Nampak tak tangan Rayyan pegang apa? Kereta kecil warna putih. Tak lepas langsung. Celik mata cari 'car', tidur pegang 'car'.
Semasa di Anjung Teh hari tu, kami risau sangat dia baling 'car' kesayangannya ke bawah..jenuh pulak nak cari balik..:)
December 12, 2012
December 08, 2012
Hari Keluarga Hj Ismail (II)~Kami Dapat
Ketika Hari Keluarga Hj Ismail (II) ini, kami dapat banyak!
Kami dapat,
jumpakan anak-anak kami bertaraf dua pupu, juga tidurkan mereka di dorm yang sama.
Kami dapat,
mandikan anak-anak kami bertaraf dua pupu di sungai yang sangat jernih, beri peluang mereka mem'bina' istana masing-masing. ada yang berkelompok me'ngerja'kan pasir, ada juga yang sibuk menyusun batu sungai.
Kami dapat,
ajak dan ajar anak berjemaah bersama atuk-atuk, nenek-nenek, makcik pakcik, abang kakak. walaupun ada desis gelak nakal anak-anak yang baru-baru mumaiyiz, kami masih dapat tersenyum dengan keletah mereka.
Kami dapat,
kenalkan anak-anak dengan pakcik/ makcik yang sebaya mereka, juga kami dapat kenal dengan pakcik/ makcik yang usia bertaraf adik sendiri.
Kami dapat...
uisssyy banyak sangat yang kami dapat..sampai tak tercatat
*catatan ini tertangguh lagi (banyak sangat dapatnya!) :)
Kami dapat,
jumpakan anak-anak kami bertaraf dua pupu, juga tidurkan mereka di dorm yang sama.
Kami dapat,
mandikan anak-anak kami bertaraf dua pupu di sungai yang sangat jernih, beri peluang mereka mem'bina' istana masing-masing. ada yang berkelompok me'ngerja'kan pasir, ada juga yang sibuk menyusun batu sungai.
Kami dapat,
ajak dan ajar anak berjemaah bersama atuk-atuk, nenek-nenek, makcik pakcik, abang kakak. walaupun ada desis gelak nakal anak-anak yang baru-baru mumaiyiz, kami masih dapat tersenyum dengan keletah mereka.
Kami dapat,
kenalkan anak-anak dengan pakcik/ makcik yang sebaya mereka, juga kami dapat kenal dengan pakcik/ makcik yang usia bertaraf adik sendiri.
Kami dapat...
uisssyy banyak sangat yang kami dapat..sampai tak tercatat
*catatan ini tertangguh lagi (banyak sangat dapatnya!) :)
December 07, 2012
Ujian November
Mereka Di Hati Saya
Cikgu Comel
Birthday 2012
![]() |
| Iman yang sentiasa ready |
![]() |
| Kek Amar from Achik Ana..TQ! |
![]() |
| Kek Iman juga hasil tangan Achik Ana |
![]() |
| Mak Chu n Cikgu Bella |
![]() |
| Amar dan kawan-kawannya |
Hari Keluarga Haji Ismail (II)~ Barokah Bonda
Saya mengenali keluarga ini semenjak kecil lagi. Sebahagian daripada mereka ada yang bau-bau bacang dengan keluarga saya dan sebahagian daripada mereka juga ada yang menjadi sahabat keluarga saya. Justeru, perkahwinan saya dan suami merapatkan lagi persaudaraan dan persahabatan yang sedia terjalin.
6 tahun
lepas, Hari Keluarga Hj Ismail dilangsungkan di Meru, ketika itu saya baru
sahaja menyertai keluarga ini dan sedang mengandungkan Amar. Bagi pelaksanaan
Hari Keluarga Hj Ismail kali kedua ini ia diadakan di Teratak Riverview Resort di Hulu Bernam.
Kini, kami sudah beranak tiga, begitu juga dengan sepupu-sepupu yang
lain..bertambah anak dan semakin berkembanglah keluarga besar ini.
Saya ingin
mencatatkan tentang ‘keutamaan bonda’ dalam entri ini. Tidak bermaksud
menafikan kemeriahan agenda-agenda lain, saya terdorong untuk menzahirkan satu
nilai yang saya fikir istimewa sepanjang pemerhatian saya ketika hari keluarga
ini berlangsung.
