Malam ini En Faizal a.k.a abah ada Annual Dinner (dress code:Tuxedo tu..). Sangkaan awal, boleh balik tukar baju..hmmm tak boleh rupanya. Maka, demi ke'handsome'an abah..sangguplah ummi meredah jem Jalan Bangsar itu..dengan anak-anak comel pengiring setia. Lepas Jumaat kami ke Bangsar hantar kot dan kasut abah. Fikir ummi, jam masih 3 lebih, masih berani menempuh Federal Highway untuk kembali ke PUSJ..huhhu..meleset sama sekali..jem bermula dari Kota Darul Ehsan lagi..
nak menambah perisa jem..kereta kami breakdown di tgh2 jalan..bersignal kecemasanlah BJC betul2 di bawah jejambat Ambank Federal. Selepas telefon abah, bertawakallah kami 4 beranak di dalam kereta, nak tolak ke tepi, dah tentu tak mampu..Rayyan pula menangis kepanasan dan kehausan. Mujur ada sepasang suami isteri (umur lebih kurang ummi rasanya), berhenti cemas di tepi laluan dan Sang Suami dengan sukarelanya menolak BJC ke bahu jalan. Sangat terima kasih!itu sahaja yang mampu diluahkan, kebetulan Rayyan meronta-ronta dan meragam..aduhai!10 minit kemudian abah sampai, check segala bagai..ummi memang tak reti. Telefon kawan bengkel dia a.k.a doktor BJC..finally bateri punya hal!
Tukar bateri!BJC kembali bernafas..no worry abah!enjoy your dinner..kami pulang hati-hati..Rayyan tidur sepanjang perjalanan..Amar dan Iman seperti biasa, kecoh bertanya itu dan ini...hmmm..satu hari nanti ummi akan rindu federal ini!
2 comments:
Adeh.... Aku cukup takut jadi gitu. Bukan apa, if jadi kat lane kanan? Anak2 ada? Mau ketaq aku. Huhu... Tapi dlm masa yg sama kena fikir jugak. Sampai bila nak takut kan? Tawakal je kalau bawak keta. Ni mesti tak alert jangkahayat bateri ni? !hehe....
betul2 tgh..dahle tgh2 jam..aku ajar anak2 zikir byk..org nak tlg berenti pun fikir byk kali agaknya..org yg tlg aku tu perasan aku bawak anak2 kecik..
harus!aku mmg belasah je bawak..
Post a Comment