April 03, 2013
03.04.2013-Parlimen Bubar
Setelah pelbagai spekulasi, akhirnya hari ini Dato' Seri Najib Tun Abd Razak dengan rasminya mengumumkan pembubaran parlimen, sekaligus menjadi tanda bahawa kempen PRU 13 bermula. Ironinya kali ini, pengumuman pembubaran ditunggu seperti menunggu pengumuman tarikh hari raya puasa atau bermulanya Ramadhan, malah lebih lagi.
Dengan ledakan teknologi maklumat berita pembubaran ini telah ditunggu sejak awal pagi lagi, di FB, twitter, blog dan dari mana-mana sumber semuanya rancak menjangka dan menunggu rasminya pengumuman.
Selamat berkempen sahabat-sahabat yang turut serta, sama ada sebagai petugas, calon malah pemilih. Moga kempen dapat dilangsungkan dalam suasana aman dan harmoni. Moga yang terbaik Allah takdirkan untuk rakyat Malaysia.
Selamat Berjuang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment