Keraian Syawal ditamatkan pada hari Ahad 16 September 2012. Isnin berikutnya kami bercadang 'kawan'kan abah di office. Panggilan dari Kak Azah (sepupu suami) yang mengajak kami 'survey' tempat untuk Hari Keluarga mengubah pelan awal kami hari itu.
"Sambil-sambil picnic", ujar Kak Azah.
Kami bersegera bersiap ala kadar pagi itu. Berpakaian 'sedia untuk terjun' di samping baju untuk persalinan, juga menggoreng hidangan ringan bersesuaian (nugget dan sosej) untuk meeting cum survey mengejut ini. Sebelum itu Kak Azah dah maklumkan dia bawa nasi impit dan laksa. Bertemu di R'nR Rawang (U), kami sampai di Teratak Riverview Tg Malim lebih kurang jam 11.00 pagi.
Perjalanan masuk ke TRV agak mencabar, sangat sesuai untuk kenderaan 4X4..setakat Alza kami yang belum diubahsuai 'suspension'nya...masih belum menjadi masalah..:). Pemandangan dan suasana di TRV sangat mengujakan, sesuai dan 'kena' dengan jiwa saya dan suami. Sungai masih 'dara', kawasan terjaga..kemudahan asas tersedia dengan elok. Ada asrama, dewan serbaguna (terbuka) yang boleh dijadikan surau, bilik air, padang, kawasan khemah dan ruang BBQ.
Perbincangan mereka bersaudara (suami saya dan sepupu2nya) berjalan serentak dengan pengusaha TRV dan juga tinjauan kawasan sekitar. Mereka (keluarga Kak Azah dan Nizam) pulang awal, manakala kami terus berkelah dan mandi-manda di situ. Memang seronok..biarpun anak-anak terketar-ketar kesejukan dan kaki kami hampir kebas.
Usai perkelahan itu, kami pulang dengan keletihan dan kepuasan. Anak-anak tidur sepanjang perjalanan balik. Letih-letih pun, kami masih sempat ziarah sahabat di Bdr Tasik Puteri. Marlina, sudah 17 tahun kami tak bersua..:).
Alhamdulillah..syukur atas segala nikmatNya..kerehatan, kedamaian, persaudaraan, persahabatan..:)
No comments:
Post a Comment