Begini;
Salam Utama
Keluarga ini
bertunjangkan 10 anak dengan 2 ibu. Mbah Jamilah isteri kedua Allahyarham tiba
pada hari kedua ketika anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya sedang rancak
dan meriah bersukaneka. Menariknya, tidak kira besar, kecil, tua ataupun muda
kesemua anak, cucu dan cicit berhenti bermain dan menyalami Mbah yang baru
tiba. Meskipun ketika itu kami sedang bersaing sesama sendiri dalam permainan
masing-masing. Bagus!Masing-masing terdidik dan faham keutamaan, siapa dan apa
yang perlu didahulukan.
Penonton VIP
Ketika kami
sedang bersukaneka, matahari pula sedang perlahan-lahan naik. Ibu-ibu kami
duduk di banir pokok di tepi padang menyaksikan anak cucu beraksi. Betapa
status ibu sangat diutamakan, hala dan hadap permainan juga mengikut selesa dan
permintaan para ibu. Beberapa kali juga sebilangan agenda kami beralih-alih
arah dan kedudukan sebagai memenuhi pandangan dan pemandangan mereka, meskipun
kami yang terpaksa mengadap cahaya matahari..sesungguhnya ketika itu
masing-masing tiada masalah..’permintaan penonton vip..’ J
Durian Untuk Bonda
Agenda
sampingan kami di sini antaranya adalah mengejar durian yang gugur. Pengusaha
resort ini mengizinkan kami mengutip duriannya yang gugur berhampiran kawasan
aktiviti kami. Suami dan beberapa orang sepupu lelaki selaku penggerak utama
hari keluarga tidur di khemah berhampiran pohon-pohon durian yang ‘marvelous’
rasa buahnya. Acapkali rezeki bergolek itu menjadi milik mereka. Dalam
banyak-banyak durian yang mereka perolehi ada sebiji durian yang besar, cantik,
dan dari ‘pohon sedap’. Saya kagum dengan pendirian sepupu-sepupu sedarah ini,
durian tersebut yang gugur di pertiga malam sanggup mereka simpan untuk ibu-ibu
tercinta. Siap sorok!Alhamdulillah, di pagi Ahad itu para ibu disajikan khusus
durian terbaik. Rezeki rasa itu turut dikongsi ibu-ibu generasi ketiga (seperti
saya)...rasa durian itu?SubhanaLlah!sangat sedap. Bagi saya ia bertambah sedap
dek keikhlasan, kasih sayang dan berkat senyuman bonda masing-masing. J
Baik!Saya
tidak berniat menamatkan catatan berkaitan Hari Keluarga Hj Ismail (II) setakat cerita ini,
menangguhkan mungkin ebih tepat, kerana serasa saya catatan penuhnya...’hanya yang pergi
yang benar-benar mengerti’. Saya nukilkan menurut kesempatan, pandangan dan
rasa peribadi saya selaku cucu menantu. Pada saya, mereka yang berketurunan
sedarah pasti lebih tercalit kenangan manis dalam memori mereka.
Berkesempatan..saya catatkan lagi, insya Allah.
Terima kasih
J
December 06, 2012
Saya,dia dan mereka
Kolej Islam Sultan Alam
Shah (KISAS) ~ 1995-1996
Kami hanya terserempak di Pusaneka, di RU..TSL memanglah tidak (saya pantang masuk library..sejuk sangat!hehhhe)..selalu juga kami terjumpa di ATM Juwara..tempat cucuk duit tersohor untuk pelajar2 tajaan MARA khususnya..pernah juga kami ter’sama line’ di kelas ZT..adalah juga sekuliah kan?
Alam Jaya ~ 2012 (35
minit dari Saujana Rawang..lalu jalan dalam lah..org tempatan kannn)
Kami tak sekelas..tapi kami se’Soutul’, saya dan dia paling
suka bila ada latihan nasyid, berlatih kekononnya macam nak pergi pertandingan
peringkat dunia :P padahal untuk persembahan kat surau Aspuri je hehehe..
