Berdua dengan Rayyan tatkala Amar dan Iman bersekolah menyediakan ruang seluasnya untuk kami berdua. Sarapan, bermain, 'mengemas' rumah, sambil-sambil itu ada juga 'gaduh-gaduh manja' dengan putera kecil bertuah ini.Sedar tak sedar dah 2 tahun dan 21 hari Rayyan menjadi pelengkap keluarga kami juga teman setia Ummi..2 tahun 21 hari juga saya susukan dia..tanpa campur..ok?Alhamdulillah..:).
Ketika hari lahir Rayyan yang kedua tempoh hari, suami 'bikin surprise' untuk saya. Dia bawa kami sekeluarga ke Tree Steak House..tempat 'lamb chop' yang menjadi 'favourite' saya. Tak cukup dengan itu, kami bawa mak saya sekali..:). Ujar suami..hadiah untuk Rayyan adalah kek untuk keraian sekeluarga. Manakala hadiah untuk saya kerana berjaya capai tahap 'PHD' menyusukan Rayyan (2 tahun), adalah makan makanan kegemaran saya; 'sizzling lamb chop' bersama insan kesayangan saya iaitu mak saya. Huhuuhuhu..mengingatkan betapa suami memahami saya membuatkan saya masih lagi rasa terharu. Dia tahu, hati saya paling rasa indah bila bersama dia, anak-anak kami dan pastinya bila mak saya juga ada di sisi. Aduh!terima kasih..
No comments:
Post a Comment