Sahabat-sahabat, ibu-ibu, bapa-bapa..marilah kita sama-sama mendidik anak-anak kita yang baru bersekolah untuk hormat dan tidak mengambil harta / kepunyaan orang lain hatta pemadam yang tak mahal apatah lagi set alatulis yang bertema segala bagai.
Marilah juga kita mengajar dan mendidik anak-anak kita untuk lebih menghargai apa yang dibeli/ diberi oleh ibubapa untuk kemudahan mereka. Juga marilah kita mendidik mereka untuk mempertahankan hak dan milikan sendiri hatta sebatang pensil 2B yang tidak mempunyai apa-apa jenama apatah lagi dengan nama Staedler dan segala bagai.
Menghormati hak orang lain, mempertahankan hak sendiri perlu disemai dan diasuh sedari kecil dengan sekecil-kecil tanggungjawab dan entiti. Mereka generasi akan datang, mereka perlu digilap untuk menjadi generasi yang terbilang. Bagaimana mungkin pemimpin masa hadapan kita garapkan tanpa nilai-nilai 'hormat hak/ milik orang lain', mana mungkin juga kita tergamak meninggalkan generasi yang lesu, tidak tahu hak dan culas menjaga hak?
* saya sedang dalam mood yang tidak berapa bagus, geram kerana terpaksa me'refil' bekas pensil anak dengan pensil/ pemadam/ pembaris yang baru. Saban hari bekas pensilnya hampir kosong..alasannya 'kawan ambik', 'kawan pinjam (tapi tak pernah pulang)', 'hilang masa main'.
* saya juga sedang fikirkan mekanisme lain untuk ajar dia lebih menghargai....biarkan dia pergi tanpa alatulis?
No comments:
Post a Comment