Kami juga tak sedorm..tapi kami se’gayong’..habis saja
latihan silat kami sama-sama sental baju silat di Bilik Air Umum, sambung
bergayung!Ialah..baju silat kami sepasang je, berlatih atas padang becak,
bersilat macam gaya nak masuk Sukan SEA..padahal untuk dapat talipinggang Awan
Putih je..hehhehe
Kami tak sealiran tapi kami selalu beratur sama di Dewan
Makan..kadang dia cop tempat, kadang saya ambil giliran..(senyum lagi..) J
Kami bukan tergolong study gila-gila..kami lebih gemar
bercerita tahap gila-gila..kadang2 dia lupa dia KP..dia ikut bising macam saya
yang study paling lama pun 20 minit!
Kami tak senegeri...sering saja dia cemburukan saya yang
balik kampung sebulan sekali..dia pula kalau balik makan hari..
Tapi dia antara sahabat yang hebat dan setia! Paling saya
ingat dia suka ‘cangkuk’ leher saya..
‘hang member aku paling kecik..paling ringan aku nak tarik..’
ialah...dia besar..tinggi pulak tu!
Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) ~ 1998-2001
*1997-Pusat Matrik lain-lain..
*1997-Pusat Matrik lain-lain..
Saya di FPP (budak akaun katanya) dia di FKEJ (budak
enjin..hehhehe)..
Saya di Aminuddin Baki..rasanya dia di Ibu Zain..huhuhu
betapa kami semakin tak rapat..:(Kami hanya terserempak di Pusaneka, di RU..TSL memanglah tidak (saya pantang masuk library..sejuk sangat!hehhhe)..selalu juga kami terjumpa di ATM Juwara..tempat cucuk duit tersohor untuk pelajar2 tajaan MARA khususnya..pernah juga kami ter’sama line’ di kelas ZT..adalah juga sekuliah kan?
Sesekali kami terjumpa di Surau bawah Pusaneka..takpun depan
PMU..paling selalu terjumpa di Pesta Konvo J
Kami memang agak renggang di UKM..hanya jumpa
sekali-sekala..tapi kami tak lupa salam semut
kami..tak pernah lupa semangat gayong kami..dan dia jarang lupa untuk
mencangkuk leher saya..
‘hang ni kan Zah..tak tinggi2..tara tu gak!’..:P
Saujana Rawang ~ 2012
(tengok timeline..uissyyy lama sangat dah)
Kami sembang sambil duduk bersila..bezanya kami sudah
bersuami dan masing-masing beranak tiga. Saya bertekad mencari dia, terasa
sangat berhutang waktu-waktu susah dan senang..dia sedang diuji dan keluarganya
juga sedang diuji..
..’apa rasa kena bedah Zah?’ dia maklum saya sudah 3 kali
c-zer..
..’hehhe..weng separuh hari..macam di awang-awangan’ J saya
jawab bersahaja..
..’dia boleh tanya soalan sama 5 kali..layankan je’..suami
saya menambah
Kami cerita lagi..sambil anak-anak turun naik tangga dan
terkekek-kekek sesama sendiri..
..’zah..sebenaqnya..aku takut’ saya pandang dia dengan
senyum..(dalam hati sentap!)
..’takpe da..sabar..’ sambil gosok-gosok tangan
dia..sebenarnya saya tak tau nak cakap apa..
........................
........................
Saya setia menjenguk-jenguk khabar dia melalui FB, saya kagum
dengan sokongan dan doa sahabat-sahabat seKISAS. Saya mengagumi kesediaan dan
kesetiaan mereka memberi sokongan moral serta membawa doa serta titipan ramai
lagi sahabat-sahabat kami yang lain. 1 Disember di Hospital Selayang, Aida
menjalani pembedahan sebagai rawatan kanser payudaranya. Saya kurang betah
istilah sebenarnya. Khabarnya dia di tahap 2. Allah..moga kekuatan tersakti Kau
anugerahkan untuknya dan ahli keluarganya. Meskipun ujian ini untuknya tapi
kami yakin ia manifestasi kasih dan cintaMu yang tak bertepi.
*Sahabat-sahabat KISAS khususnya ‘Class of 96’..moga ukhuwwah
fillah ini berpanjangan, berkekalan dan dirahmati hingga ke sana..
Alhamdulillah ‘ala kulli hal....Allahu Akbar..
