April 18, 2012

Edisi Mei 2012

Alhamdulillah, majalah ini sudah di tangan. Edisi ini, keluaran kedua akhir langganan saya untuk tahun ini. Pesta Buku akhir bulan ini pastinya untuk memperbaharui langganan, dengan keizinanNya jua inshaAllah.

Bagi keluaran Mei ini, saya suka dengan fesyen ibu dan anak perempuan yang senada (sesuai untuk tatapan mata Ummi n Iman). Tak lupa siri perbincangan pakar berkaitan 'Aktiviti Bermain dalam Dunia SiKecil'.  Perbincangan ini sudah masuk Bahagian 4. Bagi saya ia info yang sangat bagus dan membantu saya dalam usaha mendidik dan memelihara anak-anak.

Ok..sila-silakan membaca, tambah-tambahkan maklumat yang ada..:)

April 12, 2012

Takdir ~ LOTR?


Ini buku Pak Ngah (adik lelaki saya). Pak Ngah memang pembekal utama novel2 thriller untuk saya. Minat saya dan dia selalu seiring. Membaca karangan Hilal Asyraf ini mirip menonton Lord of The Ring. Beza pada pendekatan watak dan ceritanya. Saya kagum dengan imaginasi pemuda ini, dan moga hajatnya berdakwah melalui tulisan dipermudahkanNya.

Pada novel ini ada Angkasa Sakti, ada Ruh Faizan dan anakanda2nya - Aizan Fahmi dan Maisarah, Ezakiel, Kiai Bumi..Kiai Suci ohoho..ramai nak dibariskan. Musuh mereka satu,  Sang Asura yang mengaku Tuhan. Ibarat tinta penulis; TAKDIR~ Cerita perjuangan mereka yang percaya kepadaNya..

April 05, 2012

B.M.I

BMI

Buku ini dah 5 bulan saya beli, tapi masih belum berkesempatan menghabiskan bacaan. Maka, untuk minggu ini saya cuba dedikasikan diri untuk membacanya. Tak sempat? Ya, hampir tepat..cuma kadangkala kesempatan itu tidak disempat-sempatkan. Ada lagi 3,4 buah buku yang menjadi 'waiting list'. Sebenarnya saya bukanlah ulat buku, cuma saya sangat selesa bila tangan saya memegang buku..(boleh ke macam tu?)

Justeru B.M.I saya pada kali ini..'Ilmuwan Nusantara'.Selamat Membaca Ummi!

*B.M.I ~ Buku Minggu Ini

P.E.R.M.A.T.A

Biarkan gambar2 ini berbicara..mereka syurga di hati saya..:)

~Bujang-bujang kesayangan Ummi~
Ini aktiviti petang mereka, mereka ada 'port' kegemaran untuk bermain..

~Tiga Permata~
Aktiviti malam sambil tunggu abah balik

~Kembar~
Iman dan Rayyan seiras..paling sama tang dahi..:)

si manis Iman


'Buku Princess Blue'..bak kata Iman

Ini buku baru Iman. Dia dapatkan buku ini dengan tangisan saktinya. Kami ke Pesta Buku Sinar Bestari tanpa perancangan. Sekadar menjenguk setelah terbaca banner di tepi jalan berhampiran TESCO Kuala Selangor.

'Iman nak buku Princess yang blue..'..'buku Princess Iman yang pink dah hilang' (alasan dia sahaja). Sebenarnya, ini buku kedua dia untuk siri ini. Iman cuma nampak buku ini sekali, dan selepas itu saya sendiri terlupa di mana buku ini terletak, puaslah saya dan suami mencari dan mengajukan buku yang lain (hampir-hampir sama). Iman sangat teliti dan sangat 'pengingat'.

Saya tunjukkan buku 'Putera XY dan Puteri XX'

'Buku ini ada prince..buku yg tadi tu takde prince'

Saya tunjukkan buku princess 3 orang..

'Tak mau..princess Iman ada banyak sangat (maksudnya 5)'

Saya tunjukkan buku yg ada princess dan saiznya kecil sedikit

'bukan..bukan yang ini..buku princess blue besar kecik (sederhana besar)' sambil merengek..

