August 24, 2013

Igauan Maut (RAM) di tangan


Saya tulis entri berkaitan novel Ramlee Awang Murshid di sini. Igauan Maut merupakan antara novel terawal RAM dan diulangcetak khusus buat peminatnya. Saya beli melalui online, terima melalui Poslaju. Saya tak berniat mengulas novel ini, ia tetap tak lari dari gaya penulisan RAM..dan yang mengikuti/ meminati RAM pasti dapat merasakan keistimewaannya.

Gambar di atas gambar Amar yang cemburu dengan keasyikan saya membelek novel RAM. Dia yang baru berusia 7 tahun turut ingin membacanya, dan berkali-kali juga saya menerangkan setiap patah perkataan dalam novel tulisan penulis kegemaran saya itu :). Bahasa RAM memang tinggi untuk kanak-kanak seusianya.

Saya Mampu Berniat

Saya berniat menziarahi sahabat2 di sekitar Puncak Alam dan Saujana Utama hujung minggu ini. Saya juga berniat bawa anak-anak menziarahi saudara-mara bertaraf sepupu terdekat pada hujung minggu ini. Saya berniat terjah sahabat2 terdekat dengan saya meski ada yang berada nun di Rawang, Shah Alam mahupun Banting.

Tapi, saya hanya mampu berniat...
Anakanda Rayyan baru/ mula kebah dari demam..hari ini demam berganti ke Anakanda Iman..dan saya juga demam yang tidak terjangka..saya hanya mampu berniat..Selamat Hari Raya..:)

August 21, 2013

Rabu Tanpa Bicara

Anakanda Rayyan demam di bulan Syawal..:(

August 12, 2013

Baraan B5J5


Hari raya ke 4. Sahabat-sahabat saya ber'baraan' di Sg Besar. Gambar di atas, gambar yang cukup buat saya 'cemburu'. Kami bersahabat sejak Tingkatan 1, seawal usia 13 tahun hinggalah kini...:)

Mereka 'tag' gambar beramai-ramai di hadapan sekolah kami yang tercinta dalam akaun FB saya. Aduh!Sangat cemburu..setulusnya saya masih rasa bersyukur, mereka masih 'mengingati' saya biarpun saya tidak dapat turut serta dalam baraan kali ini. Buktinya..mereka 'tag' saya..:).

Sebenarnya ada lagi gambar-gambar lain, tapi saya paling suka gambar ini untuk saya abadikan dalam blog saya sebab ia berlatarbelakangkan sekolah dan asrama tempat kami mula kenal, berkawan, bergaduh, bersaing sesama sendiri satu tika dahulu. Meskipun ada antara kami yang bertukar/ berpindah ke sekolah lain selepas Tingkatan 3 (selepas PMR) tapi ia tidak pernah menghalang rasa 'nostalgia' ini untuk tetap kami kongsikan sampai bila-bila

Selamat Hari Raya sahabat-sahabat tercinta. B5J5 the best!

August 11, 2013

Gambar Hari Raya Aidilfitri 2013


Saya sangat tidak sempat 'update' blog ini sepanjang keraian Syawal yang masuk hari ke 4 hari ini. Saya letakkan gambar keluarga kami sebagai pembuka cerita Syawal. Seperti kelaziman kami setiap tahun Syawal tetap diraikan utamanya bersama keluarga sebelum dipanjangkan kepada sahabat handai dan jiran terdekat.

Selamat Hari Raya!

August 06, 2013

Minal Aidin Wal Faizin

'Aid bukan keraian lahiriah semata-mata..semoga kita terus terusan mendapat keredhaan dan keampunanNya, kembali kepada FITRAH sebenar dengan tulus hasil tarbiyyah Ramadhan..juga didoakan kita didorongkan menjadi golongan Faizin, yang 'berjaya' melawan musuh dhamir yang nyata..

Allah bagi kita peluang seluas-luas dan sebaik-baiknya di bulan Ramadhan untuk kita meraih redha dan ampunanNya. Syawal inilah medannya pula untuk kita kembali kepada fitrah sebenar kejadian insan, dengan cabaran dan godaan syaitan yang tidak pernah jemu menggoda, tak pernah putus asa mengheret anak Adam mengikut caranya. Moga Allah lindungi!

Selamat kembali kepada fitrah!Minal 'Aidin Wal Faizin...

August 02, 2013

Iman, Cikgu Nabilah dan Kawan-kawan

Cikgu Nabilah dan anak-anak didiknya

Tengahari tadi, baru sahaja tadi, Iman keluar dari kereta dengan sangat ceria. Seperti biasa Iman tunjukkan bekal yang dibawa untuk berbuka. Kemudian..'teng teneng..' lebar sengih anak dara saya sambil tunjukkan sampul duit raya. 'Ooooo..Iman dah dapat duit raya dari Cikgu Nabilah..'. Serentak itu, saya lihat di FB gambar-gambar yang Cikgu Nabilah tag untuk saya.

Seronok saya tengok wajah-wajah ceria Cikgu Nabilah dan anak-anak didiknya. Menggembirakan itu sebenarnya adalah perkara yang sangat menggembirakan..:). Terima kasih Cikgu, Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga.

Ini catatan Cikgu Nabilah,

'Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..... Kmi dh braye dlu.... Salam syg mohon seribu kemaafan untuk semua dari kami warga Tabika Kemas Warnasari... Ceria2kn semua si comel ku... Jmpe lg 2 mggu....♥♥♥♥'

Diari Projek Ramadhan-Banner Terbakar


Bismillah..hari ini hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan 1434. Baru sempat nak 'upload' gambar banner ayam bakar yang kami jual di Bazar Ramadhan Fasa 3, Bdr Baru Puncak Alam. Sebenarnya..banyak sangat cerita yang ingin saya kongsi, tapi tak sempat!

