' kadangkala cemburu dengan 'kuasa' suara suamiku..demi sahaja dia mengarahkan..'Solat!' berjujuk-jujuklah permata2 hati mengikut dan menurut kata abah..sedangkan bila saya acapkali sehari-hari mengajak perkara yang sama serasa habis buih di mulut..huhuhu, atau taring Ummi perlu di tambah tahap 'al asad'nya..?
Mode; merajuk buat2 di sudut pojok dapur, baik ku layan siakap ni lagi best..:P '
Frasa di atas adalah status saya di FB semalam. Dalam melayan kerenah anak-anak kadangkala saya kalah juga dengan emosi sendiri. Jujur saya akui dalam membina keluarga seimbang kedua-dua peranan ayah dan ibu sama penting dan sama darjahnya. Ketelitian ibu amat perlu dalam membentuk dan mempengaruhi peribadi anak-anak, di samping itu ketegasan bapa sangat mustahak untuk perihal pengawasan dan kawalan terhadap pandangan, tingkahlaku dan arahtuju sesebuah keluarga.
Pendek kata, meski sedewasa mana, kita perlu bersedia untuk belajar dan menerima ajaran terutamanya dalam soal didikan keluarga. Masa berubah, teknologi bertambah, cabaran turut pelbagai. Pendedahan anak-anak kita berbeza dengan apa yang pernah kita lalui pada waktu seusia mereka, apatah lagi dengan keperluan dan kehendak yang semakin rencam kini.
Tidak memandang siapa pun kita, berkelulusan universiti mahupun tidak, bertaraf sosio tinggi mahupun sekadar rakyat 'biasa',bagi saya, kefahaman dan mahu faham akan tujuan hidup sebenar itulah sebenarnya yang perlu dipertajam dan diperjelas. Bukan menafikan mana-mana kejayaan, tapi sebagai manusia bertuhan, amatlah rugi seandainya hala tuju hidup disia-siakan pada usaha dan kemegahan yang tidak berpaksikan keimanan.
Meskipun kadangkala hati kalah dengan letih dan lelah, moga-moga cepat bangkit untuk jiwa yang lebih 'hidup' dan lebih kaya. Jangan mengalah!
No comments:
Post a Comment