July 20, 2011

Rezeki Tak Nampak


Apabila bercerita tentang susu ibu, tak pernah dengar penafian kebaikan dan keberkatannya. Catatan ini bersifat peribadi dan kendiri hasil dari pembacaan dan pengalaman. Apa yang pasti saya sedang menikmati saat-saat indah seorang ibu; membesarkan anak dan menyusukan anak. Ketika kelahiran anak pertama saya belum cukup ilmu dan keterujaan untuk menyusu penuh anak. Keinginan dan kesungguhan itu memang ada, cuma saya agak patah dengan keadaan 'susu tak cukup' seawal Amar 2 bulan. Bila dibawa berjumpa doktor, berat Amar tak naik dan doktor nyatakan susu saya tidak menampung keperluannya. Ketika itu, meskipun sokongan suami sangat kuat tetapi faktor kekurangan pendedahan dan 'cakap-cakap' orang 'lama' menyebabkan Amar ber'susu campur'. Suami pilih susu formula berasas soya dan mengelak untuk memberikan susu formula lain. Hasilnya..Amar menyusu susu ibu sehingga 4 bulan dan selebihnya dengan susu formula.
Kelahiran permata kedua, saya tingkatkan iltizam untuk menyusu penuh Iman sehingga 6 bulan. Alhamdulillah..pam susu berkuasa bateri yang digunakan juga ketika Amar kecil saya optimakan penggunaannya sebaik mungkin. Meskipun pam tidak berjenama mahal dan sedikit halangan 'kejutan budaya' ke atas pengasuh, Iman berjaya saya susukan penuh selama 6 bulan. Ketika dia menginjak usia 6 bulan saya bekalkan pengasuh makanan pejal yang dikisar dan dimasak sendiri. Hanya ketika Iman 8 bulan baru saya berani bekalkan dia biskut dan susu formula soya untuk tambahan, kerana kesilapan saya yang tak tentu dan kurang selera makan, susu saya tidak memadai untuk keperluannya yang semakin bertambah usia.
Kehamilan anak ketiga adalah sesuatu yang tak terjangka. Saya tekad, seawal kehamilan itu saya telah merancang untuk berhenti kerja, dan menumpukan sepenuhnya tenaga dan kasih untuk permata-permata hati. Iman masih menyusu badan ketika kehamilan ketiga, agak kalah dengan keadaan fizikal yang memerlukan zat tambahan di samping pola pemakanan yang tak menentu, doktor menyarankan Iman yang berusia 20 bulan bercerai susu. Suami sangat membantu ketika kehamilan ketiga semente saya adalah seorang yang bermasalah ketika mengandung. Tulang pinggul saya ada sedikit masalah, berkemungkinan kesan aktiviti ketika remaja, dan ada gangguan pada saraf di bahagian belakang badan menyebabkan saya kadangkala langsung tidak boleh berjalan.
Alhamdulillah kelahiran ketiga ini saya dedikasikan sepenuhnya tumpuan terhadap anak-anak. Susu ibu yang terhak sejak azali lagi menjadi usaha utama saya untuk Rayyan. Saya cuba tingkatkan selera makan saya dan kerapkan minum air supaya bekalan susu saya mencukupi untuk buah hati pengarang jantung Ummi. Saya ketepikan cakap-cakap orang, kesampingkan cabaran-cabaran kecil~sakit, kerap lapar, baju basah. Apalah sangat berbanding khasiat dan berkatnya. Rayyan hampir 7 bulan..telah melepasi 6 bulan eksklusifnya, saya berazam dan berdoa rezeki susu ini menjangkau 2 tahun dan lebih. ...perkenankan Ya Allah..amiin.

11 comments:

SoSoMe said...

Ya Allah...bile agaknye boleh merasa badan molek berkat susu ibu ini....

Unknown said...

hhehehe..hari2 jadi mangsa cubit abah dia..peha dia lagilah montok..

cik ct payung said...

alhamdulillah, tahniah izah. kak baya pun yg ketiga baru merasa nikmat menyusukan anak sebenarnya. tp masalah plak, adib dah dua tahun lebih masih tak mau putus susu lagi....

Zana S said...

:) mmg mencabar... moga izah berjaya hingga rayyan berusia 2 tahun okeh!

boleh dengar tapi seeloknya kita kenal diri kita... kan?? :)ikut kata hati.

Unknown said...

terima kasih kak baya..bahagia kan?menyusukan dia selama boleh!hehhhe..pastinya Adib intan payung cik ct payung..:)

zana..thank u..yup..dgr kata hati dan tambahkan ilmu di dada, doakan rezeki ini berkat..ko bila nak tambah?..hero2 ko nak adik pompuan..:P

IrdinaZareef said...

akak...ku doakan dirimu berjaya...

Unknown said...

terima kasih dik..atas doa tulusmu..miss those sharing moments!

ciklaili said...

tahniah zah. itulah yg terbaik utk anak kita. kalau diberi rezeki utk mengandung kali ke-4, jgn lupa amalkan membaca surah Hujurat semasa mengandung. insya Allah boleh banyakkan susu ibu..

boleh juga baca entri dlm blog saya : Amalan Baik Yang Patut Diamalkan Ketika Mengandung

Unknown said...

terima kasih laili..hati ibu saya tersentuh dengan doa dan sokongan sahabat2.laili juga menjadi inspirasi saya untuk terus menyusukan anak2..:)

liana said...

iZah..aku pun anak kedua mmg tekad bagi susu badan...dah 6 bulan dah anak aku, masih lagi susu badan penuh,,skang aku target nak capi sampai setahun..kalau berjaya nak teruskan sampai 2 tahun...kalau ikut penat, mmg penat kan...

Unknown said...

yana..good luck!sronokkan?hhhhehehe..make sure kuat hati n semangat utk beri yang terbaik kpd anak2 kita..

nway..i dah follow u..:)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...