hujung minggu ini..hujung minggu yang meletihkan..letih makan nasi minyak..bermula Jumaat kediaman kami di Sri Kayan mula sibuk dengan persiapan jiran yang adakan kenduri kahwin untuk 2 anak2nya..mode kenduri mereka ala-ala kampung, memasak secara bergotong-royong..berjaga malam..kumpul beramai-ramai..
hmm..usai majlis petang Ahad tu..masing2 merebah diri menghilang penat..mlm tu juga ada majlis kenduri kahwin wan suhana..jiran sebelah bilik kat pejabat ni..di KGPA..melihat orang bersanding saya dan suami terimbau saat kami diijabkabulkan dan saat kami disandingkan..lain orang lain cara dan kecenderungan..
untuk blog ini saya sengaja letakkan gambar2 kawan karib ketika melangsungkan perkahwinan..tak ketinggalan gambar tuan tanah..kami le tu ..:) saja mengambil mood perkahwinan minggu ini..kepada kawan2 yang tersiar gambar kat sini..maaf ye!gambar keluar tanpa bayar royalti..
gambar atas tu gambar tuan tanah ..heh hh ketika majlis di rumah saya..no 1 gambar perkahwinan normy dan mazlan, sebelahnya pula liza dan suami di Penang..Liza dan Normy adalah kawan gelak dan kawan nangis masa kat UKM.
no 2 pulak gambar Nina dan suaminya ketika majlis di rumah Nina, Kuala Selangor..Nina ni kawan baik time kat KISAS dulu..sebelah meja masa form 4 dan form 5, kami bergiat sama di peringkat U dalam PKPIM dan sekarang sama2 jadi akauntan..Nina sekarang di Petronas, Terengganu...
no 3 adalah kawan2 masa kat Simpang Lima, masa form 1 till form 3..yg baju putih tu Khairi dan Dq Nie ..diorang kawan baik sejak form two lagi..sampailah kahwin..la ni dah ada girl ..setahun rasanya..baju purple plak..my first bestfriend masa kat simpang lima..haryanti..yan dan edy pun dah ada seorang boy..zikri..dah hampir setahun jugak rasanya..kelakar jugak bila fikir2..ialah bila dengan kawan2 ni..sama-sama membesar..sama-sama belajar ttg kehidupan..masa di asrama khususnya..sama-sama berkongsi cerita; minat orang tu..admire kat orang ni..sama-sama meluah perasaan frust kat orang ni..frust kat orang tu..sekarang masing2 ada teman hidup..masing-masing ada haluan dan cabaran tersendiri..hmmm..roda kehidupan..
kepada kawan2 yang dah berumahtangga..semoga rumahtangga sentiasa diberkati Allah..kepada yang belum ada tangga atau rumah belum siap..insha Allah..yakinilah..peraturan dan percaturan Allah adalah yang terbaik untuk hambaNya..semoga rahmat sentiasa mengiringi kita..amiinn..
2 comments:
alaaahai~sweet nyer..~
asyik pegi wedding org lain jek..argkhhh...tension..tp xpe..sabar..insyaAllah ms nyer akan tibe..tak gitu tuan tanah..hehehe
insha Allah amin.doa kami mengiringi..
Post a Comment