Saya hampir hilang sabar dan giliran suami melayan kerenah 'princess'nya berusia 3 thn 5 bulan itu..tak tahan dengan tangisannya, saya heret sekali 2 petugas pesta buku tersebut dan akhirnya...jumpa. Buku yang dicari terletak di lapisan bawah pada tajuk buku yang lain. Di kaunter, Iman pegang buku 'princess blue'nya..(dia nak pastikan ummi bayarkan buku itu untuk dia). Di rumah, cepat-cepat Iman cari buku princess pink Iman, tersenyum2 dia membanding2kan keduanya.

..aiitt..kata hilang..:)

princess pink Iman


March 13, 2012

Cendol BAKAR

refil percuma,jualan amal setiap Jumaat

sama dgn baju..


refill ni
Pernah dengar cendol bakar?Bagi yang melalui laluan 54 KL-KSelangor berkemungkinan pernah nampak gerai ini (lokasi: Asam Jawa, Kuala Selangor). Banner yang tergantung pun memang menggamit "CENDOL BAKAR, BANYAK YANG PERCUMA..". Memang ia pun..harga paling basic RM 2.00 dan boleh refill suka hati kita..nak tambah ais?santan?pulut?kacang?semua boleh..air minum pun percuma, nak refill semangkuk dua pun boleh. Hari Jumaat pula, semua hasil jualan akan disumbangkan ke masjid di situ. Cendol BAKAR bukanlah dibakar cendolnya,tapi En.Bakar nama tuan punya gerai..:).

February 20, 2012

Mencari Islam di China & Detik Debar


Baca tajuk..terus ambil

dalam novel ini Ramlee Awang Murshid jadi KSN..:)

Semalam pusing-pusing cari kasut, tersangkut di kedai buku..:)..maka bajet kasut tersangkut sedikit ke buku. Dua buku ini untuk minggu ini..saya pastinya akan menjadi pengulas setia kepada suami tercinta En Faizal dan adik lelaki kesayangan saya, Mr Zack..hmmm..lepas ni menyusul pula Meniti Maut ye Pak Ngah!

February 07, 2012

Laluan Kenangan


Baru-baru ini kami berpeluang mengikuti rombongan peminangan sepupu ke Sabak Bernam. Saya suka perjalanan itu, meskipun jalannya lebih luas dan lebih selesa berbanding dahulu tetapi laluan Kuala Selangor ke Sabak Bernam bagi saya adalah laluan yang penuh kenangan; manis, pahit, indah, mentah..:).

Sejurus melepasi jambatan Kuala Selangor, terbayang betapa 'jauh'nya rasa perjalanan pergi balik ke asrama dahulu. Merentasi Tanjung Karang dan Sekinchan membuatkan saya terimbau betapa penatnya badan menahan hentakan bas berwarna merah putih tanpa aircond hampir 20 tahun dahulu. Pastinya sawah padi di kanan jalan dan lorong-lorong kecil beratap pohon-pohon kelapa di bahu kiri menggamit kemanisan zaman belasan tahun itu..aduhai! Seterusnya melalui Pasir Panjang, Sg. Nibong..dan pastinya SIMPANG LIMA!Teringat lagi, saya akan sentiasa berawas untuk menekan loceng ketika selekoh di Simpang 5 tampak kelihatan. Belumpun peluh turunnaik bas bersisa, saya bakal berpeluh lagi dengan berjalan kaki ke bangunan asrama tercinta...(boleh tahan gigih ye!).

Daerah ini pernah menjadi 'taman ilmu' untuk saya suatu ketika dahulu dan sewajarnya ia menjadi kenangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan sepanjang hayat. Sementara perjalanan menuju ke Sabak Bernam, saya masih mengutip sisa-sisa ingatan 'perjalanan outing' dahulukala, seronok menunggu bas di tengah-tengah panas..tambang 70 sen kalau tak silap. Ketika itu, barulah saya mengenali nama-nama Sg Haji Dorani, Sg Limau, Pancang Bedena, BNO dan tak lupa Sg Air Tawar.