November 26, 2012
Masuk Majalah
![]() |
| Ruangan FB di Pa n Ma (Disember 2012) |
Mula-mula saya tak perasan,
kemudian bila masuk bacaan kedua (saya jenis baca majalah..kulit ke kulit)
terpandang pula muka sendiri di samping suami tercinta. Meskipun se’ciput’..tak
kisahlah, asalkan namanya masuk majalah..hehehhe..:)
Pesanan ikhlas..’Jangan
Menyampah..’ ;)
2 malam
2 malam saya telah meladeni
Rayyan yang kurang sihat. Maka 2 hari juga waktu tidur dan jaga saya tidak
teratur. Akur dengan kesungguhan dan kepayahan suami mencari rezeki di siang
hari menganjur saya rasa tidak tergamak mengejutkannya bergilir melayan rengek
si Putera Rayyan, lagipun Rayyan tak betah pujuk selain Ummi! Sesekali timbul
rasa kasihan pada Iman yang sering merungut bila peluru-peluru soalannya saya
jawab ‘asal jawab’. Amar pula sesekali timbul ‘amuk’nya tatkala letih saya
mengatasi segalanya.
Pagi tadi, mata saya hampir tidak
terbuka ketika menyalami suami yang keluar bekerja, meskipun saya sempat
sediakan air minum dan oat untuknya..ternyata tidur saya pada waktu ini adalah
ketika tertidur. Saya fikir saya bermimpi bila ternampak semula kelibat suami
masuk ke rumah dan menyediakan sesuatu di meja makan.
‘..rasanya dah salam tadi..?mimpi
ke ..?’
Rupa-rupanya, dek kasihankan
saya, suami saya belikan sarapan terlebih dahulu untuk saya dan anak-anaknya.
Siap berpesan;
‘..abang beli nasi lemak, bihun,
kuih. Kalau Rayyan tidur, awak tidurlah sekali...abang beli makanan lebih tu,
tengahari nanti goreng je telur..’
Saya hanya terpisat-pisat
mendengar kata-katanya, sambil hati cukup rasa lega dan bersyukur. Dia sangat
memahami letih dan risau saya. Allah..syukur sangat!
‘ terima kasih bang...’ mata saya
sedikit terbuka ketika menyalami tangan kekasih hati untuk kali kedua..:)
* Peduli tentang kasih akan
menjadikan kita lebih kisah dengan sekecil-kecil peranan. Sama ada ia untuk
teman hidup, ibubapa, anak-anak, mahupun sahabat dan kerabat. Bila peduli itu
datang beserta kesedaran akan wujudnya kita untuk apa, maka peranan kecil akan
dimainkan dengan sebesar-besar hati, kerana kita tahu kita tidak pernah
mempunyai atau dipunyai waktu. Sesaat yang berlalu, kita tidak akan pernah
menggapainya, jika kita tidak pernah akur untuk menghargainya...
November 23, 2012
Graduasi
![]() |
| Amar ambil sijil |
Sayang Ummi yang seorang ini bakal menginjak 7 tahun,
walaupun baru genap 6 tahun 6 November baru-baru ini. Sebagai permata sulung
sudah tentu perkara-perkara berkaitannya menjadi pengalaman sulung juga buat
kami.
Gambar di atas, gambar ketika Hari Graduasi TBK Kemas
peringkat daerah Kuala Selangor. Amar
sudah selesai pengajian tabika atau pra sekolah untuk tahun ini. Tahun depan,
Iman menyusul dan Amar pula bakal bersekolah rendah. SubhanaLLah...cepatnya
masa berlalu. Seakan tidak percaya!
November 22, 2012
Kanak-kanak Menua~KanakTua
Entah..saya rimas dengan rancangan realiti yang satu ini..sejujurnya
hampir menyampah. Bila anak-anak bertanyakan tentangnya, saya memerah rasa dan
raga menyediakan jawapan..
....kenapa diorang menangis?...(tgk iklan prebiu je)
....best kan Ummi kalau dapat menari macam tu? (errr...hati dah tergaru2)
....kenapa kanak-kanak tu
pakai macam org besar Ummi?pakai spek macam spek orang tua je?........kenapa diorang menangis?...(tgk iklan prebiu je)
....best kan Ummi kalau dapat menari macam tu? (errr...hati dah tergaru2)
‘Memang pun...memang
kanak-kanak dalam tu cepat tua..itu bukan idola kecil..itu budak kecik
menua..so..kanak-kanak sihat,cerdas dan perlu vitamin bagus tak boleh
tengok...’
Entah..rancangan itu memang
kurang vitamin..sorry!
Subscribe to:
Posts (Atom)
















