October 25, 2013

Surprise Abah buat Amar

Cerita Amar dan jam

Usai Subuh tadi, abah buat surprise untuk Amar. Sekeping kad ucapan dan seutas jam dihadiahkan buat Amar. Abah letak di meja tulis tempat anak-anak belajar. Turun setelah solat Subuh dan bersiap ke sekolah, Amar sedikit terkejut bila ada kotak kecil beserta kad atas meja. Bersegera dia buka, cepat-cepat dia baca kad pemberian abah dan sejurus itu dia berlari ke atas dapatkan abahnya, 'terima kasih abah..'.

Jarang sebenarnya abah nak ber'surprise'2 sebegini, menghargai dan mensyukuri keputusan dan pencapaian Amar di KAFA, abah tergerak hadiahkan Amar jam :). Tersenyum panjang anak bujangnya hari ini, cara jalan pun lain macam sahaja tika dia melangkah ke sekolah tadi.

Amar, jam dan kad dari abah

Abah pakaikan jam untuk Amar sebelah kanan, ikut cakap Ustaz Don.

Kad dari abah-gambar pada kad ini adalah gambar ketika Amar berusia 5 tahun

Dari hati seorang abah :)

6 comments:

SoSoMe said...

i am touched....;) sampaikan salam saya pada amar...

sweet tooth said...

mesti amar happy dan tambah semangat belajar :-)

Unknown said...

alalalala...amar is also touched..acik model kirim salam hehehehhe

nina..mmg ada kesannya..dia behave sgt hari ni..:)

Tetamu Istimewa said...

Tahniah! Menghargai itu perlu untuk memberi rangsangan kepada mereka untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Unknown said...

cikgu Helmi,alhamdulillah..tq. saya setuju dan bg saya penghargaan itu bukan semata2 pemberian tp juga dorongan, sokongan dan komitmen.

Anonymous said...

seronoklah Amar yer

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...