tepat..(bijak itu bonus...!)..

May 01, 2011

Teman Sejati




selama ini ku mencari-cari

teman yang sejati

buat menemani perjuangan suci




bersyukur kini padaMu Ilahi

teman yang dicari selama ini

telah kutemui



dengannya disisi perjuangan ini

senang diharungi

bertambah murni kasih Ilahi



kepadaMu Allah kupanjatkan doa

agar berkekalan kasih sayang kita

kepadamu teman kupohon sokongan

pengorbanan dan kesetiaan

telah kuungkapkan segala-galanya



kepadaMu Allah kupohon restu

agar kita kekal bersatu

kepadamu teman teruskan perjuangan

pengorbanan dan kesetiaan

telah kuungkapkan segala-galanya

itulah tanda kejujuran kita...


nota :

..hati bernyanyi lagu ini hari ini..alhamdulillah..padanya kasihku tertumpah..terima kasih Ya Allah..

April 29, 2011

Identiti Dunia Akhirat

artikel ini ditulis oleh sahabat saya adib. sila rujuk http://www.al-adib.net/
sangat berguna untuk dikongsikan, terima kasih adib.. semoga Allah sentiasa berikan kekuatan dan ilham utk manfaat semua...amiin.

Nama: Identiti Dunia Akhirat

April 28, 2011

hadiah dari hati

Jangan Bersedih JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA..sedang membaca buku ini..diiringi sayang seorang sahabat..:)

sangat berbesar hati apabila menerima buku ini daripada sahabat yang sangat disyukuri kehadirannya..alhamdulillah..luas sungguh kasih sayangMu Ya Allah! menitipkan dia sebagai salah seorang teman yang setia dan memahami.. seronok dan terharu membacanya..terasa-rasa keikhlasannya bila baris demi baris ditekuni..

terima kasih..sangat terima kasih..!

' Ku hadiahkan kepadamu..
Wahai wanita yang telah meredhai Allah S.W.T sebagai Tuhannya,Islam sebagai agamanya dan Muhammad S.A.W sebagai RasulNya..'

April 27, 2011

buah hati..



dia memang masih kecil tapi dia memahami..

ujian mudah..dan memang berlaku..
ketika menyusukan dia dalam keadaan tergopoh-gapah..maka tekanan juga dia rasa..dia akan mudah meronta-ronta dan tangisnya tak terjangka..

bila kita bersiap-siap untuk keluar dan dia nampak keadaan kita yang sedang sedia siaga..dia juga akan terangkat2 badan mohon perhatian..mata dan reaksinya nampak cemas bila kita jauh dari mata..alangkah..!

katakanlah sayang padanya..hmmm senyuman manis yang akan dia beri..kerutlah riak marah atau sedih..dia juga akan rasa tertekan..aduhai buah hati..seawal usia 3 bulan..keletahnya sangat mendamaikan..!

April 26, 2011

comel untuk tatapan




sejak sebelum berumahtangga memang minat majalah ini..ilmu tidak terhad pada status..itu pendapat saya..





selepas berumahtangga..ia semakin menjadi minat saya..kerana berminat dengan lingkup perbincangannya yang ilmiah, menarik hati dan santai membacanya..dan sudah tentu minat bertambah ketika berbadan dua dan beranak sendiri..tak rugi pun..


hari pertama KLIBF 2011..tapak utama dan pertama kunjungan pada musim ini adalah di kaunter langganan Pa & Ma..alhamdulillah..seronok menjadi antara yang terawal jumaat itu..





hadiah langganan agak berbaloi..2 botol susu 'bebas' BPA dan 2 puting bayi berjenama (kalau beli sendiri macam fikir 8, 9 kali..) ditambah dengan kit biasa hadiah langganan..8 buah buku tulis dengan kulit karakter Pooh serta Mickey (sangat sesuai utk anak-anakku) serta 5 buah buku nota kecil berkulit Sang Garfield..tambahan lagi..adik promoter sudi pula beri cendera sisipan sabun muka berherba dan mandian Shokubutsu..sangat terima kasih dik!


edisi semasa saya tetap tak lupa..walaupun dah beranak tiga..tapi saya masih tak jemu membacanya..:)

pesta buku..kesekian kalinya..

