Pernah rasa ‘terasa’?Selalu sangat..terutamanya bila kita
terlalu membuka ruang untuk rasa ‘terasa’. Betul..kadangkala pengalaman yang
pernah kita lalui..menyebabkan kita semakin lali untuk ‘terasa’. Tak dinafikan
juga dengan faktor usia, semakin menginjak usia purba, maka sebab asbab ‘terasa’
yang kecil-kecil juga seolah-olah mainan-mainan waktu yang akan pulih sendiri..kenapa?Kerana..banyak lagi
masalah dunia yang lebih besar yang perlu diambil peduli..banyak lagi peranan
sakti yang perlu ditangani.
Sudah!cukup-cukup dengan ‘terasa’ pada perkara-perkara remeh
temeh..jangan kecilkan jiwa, besarkanlah hati pada fikrah dan fitrah manusia
sebenar. Kita tak mungkin dapat menyempurnakan permintaan semua, kehendak yang
pelbagai. Tumpukan pada tujuan asal kejadian dan perutusan kita di bumi
sementara ini. Cukup-cukuplah..
No comments:
Post a Comment