July 26, 2012

Ramadhan Kareem~Senyum Bonda


Alhamdulillah, diari awal Ramadhan tahun ini dimulakan dengan berpuasa bersama keluarga. 1 Ramadhan kami pulang ke Batu Laut, berbuka bersama keluarga suami. Tersenyum lebar mak dan abah dengan kehadiran semua anak, menantu dan cucu-cucu. Makanan dan lauk-pauk jadi lebih sedap bila hati-hati rasa bahagia. Saya dah lama tidak meng’imam’kan tarawih, malam 2 Ramadhan berkesempatan dan berpeluang berjemaah bersama mak mertua,ipar-ipar dan anak-anak saudara perempuan..teringat pula zaman berusrah bersama ADWAMAH..rindunya saya dengan mereka.

2 Ramadhan, kami bertolak pulang sekitar jam 3.00 petang. Suami saya bertanya;’Nak buka dengan mak tak?’. Hati saya sangat kembang..alhamdulillah, suami seakan mengerti bisikan rindu saya untuk berbuka dengan mak sendiri. Perjalanan bertamu bonda memang barokah, kami sempat membeli juadah ringkas sebelum tiba di rumah mak. Sejurus sebelum waktu berbuka, kami dah sampai rumah mak..alhamdulillah! Saya sangat suka dan bahagia dengan senyuman mak..:)

July 20, 2012

Ramadhan Kareem~Tekad Menyusukan Anak

Alhamdulillah..hingga tarikh hari ini, saya masih berpeluang menyusukan Rayyan..dia menjangkau 1 tahun 7 bulan. Bagi saya, ini antara kemenangan peribadi saya yang akan saya cuba pertahankan hingga Rayyan menginjak 2 tahun dan lebih, insha Allah.
Besok, Ramadhan menjelang..saya berazam untuk menyusukannya dengan baik dan sempurna seperti bulan-bulan lain. Puasa bukan penghalang untuk saya menyusukan anak..tahun lepas boleh buat..tahun ini pasti lebih baik, permudahkanlah ya Allah. Saya kena kuat dan saya kena tekad, sahur...berbuka mengikut keperluan, minum air di waktu malam secukupnya..insha Allah..boleh!

Berat badan saya 'maintain' seperti sebelum kahwin..berkat menyusukan anak..alhamdulillah. Jenuh saya menangkis teguran keluarga dan rakan2 yang menyatakan saya kurus..ada juga mulut2 nakal..'tak cukup makan ke?'..hakikatnya..saya seorang yang berselera...dan saya adalah ibu yang menyusukan anak..di samping kadar metabolisme saya yang tinggi. Saya tidak kurus, cuma saya tidak meng'gemuk'..saya mudah naik dan turun berat badan.

Untuk anakanda Rayyan..moga rezeki ini berkat untukmu..insha Allah..:)

Ramadhan~Pengumuman

Dibesarkan dan dah terbiasa dengan suara penyimpan mohor besar RRM sebelum ini. Suara dewasa dan serak2 veteran yang masih saya ingat hingga kini.Suara ini pula suara baru..masuk tahun ke 2 kalau tak silap saya..

Selamat Berpuasa!

Sumber: YouTube

July 18, 2012

Ogos 2012~Titisan Emas


Sudah diterima dan sangat suka!Edisi ini tebal, sempena Syawal..:). Banyak yang menarik kali ini khususnya untuk terapi mata..

Dah dikatakan edisi khas raya, baju menyusu, baju ibu dan anak, baju itu..baju ini..kek-kek comel Aidilfitri pun ada. Tak ketinggalan..beg-beg balik kampung pun ada. Pendek kata, edisi ini memang best untuk cuci mata..

Isu utama..'Titisan Emas Buat SiManja',170 tip tentang penyusuan susu ibu. Sangat relevan..saya masih menyusukan Rayyan yang kini berusia 1 tahun 7 bulan..:)..InshaAllah..semoga Allah izinkan untuk saya menyusukan permata hati saya itu hingga 2 tahun..amiin.

Masterchef Selebriti M'sia


MCS sudah sampai ke penghujungnya. Tidaklah saya ternanti-nanti lagi rancangan ini. Habis sudah..:). Dari awal siri ini bersiaran, 2 selebriti ini telah kami jangkakan antara yang terbaik. Berbeza dengan MChef terdahulu, MCS lebih komersial, selebriti kan? Tak kisah..saya lebih peduli dengan acara masak-memasak mereka berbanding siapa mereka..