Baiklah..untuk hari ini saya 'bakar' mood dulu dengan banner ini meskipun tempoh niaga kami sudah hampir sampai ke penghujungnya :). Terima kasih sudi baca.

July 30, 2013

rendang kerang

tiba2 rindu nak makan rendang kerang buatan sendiri..last makan rendang kerang ketika raya adalah ketika arwah abah masih ada bersama kami..arwah yang bersungguh2 sediakan/ belikan bahan2..dia tahu anak sulungnya ni paling tak kisah disuruh itu ini..sejujurnya rendang kerang adalah kesukaan abah..rindu nak buat..tapi risau..saya risau saya akan buat dengan airmata..Allah..

July 25, 2013

Igauan Maut-RAM

Bismillah..

Saya memang peminat tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM). Hampir kesemua buku tulisan beliau saya baca dan miliki, kecuali buku Igauan Maut dan Pei Pan. Khabarnya novel Igauan Maut diulang cetak setelah 18 tahun, khusus buat peminat tulisan RAM.

Melalui fanpage RAMFC, dimaklumkan bahawa novel ini hanya dicetak sebanyak 920 naskhah. Jualan pula terhad, tidak terdapat di mana-mana kedai buku dan pasaran luar.

Spesifikasi novel (seperti tertulis di fanpage RAMFC) adalah seperti berikut:

 i. kuantiti - 920 naskhah
ii. ukuran - 215mm x 140mm
iii. berat - 265 gram
iv. 166 mukasurat
v. cetakan kedua 2013

Saya sudah hantarkan 'permohonan' saya untuk membelinya, saya harap saya antara 920 yang bertuah.

July 23, 2013

Amar oh Amar

Catatn dari dinding FB :)
 
Dua tiga hari ni..kerap Amar bercerita tentang seorang kawan perempuan yang suka panggil2 nama dia..suka kejar dia, suka tengok dia dari kelas..perasan jugak dia akan berlari bila nampak kelibat kawannya dan minta saya cepat-cepat drive bal...
ik..

Saya tanya Amar..kenapa Amar lari dari S..... tu? Jujur Amar jawab, 'Dia tu suka panggil2 Amar..pas tu kawan2 dia pun panggil2 Amar bila lalu kelas dia, ada ke diorang cakap awek..awek..awek, rimas Amar..dia selalu pandang Amar..heee..'

Saya tanya lagi..Dia suka Amar ke? Jawab Amar..'Amar ni kecik lagi Ummi..mana boleh fikir perkara tu..issyyy..ada ke patut kawan cakap S.... tu nak kawin dgn Amar..'

Kawin?hahahhaha..alah nak oi..kena ngurat rupanya..rasanya baru je Ummi lahirkan ko Amar..:)

July 20, 2013

Diari Projek Ramadhan-Mengapa?

Bismillah..Alhamdulillah..sudah seminggu kami ber'gelanggang' di Bazar Ramadhan. Seronok..pada asasnya kami berniat untuk mengetengahkan ayam bakar resepi keluarga ini, atas dasar itu kami tidak peduli bila ada yang sinis berkata 'dah bergaji tetap..elok2 kerja, kenapa pulak nak susah-susah berniaga'..tak pun..' tak cukup senang lagi ke?'..Allahurabbana..jauhkan..jauhkan prasangka dan bait-bait negatif itu melintas bersimpang siur ye..:)

Tujuan dan niat kami..pertama ;kami nak ketengahkan resepi dan air tangan yang abah wariskan kepada kami untuk sama-sama dinikmati juga oleh orang lain. Kami memang suka makan, tidaklah kisah sangat kalau membayar untuk sesetengah hidangan yang mampu kami perolehi dan berbaloi dengan rasanya, apatah lagi bila ia dimasak oleh orang-orang tempatan. Air tangan tempatan..:)

Kedua ; kami sudah berada di 'tempat sendiri'. Daerah kami..daerah datuk nenek moyang kami. Alangkah ruginya andai kami tidak beraja di tanah sendiri. Betul, saya jemu dan kasar katanya 'meluat' bilamana makanan, minuman, hinggakan barang runcit dijual, diurus, dijana oleh orang-orang luar..pendatang tanpa izin, dengan izin segala izin. Justeru, kami gunakan kelebihan 'berada di tempat sendiri' ini dengan cuba menghidangkan sesuatu yang halal, bagus, bersih, sedap dan berbaloi untuk saudara senegara dan yang paling penting seagama. Cuba tengok kiri kanan..tidak kiralah gerai, kedai mana, kadangkala terasa bukan di negara sendiri bilamana duit kita tersalur pada orang luar. Bilamana wang yang kita perolehi untuk sara keluarga dihulur pula kepada minah-minah Indon, Myanmar dan lain-lain.

Ketiga ; kami cuba perkenalkan konsep mandiri kepada anak-anak. Cuba untuk membuka minda mereka seawal usia, untuk melakukan sesuatu dengan rasa 'bebas' di hati. Tidak berada dalam lingkungan selesa sahaja, malah mendedahkan juga kepada mereka dengan kepelbagaian kemampuan manusia. Ada yang senang, ada yang susah. Ada yang hidup mudah..ada juga yang sering merintih payah.

Keempat..kelima...banyak lagi sebenarnya...

Ada kesempatan saya catatkan lagi, ada ruang saya kongsikan lagi. Nanti..:)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...