Saya di dalam mood 'rindu'. Dua perkara yang saya sangat suka ketika berada di KISAS; silat dan nasyid. Kebelakangan ini, saya sering ternyanyi-nyanyi nasyid-nasyid di KISAS, khususnya nasyid ciptaan kami sendiri, seterusnya mengundang nostalgia yang menusuk-nusuk hati.
Permukiman di KISAS mengajar erti 'inter-state'. Kebanyakan kami berkelulusan cemerlang dalam PMR seterusnya di'himpun'kan sebagai antara pelajar-pelajar terbaik negara. Biarpun terdapat 12 kelas, nombor kelas tidak menentukan bijak siapa yang terdahulu kerana rata-ratanya memegang keputusan 9A dalam PMR. Cara belajar juga berbeza-beza, ada yang memang gigih meratib buku dan nota, ada yang selesa belajar berkumpulan, tak kurang juga yang tidak ambil peduli waktu prep memadai hadir dan belajar di dalam kelas. Saya tergolong ISA, (Ikut Suka Akak) dan lebih gemar tumpukan perhatian di dalam kelas (meskipun saya lebih banyak pejamkan mata), kurang cenderung prep ikut jadual, serta tidak gemar terikat dgn 'study group'. Justeru, silat dan nasyid adalah medan yang sangat saya tunggu-tunggu ketika itu.
Soutul Mujahidah, nama kumpulan nasyid kami ketika itu. Kami bebas berkarya dan nasyid adalah antara medium kami melahirkan idea, perasaan dan harapan juga sebagai salah satu cara 'mengikat hati' dan persahabatan kami. Perhubungan ketika itu bergantung hanya pada surat dan telefon, tiada FB mahupun 'handphone'. Makanya, sesudah SPM masing-masing hanya akan berhubungan dengan komitmen kedua-dua pihak dan jika bernasib baik hubungan baik itu akan diteruskan sehingga ke peringkat universiti.
Saya ada beberapa orang sahabat dari kalangan Soutul Mujahidah yang rapat dan dekat di hati saya. Dua tiga hari ini..saya memang mengingati mereka, rindu bersangatan..:)
6 comments:
owh...adakah aku org itu???? Huhuhuhu....perasan! Dah lama x pukul kompang...rindu gaks!
of course tun nina d chom!aku nyanyi sorang2 sambil byg2 ko,sab,kak D n aida menggoreng..hehe
Assalam,
Izah.. masih kenalkah?
Rafikha.. kita sedorm masa form 4.. :)
aku mencari alamat email hang, niat nak email je sbenarnya.. hehe..
alaiki salam!ingatlah fika yusry..hehehe,ada fb kan..xpe ko jenguk2lah blog aku yg kejap2update kejap2 tak ni..:)
Adakalanya kerinduan aku kpd ko hingga menyesak dada... ko percaya tak? :)
aduhai sab!tiba2 mata aku panas..:(
Post a Comment