Usai urusan peminangan, kami singgah di rumah saudara di Taman Kenangan, melepas lelah seketika. Ketika perjalanan pulang ke rumah, saya lahirkan hasrat untuk menjenguk sekolah tersayang. Saya selusur semula laluan 'outing', juga tersenyum sendirian bila melalui kawasan kebun di mana saya dan kawan-kawan pernah rentasi dulu..seterusnya laluan merentas desa..dan akhirnya di hadapan pintu pagar utama..dengan bangganya 'inilah sekolah Ummi, sekolah aunty Dila..sekolah acik Laili....'...:)..SMKASL.

February 03, 2012

Catatan Karnival-Artis di hati yang berhati

Abah dan anak-anak

Sebenarnya kami masih 'mood' letih. Oleh kerana ummi dah 'deal' awal dengan abah, maka Karnival Karangkraf tempohari tetap dikunjungi setelah menjenguk seketika teratak lama kami di PUSJ. Dari roundabout hala ke tapak karnival pun kami dah terhidu bau2 'jem'..mampukah? Alhamdulillah, dapat parking berhampiran pintu masuk..:)

Karnival 1
Tidaklah saya bercadang memborong novel sebagaimana kebanyakan khalayak di sana, saya hanya mengintai buku-buku cerita menarik untuk anak-anak serta majalah kesayangan saya Pa n Ma. Maka, saya agak terkesima bila secara kebetulan bertemu penulis yang novelnya tidak pernah saya tidak baca; Ramlee Awang Murshid. Elok-elok sahaja beliau duduk tersenyum di 'Penjara Mandatori'nya melayan kerenah peminat-peminat setianya. Saya?saya tidak bawa apa-apa di tangan! Saya cuma tercegat jauh..aduh!Kemudian dengan anggukan suami, saya menghampiri Tuan RAM bersama anak-anak apabila boothnya reda sedikit dari keramaian orang.

U:Assalamualaikum Tuan

RAM:Waalaikumussalamwarahmatullah (jawapan beliau kejap dan kemas, senada dengan gaya tulisannya)

U:Ini anak-anak saya dan yang bongsu ini Rayyan (saya men'jual' seketika nama Rayyan realiti saya kepada penulis Rayyan Fantasi..:))

RAM:Oh..sungguh!Rayyan?!(beliau senyum mesra ke arah suami saya)

U:kami hanya ada cameraphone (berbasa-basi)

RAM : tidak jadi masalah..mari (beliau memang sorang yang meraikan!)

seterusnya lafaz terima kasih dan senyum hingga telinga..:)

R.A.M

Karnival 2

Tidaklah juga kami menyangka bahawa kehadiran kami bertepatan dengan saat perasmian majalah Automaskulin, berderum-deram Ferrari merah, kuning, hitam, kelabu betul-betul di hadapan mata!Kagum seketika Amar dan Iman yang selama ini menderum-deram dengan ferrari mini mereka..:) yang selama ini juga hanya mengintai ferrari dari tirai kamar di Federal Highway..ummi dan abah lebih kagum melihat nilai roadtax  yang terpampang di kereta-kereta mewah milik manusia-manusia kaya itu! Jangan tidak sangka kami kelompok pertama yang berani-beranikan diri bergambar di kereta-kereta kuda berlari itu..:). Tumpang ambil gambar ye Encik-encik kaya!

Tengok je..
Karnival 3

Selama ini saya mengikuti perkembangan Muqarrabin (Qobin) si pendaki gunung. Bagi saya dia anak muda berprinsip, sangat bersemangat tinggi dan mempunyai cita-cita menggunung seiring tingginya gunung-gunung yang didakinya di seluruh dunia. Sejak dulu saya soroti perjalanan dan perkembangannya. Sedari kurus hingga besar tegap..sehinggalah dia menjadi kawan FB saya. Seperti kelaziman saya, perihal Qobin saya ceritakan dan perkenalkan kepada suami saya. Siapa sangka pemuda berhati waja itu kami temui di gerai ayam goleknya..dan dia sesungguhnya sedang meng'golek' ayam-ayamnya!Lafaz mulia saudara seislam..