Apa-apa pun tahniah Dato' Fazley!Kemenangan anda telah dijangka..:)

July 12, 2012

7 Pelangi

10 Julai 2005, tarikh keramat saya dan suami. 7 tahun lepas kami diijabkabulkan…subhanaLlah!
Tanyalah siapa sahaja yang sedang menyulam bahagia, pasti segala-galanya indah..J. Usah bicara tentang dugaan..ia tetap akan hadir dalam mana-mana bahtera rumahtangga. Manis, pahit, suka, duka..ia tetap rencam yang tidak perlu dikesampingkan. Letakkan sayang dan cinta itu kerana Allah, demi Allah dan juga untuk redha Allah…pastinya rindu, kasih, cemburu meskipun marah..akan berbalik pada landasan sebenar…inshaAllah!
Saya sayang dia kerana Dia..saya letakkan kasih dan cinta saya padanya dengan izin dan redhaNya..syukur ya Allah..J

Marhaban!

22 Sya’ban?SubhanalLah..ada 2 Jumaat lagi..Marhaban ya Ramadhan!Serasa baru sahaja saya wujudkan label ‘Diari Ramadhan’ dalam blog ini pada tahun lepas. Kini, dia datang lagi..insha Allah dengan izinnya J
Ramadhan menjengah lagi..pastinya dengan catatan-catatan baru; rumah baru, suasana baru, umur baru, cabaran baru. Saya tidak mahu berlebih-lebihan menyatakan hasrat dan harapan. Paling penting, saya mencabar diri sendiri untuk meraikan dan menghargai Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Janji dan tekad itu rahsia antara hamba dan Penciptanya..Ya Allah permudahkanlah!

June 26, 2012

Bunga

Kembang untuk pertama kali

Sebelum ini tak pernah rajin pun nak berbunga-bunga, cuma rajin tolong siram bunga mak sahaja..:)

Sejak berumah di AJ, suka pula saya dengan bunga. Saya paling suka bunga ros. Sempurna untuk sekuntum bunga. Cantik, wangi, berduri, berdaun..walaupun susah nak jaga..:)
Kisahnya bunga di atas ini, tinggalan dari penyewa rumah kami. Masa kami berkemas-kemas laman, pokok ros ini, hampir-hampir mati..macam segan nak hidup. Suami saya tanamkan semula di sudut laman. Tak dijangka..ia hidup dan berbunga. Sehingga hari ini, ros pink ini sudah berbunga 3 kali. Kali pertama, sekuntum. Kedua..dua kuntum, dan kali ketiga..tiga kuntum!

Maka, hati dan diri saya termotivasi untuk ber'bunga-bunga' di laman kecil kami. Setakat ini saya sudah ada 3 pokok ros..3 pokok berdaun..1 pokok bunga daisy (pun sudah berbunga 2 kali) juga bunga lavender yang semakin gemuk..:)

Daisy yang muncul untuk kali kedua

June 22, 2012

Surprise untuk ABAH

Muka bangga

Abah yang terkedu
Catatan ini khusus buat Amar dan abahnya..:). Peristiwa berlaku pada tgh malam menjelang 16 Jun 2012. Usai solat Isya' saya sedikit terkejut dengan apa yang Amar buat di meja makan, saya fikir dia melayan Rayyan bermain tisu.

U: Amar buat apa ni?
A: Amar nak buat surprise..
U: Surprise untuk siapa..?(hairan dengan sudu garfu bersusun bagai dengan tisu dan belon)
A: Birthday abah..kan ni bulan Jun..
U: Birthday abah 30 Jun lah..
A: Takpe..besok pun hari birthday abah..besok kan hari abah..
U: Hari abah..?

Saya bersegera ke bilik atas, maklumkan abah Amar..

Turun dari bilik, Amar terus tersengih-sengih..'surprise'! Termangu-mangu abah..

Am : Happy Birthday abah!..
Ab : Errr..birthday abah 30hb lah Amar..(serba salah)
Am :Besok pun birthday abah jugak..takpe..besok kan hari abah..(ooooo..baru kami teringat..keesokan harinya Hari Bapa!). Amar nak surprise abah..:)
Ab : Terima kasih..(beliau terkedu seketika)

Aduhai anak..tulus dan kudus..saya pasti..hati abah Amar tersentuh malam itu..

June 15, 2012

Izin Menyepah

Cuaca berjerebu..mereka saya tidak izinkan keluar..

Maka, anak-anak saya izinkan 'menyepah'..menggunting kertas-kertas terpakai..bunga-bunga kering pun jadi mangsa..

Masterchef katanya..

June 08, 2012

Dr Rayyan


Tengok senyum dia..bertuah! Anakanda saya berdahi jendol ni sangat manja..macam magnet. Bila saya sibuk di dapur, dia juga tak kurang sibuk. Bersungguh-sungguh dia menyorong kerusinya ke sinki ketika saya mencuci pinggan mangkuk. Tukang punggah peti ais pun dia.Tukang bawa lari senduk dan periuk Ummi pun dia. Tau-tau dah dengar tung tang tung tang...

