October 02, 2016

Bumi Emas Hitam-Satu Perjalanan

Negeri terakhir di semenanjung yang pernah saya sampai. Pertama kalinya di tahun 2002. Ketika itu, hati seolah-olah tertinggal di sana.
14 tahun menyusul, negeri yang panjang itu kembali saya kunjungi. Kali ini dengan cinta hati dan buah-buah hati.
Tidak mengambil jalan biasa, kami sediakan pengalaman mahal buat anak-anak.
Perjalanan bermula sebelum Subuh. Biasan matahari yang menjengah hari tampak cantik di balik kabus banjaran hijau.
Kembara itu mungkin panjang buat mereka. Mulut tak henti bertanya. Nama-nama tempat yang agak asing mengundang soal yang tidak bertepi.
Mentakab... Temerloh... Akhirnya Kuantan.
"Kita nak ke Terengganu, kan?" Amar si sulung sudah mula mengenal geografi.
Angguk.
Bumi Chukai menanti dengan cerita warna-warni kehidupan. Bermalam dengan salam saudara yang sedia membentang keramahan.
Sungguh. Perjalanan itu tambah bermakna dengan bimbingan 'online' sahabat-sahabat setia.
Kemasik yang cantik! Pantai yang pendek, teluk yang membuat hati betul-betul terusik! Di kala orang lain sibuk memulakan tugas, kami ralit mengagumi cantiknya teluk yang berbatu besar.
Kerteh dan Paka. Sinonim Petronas dan TNB. Soalan? Memang bertubi-tubi.
Dungun yang hijau. Juga tersedia dengan huluran ukhuwwah yang tidak bertepi. Melepas lelah barang seketika. Bertanya kisah sahabat berjiwa serikandi.
🐋 Paus terdampar di Rantau Abang? Fosil yang mengundang keterujaan. Penyu? Mungkin masih menangis di dasar sebelah sana.
Marang? Subhanallah!!! Makin terasa manisnya sebuah kembara. Bersulam keraian persahabatan yang tak mampu diungkapkan kata.
Ru Rendang juga Rusila. Lubuk tempatan yang sangat mengujakan. Pantainya mahupun makanannya.
Kuala Terengganu? Tak perlu tanya. Negeri Cantik Budaya Menarik. Sekali... Malah berkali-kali hati ini jatuh.
Jatuh hati.

August 02, 2016

Nada Rindu di Ufuk Jingga, Bab 2

Salam Ogos!

Salam bulan kemerdekaan. Macam baru sahaja kita berdepan dengan Julai. Penat beraya masih bersisa.

Untuk Syawal ini, saya cuba juga alokasikan masa untuk berkarya..

Bab 2 untuk NRDUJ menyusul...

Jemput baca! BNC, Sakti Yang Cuba Kucari

Bab pengenalan Syarat Masuk Pintu juga telah diupload minggu lepas.

Sudi-sudikan!

:)

July 27, 2016

Projek Baru?

Assalamualaikum semua! Salam pertengahan Syawal...

Lama tak menulis di sini. Ada debar, ada juga rindu.

Jemput baca tulisan terbaru. Baru keluar dari oven, hehehe..

Masih di bawah nama Ilham Karangkraf....
Saya persembahkan karya ini

Nada Rindu Di Ufuk Jingga (Bab 1)
Nada Rindu Di Ufuk Jingga (Bab 2)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...