June 11, 2013

Soto 'Favourite' - Edisi Kemaskini

Amar-mangkuk kecil

Saya pernah kongsikan tentang cerita soto terbaik sebelum ini. Soto yang saya dan suami cari kalau kami pulang ke kampung halaman kami. Saya kemaskini cerita soto itu kali ini. Sekarang, kami sudah tinggal berhampiran kampung halaman, jadi tidaklah berapa jauh kalau lidah kami sesekali nak 'menyoto'.

Kapten Kapal- Mangkuk Besar lah kan?

Lokasi soto ini juga telah diubah. Dulu di Pasar Sabtu, Kg Bukit Kuching. Sekarang, gerai soto ini telah dipindahkan atau lebih tepat ditempatkan betul-betul di hadapan rumah pengusaha soto di Kg Bukit Cherakah pula. Soto Hj Man namanya, dijual pula setiap hari, tak payah tunggu hari Sabtu..:)

Iman comel, mangkuk pun comel

Ummi - Mangkuk sama kapten lah kan?

Rayyan-makan ayam dengan nasi impit sahaja, soto Ummi habiskan :)

Soto Ummi, dengan nasi impit tambahan dan cili kicap.

Jom me'nyoto' :)

4 comments:

Zana S said...

pergh!! terbaek lah!! masaelahnya, aku ke sana time raya. sah2 tutup kan?? huehue...

Unknown said...

abis..ko je yg beraya..?hehehhe

aku makan soto ni dari kecik..tu yg rasa ni yg plg best hehehe

||aLeaSaRa|| said...

wah saya ni suka gila soto.kalau kat muar tiap kali balik sana mesti singgah satu kedai makan tu.siap order 2 mangkuk..percayalah he3..

wah nanti bolehlah saya cuba ke sana he3..

Unknown said...

Cubalah..sy suka kuahnya yg x berminyak sgt banding soto tmpt lain..

soto ni org Jawa yg buat..nasi impit dia lembut n buat sendiri..:)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...