Dia sedang tidur, baru lepas menangis..ada garis macho di dahi..budak baik kan..:)

June 04, 2012

Ar Rahman


*
Sebenarnya kami agak terkejut bila cikgu Amar memaklumkan Amar mewakili kelasnya dalam pertandingan hafazan untuk Hari Potensi TBK Kemas Zon Jeram. Ialah, Amar baru sahaja di TBK Warnasari berbanding rakan-rakan yang lain, dia masuk pun pertengahan Mac 2012, 'junior'lah lebih kurang..:)...

Di rumah, memang anak-anak diajar dan disuruh hafal surah-surah pendek, sementelah saya mengajar sendiri anak-anak mengaji. Ada kelebihan dan kelemahannya. Puas hati bila dapat ajar ilmu yg ada kepada anak sendiri, tapi sudah namanya ajar sendiri kadangkala culas juga.
Ok! Balik kepada tajuk, bagi pertandingan ini Amar dikehendaki menghafaz Surah Al-Fatihah (1-7) dan Ar Rahman  (1-9) beserta maknanya sekali. Dipendekkan cerita, hari kejadian adalah pada 22 Mei 2012 bertempat di TBK Sg. Buluh, Jalan Bukit Jeram. Suami mengambil cuti khusus untuk mengiringi Amar dalam pertandingan itu. Meskipun kecil mungkin bagi sesetengah yang lain, tetapi bagi kami ini adalah saat-saat yang penting dan bersejarah buat kami sekeluarga...:).
Kami tidak terapkan untuk anak-anak mensasarkan nombor dalam mana-mana pencapaian. Belajar untuk ilmu, bertanding untuk pengalaman. Berdasarkan pengalaman sendiri, saya tidak dididik untuk mengejar nombor dan juga tidak diajar habuan hadiah penghargaan. Apa yang penting, pengalaman dan kepuasan. Pesaing terbesar adalah diri sendiri!
Sebelum Amar naik ke pentas, saya berpesan kepada Amar..
'do what you please and like to do..Ummi tau Amar suka baca surah ArRahman..yang penting Amar berani'
'abah,ummi,nenek,adik Iman dan adik Rayyan semua ada tengok Amar..' (sebenarnya saya risau dia tak 'berbunyi' di atas pentas..)
Ketika di atas pentas, Amar memang buat cara dia..tak sempat duduk 'proper' dia dah 'bismillah..'..baca sambil berlagu-lagu, yang ini dia memang ikut Ummi..:). Nasib baik dia tak tiru gaya Ustaz Don mengajar..hehehe. Saya berada di sisi pentas ketika itu dan suami di barisan hadapan penonton. Amar tak hafal makna keseluruhannya dan saya kata kepada dia..'tak apa'..:). Ketika Amar memperdengarkan bacaannya..saya dengar sok sek sok sek..'sedap suara budak ni'..errrr..hati ummi saya kembang seketika..:)
Turun dari pentas dia terus peluk saya..'Amar dah good job Ummi!' sambil menyeringai senyum..terus dia mencari abahnya dan bagi 'Five'..'Bagus!'. Sejurus itu, 'boleh tak Amar main taman?' hehheheh..dia memang tak kisah apa pun..kami izinkan dia main 5 minit, hadiah sebab dia berani, kemudian kami bersegera ke kedai makan berhampiran sebab perut belum berisi sedari pagi.

Kami pulang awal kerana ada urusan lain. Sepanjang perjalanan balik kami tergelak-gelak menjadi pengulas pertandingan. Mak saya berulang-ulang beritahu, 'Kawan-kawan mak semua cakap..suara Amar paling sedap, macam orang besar..bekas penyelia mak pun cakap benda yang sama'. 'Tak kisahlah Amar dapat nombor berapa, tapi bagi nenek Amar tetap menang..'

Petang itu, dapat SMS dari Cikgu Nabilah,  Amar dapat saguhati..:)..kami dah agak sebab dia tak hafal makna. Daripada 14 peserta,  Amar dapat tempat ke 4. Bagi kami, ia sangat ok untuk permulaan pengalamannya. Perjalanannya masih jauh lagi...

**
Lebih 20 thn dahulu, saya dan suami sama-sama wakili SRA kami untuk Tamrin Peringkat Daerah Kuala Selangor di Parit Serong, Tg.Karang. Saya masuk pertandingan syair dan suami pertandingan solat mayat (solat mayat pun ada pertandingan tau!). Saya dapat jadi johan dan dia saguhati..hmmm. Usai tamrin tersebut, kami terus terpisah 12 tahun lamanya..tanpa bersua...tanpa khabar berita.

Kami berdua hampir tidak percaya, jodoh antara kami..:). Dan kini, setelah hampir 7 tahun berumahtangga, kami bersama-sama menghantar anak kami ke pertandingan sebegini. Seperti saya nyatakan tadi, mungkin ia hal yang kecil bagi orang lain, tetapi bagi kami..ia antara kenangan yang terindah..:).

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...