Hari ini tersenyum buka peti surat..majalah kesayangan sudah di tangan. Pagi-pagi lagi saya dah membelek dan membaca 'kamera' edisi bumper kali ini. Seperti diwar-warkan, edisi Ogos membincangkan tentang puasa, ketika kehamilan (juga relevan untuk ibu menyusu anak), juga bagaimana mengajar serta mengajak anak-anak berpuasa. Isu anak prasekolah juga sangat menarik; mengajar anak suka menulis dan bagaimana menangani anak yang kurang minat membaca.Topik bulan ini bertajuk 'Bulan-bulan Awal Bersama Bayi Baru'. Edisi bumper kali ini tidak sekadar menyediakan maklumat berwarna-warni, ruangan bonus juga sangat mengujakan!Kepada ibubapa yang cenderung asuhan alami banyak tawaran berbaloi yang dicadangkan. Pembacaan 'kamera' saya akan bertukar sebentar lagi..'dari muka ke muka'..:)




maaflah rumah saya memang bersepah..saya memang biarkan mereka bermain..saya memang suka mereka bermain, saya suka mereka berimaginasi dengan permainan mereka..hatta dengan pensil warna...



