Kaya itu nilaiannya bukan setakat pada harta yang tampak fizikalnya. Sebagai manusia kita sering dihinggap rasa cemburu melihat kesenangan, kemewahan orang lain. Sering terdetik di hati 'alangkah bertuahnya mereka, lahir-lahir sudah kaya-raya, celik-celik sudah duduk seperti di istana'.
Pujuklah hati, sentiasa bersangka baik dengan ketentuan Allah. Didiklah jiwa untuk tidak pernah berputus asa berusaha. Asuhlah tindakan kita untuk sentiasa berlapang dada dan berasa cukup dengan apa yang Dia anugerahkan. Berdoalah kita agar biar mana kaya pun kita, jangan sampai kita jadi miskin jiwa.
Pesan Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
' Kaya itu bukan kerana banyaknya harta, tetapi kaya itu adalah kerana kayanya jiwa'
Mari kayakan jiwa!
2 comments:
Sgt setuju! Kadang kaya pun x menjamin bahagia...sayang harta dari ahli keluarga...
kaya jiwa ni perlu dididik..perlu sentiasa diingatkan..:)
Post a Comment