oh mengapa semua ini terjadi
kehancuran wanita akhir zaman
akhlaknya kini dipandang hina
maruah tiada terbela
anak gadis menjadi bahan mainan
hawa nafsu serakah insan durjana
apalah daya dirimu wanita
akhirnya batinmu tersiksa
pilunya rasa di dalam jiwa
hidupmu diselubungi duka
jalan yang disangka membawa bahagia
derita menanti di sana
c/o
sedarlah oh wanita
dirimu amatlah berharga
pertahankan maruah
tinggalkan lembah hina
kembalilah pada Allah
carilah keredhaanNya
masih ada kesempatan masa
sebelum kau menemuinya
lagu nasyid ini adalah nasyid kebanggaan Soutul Mujahideen KISAS, juga antara nasyid yang saya gemar nyanyikan sehingga kini..maaf soutul sekiranya ada lirik yang tak tepat..catatan ini dari memori yang masih bersisa, kaset soutul entah ke mana..catatan liriknya juga sudah tiada..
ketika matrikulasi di MIT Penang, saya dan kawan-kawan matrikulasi bawa nasyid ini dalam Pertandingan Nasyid oleh USM..dapat tempat kedua..:)..paling mencabar part tarik masa korus..lagu ini asalnya dicipta untuk dinyanyikan oleh lelaki pada nada yang agak tinggi..bila perempuan yang membawanya maka key tinggi perlu dibawa berhati-hati..kenangan..kenangan..
*
entri ini entri ke 100..saya dedikasikan entri ini untuk kawan2 Soutul Mujahideen dan Soutul Mujahidah, KISAS SPM 96 dan sahabat2 di Pusat Matrikulasi UKM dan USM-Mutiara Institute of Technology Penang 97
June 17, 2011
June 16, 2011
mereka..usia sama tahun berbeza
Wajah-wajah serius kacukan Jawa-Banjar Selangor..lihat renungan mereka..:), abang agak manja, kakak pula renungan garang anak dara..adik penuh waspada..wajah-wajah tulus pada lingkungan bulan hampir sama..5 dan 6 bulan. Di antara ketiga mereka, Rayyan paling awal meniarap, 4 bulan..Amar dan Iman hampir serupa 5 bulan lebih.
June 15, 2011
Gerhana 14 Rejab 1432/16 Jun 2011
"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda kebesaran Allah.Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya.Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (gerhana)." Riwayat Muslim* Jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur ya Allah, letak didikkanlah hati-hati kami untuk sentiasa tunduk dan sujud hanya padaMu..kebergantungan kami hanya padaMu..dan cukuplah Kau sebagai tempat kami bertawakal..amiin
June 10, 2011
melayan angin kuala
sepoi-sepoi bahasa..secara peribadi..sangat suka gambar-gambar ini juga perasaan ketika ini..tempat ini tidak jauh dari kampung halaman kami..tak jauh dari rumah mertua di batu laut..juga tak jauh dari kampung kelahiran arwah abah di pekan banting..
tambak ini di Pantai Morib..pantai ini zahirnya biasa-biasa sahaja..mungkin airnya tak setanding kehijaubiruan lautan di laut china selatan..tapi kami dah terbiasa dengan keadaannya..dulu masa kecil..arwah abah ada juga membawa kami anak beranak ke sini..acapkali juga arwah pak long bersiar senda dengan anak-anak saudara di Pantai Morib yang tak berapa jauh dari rumahnya..
kala dewasa ini..bersurat sudah jodoh kami..berkampung halaman berhampiran..menyediakan peluang pula untuk anak-anak mewarisi kenangan zaman kanak-kanak kami..biar mereka kenal daerah sendiri..dan cinta dengan tempat sendiri..walau mungkin tak segah emasnya hujan di tempat lain..batu yang turun di tanah sendiri bukan sekadar ungkapan kemegahan tapi juga simbol kecekalan kental anak watan..
saya anak kuala..ibu saya orang kuala selangor..arwah abah saya anak kuala langat..
bapa mertua saya kelahiran kuala langat..ibu mertua saya jati kuala selangor juga!
suami saya lahir di shah alam, saya dilahirkan di klang..meskipun anak-anak kami lahir di KUALA lumpur..saya sayang selangor saya!
June 09, 2011
sayang sarawak..
negeri terakhir pelengkap 13 negeri di Malaysia yang dikunjungi adalah Sarawak..berkebetulan pada hari lahir ke 24 (28 Februari 2003)..masih ingat lagi kenangan pada hari indah itu..segala-galanya manis untuk saya dari Sarawak..:)
saya suka kek lapis asli dari Sarawak..dapat dibezakan rasanya dengan kek lapis buatan lain..manisnya lain..seninya juga tersendiri..memakannya apatah lagi..:)..saya diperkenalkan dengan kek lapis sarawak oleh bekas teman serumah saya..anak gadis Kuching..
saya suka 'jahit putus' pada baju kurung sarawak..halus..kagum saya pada ketelitian mereka..ke'sabar'an saya pasti tak setanding ketekunan mereka yang menghasilkannya..hasrat saya untuk menjadikan baju melayu ber'jahit putus' sarawak sebagai salah satu hadiah hantaran tidak kesampaian..hehhhe..tak sempat..
saya suka ikan terubuk masin sarawak..dulu rasanya jarang terjumpa di sini..sekarang makin mudah mendapatkannya..mungkin kerana terubuk masin sarawak dah bijak merentas laut china selatan agaknya..
saya suka kenangan di sana..malam itu malam hari lahir saya..dan malam itu juga saya terima panggilan rindu yang pasti dari jejaka Selangor..panggilan yang merubah status sahabat kepada teman sepanjang hayat..insha Allah..amiin..masa itu zaman tengah mekar..sedang berstatus anak dara..hhhhehe..
hmmmm..sarawak yang manis..sudah 8 tahun kenangan itu..