saya memang gemar ber'buku'2...sejak mengenal huruf hinggalah sekarang..terima kasih mak dan abah kerana mendedahkan kecenderungan ini seawal dari kandungan lagi..(dan sekarang gemar juga ber'muka buku'..dan tidak sekali-kali gemar kepada ber'muka'2)

pesta buku jarang tak diambil hirau..mmg sgt ambil peduli!

awal2 persahabatan bersama suami dulu...sy ajak dia ke pesta buku ini..di tempat yang sama..di musim yg serupa...dialog begini pernah terlahir..'maaf kalau apa yg sy suka membosankan..'(kecenderungan dan minat kami berbeza) jawab beliau ketika itu..'saya akan cuba memahami dan cuba menyesuaikan diri..'..:)

alhamdulillah..hampir 6 tahun usia pernikahan kami...dia masih setia menemani dan berkongsi..subhanallah terima kasih ya Allah!

kali ini perjalanan dan kembara kami diiringi permata2 yang tak ternilai..lelah dan letih mmg ada..beberapa kali juga karpet dan sofa PWTC menjadi persinggahan, si abang menelek2 buku baru dibeli..si kakak menarik2 plastik dengan iri dan ingin berkongsi dan si adik tersua2 meminta haknya dipenuhi (susu ibu kan terbaik...?)..

saat2 begini mungkin biasa2 saja bagi sesetengah yg lain..tapi bagi kami ia antara pelaburan terindah..kembara bersama mereka yang menyayangi dan disayangi..nikmat manakah lagi yang ingin didustai?

April 25, 2011

Sutera Bidadari – 30 April 2011

(RAMFC): Pelancaran Sutera Bidadari – 30 April 2011

saya suka...tapi saya mungkin tidak dapat turut serta..

saya suka..dan saya sudah memilikinya..

saya suka..kerana legasi Sunan lengkap di tangan..:)

April 06, 2011

Sebal

Perbualan kami di meja makan, rumah sendiri ' Ada 2 perkara yang menggetarkan hati Ayang petang ini ' ' Apa dia ' ' Pertama, rasa sangat tidak puas hati tapi tidak tahu kepada siapa. Kita berada di tempat sendiri, negara sendiri malah negeri sendiri tetapi; kita membeli barang/ mengeluarkan duit/ menyalurkan pendapatan kepada orang luar yang datang ke tempat kita...berbahasa bukan ibunda kita, berterima kasih berbunyi Acheh, bersapa niaga berbunyi Sunda. Ringgit MALAYSIA 7.80 saja pak...(untuk ikan brg 5 ekor, sayur brg seikat)..hmmm kedua, rasa sangat terkilan tetapi terpaksa ditelan. Si Ayah membawa bakul atau beg keperluan anak, si ibu menggendong anak kecil, memimpin anak-anak yang sederhana kecil..ketuk pintu rumah orang..tinggalkan anak dengan sedu sedan yang masih tak hilang ' 'entahlah Sayang..' (ada bunyi sebal di situ)

February 20, 2011

01.01.11 ~ RaYyAn

rayyan...hadir sebagai pelengkap cita dan harapan..

anak2 ummi dan abah, lahir dengan janji Allah yang telah disuratkan..alhamdulillah..

cahaya mata kami-Amar, bermaksud perintah atau arahan..disusuli dengan Iman dan dilengkapkan dengan Rayyan, slh satu nama pintu syurga Allah. Ummi dan Abah letakkan Muhammad pada pangkal nama anak lelaki kami sebagai simbol kecintaan kepada junjungan kita Muhammad SallaLlahu Alaihi Wasallam dan pangkal Nur atau Nurul (bergantung kepada keperluan qawaid) pada anak perempuan kami sebagai doa dan manifestasi 'cahaya' serta petunjuk Allah sentiasa mengiringi hayat anak-anak, amin!

Amar, Iman dan Rayyan kami jujukkan sebagai cita2, harapan dan doa..

'perintah' Allah dan ajaran Rasul sentiasa dijunjung dengan 'iman' serta dilaksanakan dengan bersungguh untuk mengharap redhaNya..dan pastinya kemenangan hakiki itu..syurga janjinya..dan 'rayyan' adalah slh satu pintunya..

amin Ya Allah..berikanlah kami kekuatan dan kesabaran untuk menjaga amanahMu..'perintah iman yang membawa ke pintu syurga..'

..penyeri baru..

November 23, 2010

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...