U: Assalamualaikum..Qobinkan?(seiring itu suami saya menghulur salam perkenalan)

Q: Waalaikumussalam..(sambil tersenyum ikhlas dan mengesat2 peluhnya)

U: Macamana jualan?

Q: Alhamdulillah..syukur..semalam sahaja 100 ekor lebih...ni pun kena tunggu lagi, ayam 'naik' je dah ramai tunggu..alhamdulillah (berkali-kali lafaz syukur itu terbit dari bibirnya)

Kami 'round' dulu sambil2 tunggu ayam 'naik'..dan penantian berbaloi..memang sedap!

Kami terserempak dengan beberapa sosok artis masa kini..tapi saya lebih peduli berjumpa 2 insan seperti tulisan di atas..:)

January 27, 2012

Kasih Saudara

Seronok dan bahagia bila bersaudara..rasa kaya!Operasi angkut-mengangkut kami dipermudahkanNya dengan kasih saudara. Memang benar..agenda 'pemindahan' kami agak panjang, kami tidak mahu tergesa-gesa. Rumah yang ditinggalkan dan rumah yang menjadi kediaman baru kami bukannya terikat mana pun. Kedua-duanya milik sendiri, maka operasi pindah randah pun ISA (ikut suka abang dan ikut suka akak!).

Kaum Cina beraya..kami pula ber'angkut'. Alhamdulillah kudrat kami yang dah bersisa (penat meng'kotak-kotak'kan khazanah seisi rumah) dibantu dengan tenaga Pak Lang, Pak Cu dan Pak Teh. Tambahan dengan kenalan Pak Teh; si pemandu lori dan pembantunya. Pak Teh mengetuai perjalanan dari PUSJ ke AJ kerana dia jugalah yang sangat membantu urusan mengecat di AJ. Kami menyusul kemudian dengan membawa sekali 'orang ASTRO' ke AJ. Setibanya kami di AJ (hujan lebat pula tu), kesemua barang sudah selesai dibawa ke dalam rumah..aduhai!sangat terima kasih wahai adik-adik ipar dan birasku. Kami rasa sangat kaya..:).

Giliran saudara di sebelah sini pula menyumbang rasa. Pak Ngah dan Mak Ngah (yang sedang berbadan dua) sudi pula membawakan kami kudapan ke AJ, juga memasakkan hidangan makan malam untuk kami. Terima kasih adik dan adik iparku..kenyang rasa hati kami..:)

Berminggu-minggu sebelum itu..saudara sedarah..ipar duai ini jugalah yang Dia titipkan untuk kelangsungan dan keberadaan kami..terima kasih, kata sahaja pasti tidak memadai, moga kasih saudara ini sentiasa dilimpahi rahmatNya..hati-hati kami sangat kaya Ya Allah..syukran! 

January 16, 2012

TAWAS-Rayyan


Hari ini, saya semak semula status pendaftaran TAWAS untuk Rayyan. Alhamdulillah, lulus juga. 2 minggu lepas, masih berstatus "sedang dalam semakan". TAWAS untuk Iman telah lebih dahulu lulus meskipun didaftarkan pada hari dan waktu yang sama. Berkemungkinan Iman kelahiran 2008, maka permohonannya diluluskan sebelum Rayyan.

Sesiapa anak Selangor, jangan lepaskan peluang ini!

January 09, 2012

Juara Masterchef

Ezani-Juara Masterchef M'sia

Satu-satunya rancangan realiti yang benar-benar saya dan suami ikuti. Selepas ini kaca tv itu semakin saya kesampingkanlah adanya..:). Bagus juga, kalau tak ternanti-nantilah saya rancangan ini. Tahniah Dr Ezani!Macam nama pensyarah saya ketika matrik dulu. RM 100,000.00 dan buku memasak sendiri! Saya positif dengan siri ini, bukan sekadar menguntungkan penaja (pastilah kan..), realiti berlatarkan kemahiran dan peluang sebegini berbaloi berbanding realiti tari-tarian bertangis-tangisan.

Wahidan-Finalis 'Favourite' kami

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...