June 07, 2011
makan 'Ahmad Albob'

sebelum catatan ini dimulakan..bismillah..alhamdulillah..:)
suami dan anak-anak kurang sihat hujung minggu yang lepas..dan bersambung Isnin..(semalam)..kasihan suamiku..pergi pejabat..kemudian balik semula..'dapat mc'..riaknya tak ceria tanpa senyuman manisnya..:(..
anak-anak pula..batuk sekejap2..mujur ada stok ubat pelega batuk..aku biarkan suami berehat sepanjang hari dan melayan kerenah pening anak-anak..seorang batuk, seorang merengek...subhanaLlah..
malam tadi, ajak mereka bernasi arab di Anjung 7..tempat itu dah 3 kali kami kunjungi..kala lidah tiba2 rasa nak ber'timur tengah'..setakat ini hidangan di situ yang boleh menggamit selera, kalau nak ber'mandey' ayam berkeluarga besar pun sesuai..ada set yang berbaloi..kebab pun boleh tahan dan aku suka teh herba arabnya..rasa tak cukup secawan..
amar nak makan 'ahmad albob'..bermaksud..amar nak makan nasi arab berlaukkan kambing..anak bujang seorang ni kesukaannya mirip suami..makanlah nak..rezeki dan pilihan itu masih Dia anugerahkan untuk kita..dan bersyukurlah kerana nikmat itu masih dapat kita rasa..
selamat berselera arab..Anjung 7,Shah Alam (belakang UNISEL)
berabahan..
rumah atuk tinggi..bertiang-tiang..kami suka main bawah rumah atuk..:)
tiang-tiang atuk jadi tempat kami main rebut tiang..bersilang-silang saya dan sepupu2 menyimpang siur berebut tiang..siapa tak dapat peluk tiang..jadi..jadi apa entah..:)
bawah rumah atuk muat untuk segala..letak motor, simpan kawah, tempat barang khazanah..hatta acik2 mendodol juga di bawah rumah..
pangkin bawah rumah tempat paling best!lepak anak beranak..sambil makan rambutan, main batu seremban..minum air sirap buatan nenek..sirap nenek sedap..suam-suam wangi..kami tak minum ais!
tapi kalau atuk nak 'berabahan' di pangkin, semua aktiviti kami tertangguh seketika..tak boleh main tiang2..acik meng'andak' motor pun senyap2..ambil cawan pun terjingkit2..atuk 'guringan'..
sekarang,
tiang2 dah tiada..kami pula dah beranak pinak dan merata-rata berpergian..
pemandangan dan pengalaman bawah rumah atuk sirna ditelan masa..tapi masih jelas di ruang mata..
atuk pun dah 'ranai berabahan'..'guringan' untuk selamanya..

June 06, 2011
stesen gagak di tembok besar
sejak kenal dunia..sejak mulut pandai bercakap..dah kenal tempat itu..
masa kecil..zaman kanak2..laluan balik ke rumah nenek di Banting..pasti lalu..kadangkala singgah..
bila tingkatan 4..bertukar sekolah dari Simpang Lima ke Kolej Islam..dah tentu tempat itu juga laluan utama..kemudian belajar di UKM..berkenderai ke Bangi..kadangkala dengan bas..kadang-kadang dengan komuter..juga tempat itu..
dah habis belajar..beradu nasib di kota lumpur..tempat itu juga turun naikku..bersaksikan turun naik gaji dan tambang..
baru-baru ini..sengaja mengintai laluan kendiri itu..stesen yang berjasa..dan ada rindu bertamu di hati..
1.mee bandung stesen bas klang
2.pasar jawa klang
3.greatwall!oh tidak..!tembok besar itu dah lama runtuh..
4.orchard..ocean?mujur pejabat pos ada lagi...
5.bandar gagakku..tanah lahirku..
p/s-saya dilahirkan di Hospital Pantai, Klang..ketika itu HBTAR belum siap untuk beroperasi..

