January 29, 2013

Amar dan Atuk



Gambar ini antara gambar kegemaran saya. Saya ambil ketika Amar dibawa Atuk pergi memancing. Sebenarnya berkali-kali Amar ajak Atuk memancing, setiap kali ke Batu Laut, itulah permintaan Amar..'Jom mancing..Tuk'.

Amar cucu lelaki sulung Abah (Abah suami saya). Cucu bawa keturunannya..:). Jarang sekali kemahuan Amar tidak dipenuhi. Maka ketika Atuk benar-benar berkesempatan, dia bawa Amar melunaskan hajatnya. Pagi selepas Subuh mereka dah bersiap-siap, dengan pancing, umpan, air..siap bekal bagai..Mereka balik tengahari. Hasilnya?Seekor ikan haruan liar panjang sehasta..:)

No comments:

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...