June 02, 2011
..RAJA beraja..
raja di tanah sendiri
~makan, minum..hasil tanah sendiri, dari bumi yang dipijak..tanahair kan?
~berjual..berniaga hasil tuaian sendiri..
'saya raja, sayalah yang meletak harga..saudara mahu pilih mana selera..bayar ikut harga saya..tanah ini tanah saya'
~berumahtangga di atas tanah sendiri..bebas berlaku seperti raja dan ratu
'eh..saya raja..memanglah dahulukala saya bertuankan Raja..kalau tak..manakan mungkin saya bertaraf warganegara..kerana tanah ini milik tuan Raja saya dari keturunan berketurunan..'
~beranak dan berpinak..sudah ada tentu warganya..wangsanya..bahasanya..
'kata raja..takkan perlu berkelakuan seperti hamba..jalan dan tindak tak perlu tersuruh-suruh..'
raja di tanah sendiri?
~makan, minum air tangan warga tanah orang lain, hasil dentang denting kuali ketukan bangsa-bangsa bangla, langka..burma?
~berjual?isy..isy..membeli yang sebenarnya..Ringgit MALAYSIA enam sahaja pak..aiit..?duit di tgn utk org lain..harga?
'sekarang harga ikut GLOBAL..walaupun hanya untuk barang LOKAL..'
~berumah?kata warga kota..kemampuan kami yang bertangga dan berstrata..atas tanah?di pinggir2 kota..hmmm bolehlah..
~beranak dan berketurunan..
'anak-anak kami dibela bibik di rumah..takpe..sekurang2nya ada yang menjaga..makan pakainya saya tetap jaga..,tv pun saya pasang As*ro Ce*ia..'

May 26, 2011
alif ba ta duniaku
alhamdulillah..subhanallah..
..sedikit kegusaran melanda hati, bila ditilik dan diselidik (berdasarkan pengalaman sendiri bukan statistik rasmi) dalam 7 orang di sekeliling orang-orang awam, yang bukan dari kalangan keluarga..5 tidak mengenal dan menguasai bacaan al Quran..tidak tahu eja baca jawi..Allah..
ayuh!kuatkan hati dan azam, bertindak dengan apa yang ada ditangan..berperananlah utk diri dan mereka yang berada dalam lingkungan kawalan serta perhatian..
pertama ;
bersegeralah dalam mendidik anak-anak mengenal kalam Tuhan, walau kadangkala payah untuk mengusir lelah..mereka itu amanah..!
pertama sebelum pertama ;
bersegeralah mendidik hati dan kekuatan diri sendiri..perbaiki dan perhalusi kekurangan tentang ilmu Al Quran, berseia sekata dengan rakan seperjuangan (suami bagi si isteri..isteri bagi sang suami)..bagaimana kita mahu permata mengenal kaca dan intan..kalau resam ketam tak diambil ingatan?

Berjuang di Medan Cinta
Selamat Berjuang
Malam siang berlalu
gerhana kesayuan
tiada berkesudahan
detik masa berlalu
tiada berhenti
oh syahdunya
Sejenak kuterkenang
hakikat perjuangan
penuh onak dan cabaran
bersama teman-teman
harungi kehidupan
oh indahnya
Berat rasanya di dalam jiwa
untuk melangkah
meninggalkan semua
kasih dan cinta yang terbina
ia kan selamanya..ooooo
Selamat berjuang sahabatku
semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan kubiar ia berlalu..
berjuanglah hingga ke akhirnya
dan ingatlah semua ikrar kita
Hati ini sayu mengenangkan
sengsara di dalam perjuangan
jiwaku merana dan meronta mengharapkan
kedamaian dan jua ketenangan
Tetapi kuakur pada hakikat
suka dan duka dalam perjuangan
perlu ketabahan dan kekuatan
keteguhan hati berlandaskan iman
Selamat berjuang sahabatku
semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan kubiar ia berlalu
berjuanglah hingga ke akhirnya
dan ingatlah semua ikrar kita..
nasyid ini adalah antara kegemaran aku dan sahabat-sahabat kesayangan ketika berkampung 3 tahun di KAB, UKM..seronok dan tersenyum mengingatkan..zaman remaja dan awal dewasa yang penuh dengan warna..
hidup ini penuh dengan perjuangan..di segala medan..medan ilmu..medan kendiri..medan cinta..ketika di varsiti..kami segar dengan keterujaan menimba ilmu..mekar dengan kecelaruan hati memburu cinta sejati hehehhe
untuk Liza,Normy,Elin dan Kak Gee..sayang di hati ini lebih dari yang terungkap..:)

Subscribe to:
Posts (Atom)