June 08, 2013

Anak Saudara Baru

Diari cuti sekolah kami diakhiri dengan berita menggembirakan buat keluarga khususnya keluarga mertua. Azi, adik perempuan suami saya selamat melahirkan bayi perempuan keduanya tepat jam 6.20 petang tadi di Hospital Banting. Kebetulan, kami pulang ke kampung mertua hujung minggu ini dan berita kelahiran cucu abah dan mak yang ke 9 adalah sesuatu yang seronok untuk dikongsikan keraiannya di kampung.

Ketika ini Azi masih di wad, kami pula bermalam di rumah mertua. Lewat malam begini, cucu-cucu abah dan mak masih bertenaga meriuhkan rumah mereka.

:)

Awas Tipudaya Kereta Tunda


Berita ini berita benar seorang sahabat saya. Nik Faizal namanya. Beliau menjadi mangsa sindiket penipuan trak tunda dan bengkel yang mengenakan caj melampau atas kerosakan keretanya di sebuah hentian lebuhraya. Moga jadi pengajaran dan jadi peringatan untuk kita semua. Kisah Nik Faizal turut dimuatkan dalam akhbar Kosmo seperti link di bawah;

Muslihat Trak Tunda

June 07, 2013

Sepetang di Taman Botani Malaysia, Shah Alam.

Musim cuti sekolah hampir berakhir. Bersisa 3 hari lagi (termasuk Sabtu dan Ahad), anak-anak sudah saya setmind kan untuk kembali ke sekolah minggu hadapan.

Cuti kali ini, kami hanya sempat bawa anak-anak ke Bukit Cahaya, Shah Alam atau sekarang dikenali sebagai Taman Botani Malaysia. Kami sempat-sempatkan masa selepas menghadiri majlis kahwin kawan suami dan sebelum pergi menghadiri walimah Kamarul dan Hidayah di Jeram.

Amar dan Rayyan teruja tengok rusa dari dekat
Kuda-kuda di sini jinak-jinak belaka..:)
Kami sampai petang hari itu dan hanya berkesempatan 'pusing lama' di Taman Haiwan. Penat melihat haiwan di situ, kami santai makan dan minum bekalan yang kami bawa dari rumah. Seronok pula makan karipap dan minum air milo di tengah-tengah hutan sebegitu.

Tengok karipap, bukan tengok kamera..:)
Gambar lagi; sebagai kenangan kami sekeluarga..:)
Amar dan Abah
Iman, Abah dan Rayyan sandar di rusa batu :)

Gaya Bebas- Ini gambar ketika kami menunggu bas untuk masuk ke Taman Botani. Riang anak-anak saya kan?

Naik Rusa Batu


 Tepi Tasik-Dari Lensa Amar


 Abah belanja aiskrim!


 Ummi dapat paling best!magnum


 Iman makan aiskrim sampai pejam mata

 Kami berlima, tapi Amar tak pandang kamera..


Sangat suka riak wajah Iman dalam gambar ini

 
Saya dan suami berhajat ke sini lagi selepas ini. Insya Allah selepas ini kami ingin bawa anak-anak berkhemah pula :). Moga-moga Allah izinkan.

Syukur Jumaat

Alhamdulillah..Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan bernafas di hari yang penuh barakah ini. Semoga hati-hati kita dan hati-hati mereka yang kita sayangi dilindungi dan dirahmati Allah, dipandu untuk sentiasa tunduk dan patuh dengan keimanan tauhid padaNya, semoga juga hati dan tindakan terpelihara dari gari-gari dunia yang melalaikan.

Alhamdulillah..Alhamdulillah moga nafas dan khidmat tubuh ini sentiasa diikhlaskan hanya untuk redhaNya..

Salam Jumaat, syukur..syukur..syukur Ya Allah..:)

June 06, 2013

Khamis?

Assalamualaikum!Allahurabbi..hari ini sudah hari Khamis, musim cuti sekolah hampir berakhir. Rutin akan kembali normal, jalan akan kembali sesak, jadual akan kembali ketat..:)

Untuk peringatan diri sendiri,
- baju sekolah anak sudah siap bergosok dan bergantung?
- kasut dan stoking anak, ada di mana?cukup pasangan masing-masing?
- kerja rumah anak-anak sudah disiapkan?
- jadual pembelajaran anak-anak masih ada?
- stok lauk-pauk untuk santapan anak sarapan, makan tengahari, makan malam sudah sedia?
- Tupperware air/ bekal simpan di mana?

* Sila senyum..sila berlapang fikiran.. :)

June 05, 2013

Walimah 0206

Seperti yang saya nyatakan dalam entri yang lepas berkaitan majlis perkahwinan di tepi tasik, hujung minggu di musim cuti sekolah tak akan sunyi dengan majlis walimah di sini sana. Kali ini saya kongsikan majlis perkahwinan sepupu suami saya Kamarul Hisham dan isterinya Hidayah. Sebenarnya pada waktu yang sama sepupu saya di Ipoh juga berkendara kahwin, tapi saya tidak dapat ke sana kerana pertembungan kenduri di sini.

Keluarga suami saya berdarah Jawa semestinya ketika berkenduri kendara begini, kehadiran sanak saudara bukan sekadar 'datang makan', paling tidak duduk bersama membantu atau istilahnya 'rewang'. Malam sebelum majlis besar kami sudah ada di rumah keluarga Kamarul, seusai walimah Abu di Keramat dan setelah kami menyempat2kan diri membawa anak-anak jalan-jalan di Bukit Cahaya Shah Alam. Malam itu juga, kami hantar abah dan mak balik ke Batu Laut seterusnya balik semula ke Alam Jaya kerana keesokannya kami harus ada di Majlis Walimah Khairul dan Hidayah.

Gambar ini saya 'pinjam' dari gambar yang diambil oleh adik pengantin lelaki, Nor Fazliana. Khabarnya giliran Nor pula menyusul selepas ini :)


Wak Bedah, Kamarul & Isteri, Wak Parlan (Bapa Saudara suami)


June 04, 2013

Belasungkawa-Pak Sudin

 
Seniman Aziz Satar, Allahyarham S.Shamsuddin dan Allahyarham P.Ramlee
 
Entri ini khusus buat suami saya. Suami saya sangat meminati filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Biarpun berulang tayang, dia tak pernah jemu menonton. Pelakon 'favourite'nya pula ialah Sudin (Allahyarham S.Shamsuddin). Hari ini, pelakon 'favourite' suami saya dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Singapura.
 
Semoga Allah mencurahkan keampunan dan rahmat buatnya. Dari Allah kita datang, kepadanya juga kita akan kembali.

June 01, 2013

Walimah 0106


Pelamin Penuh

Diari cuti sekolah memang tak lari dengan acara 'menghadiri majlis perkahwinan', sana kahwin, sini nikah, sana bertunang, sini dipinang. Tengahari di kenduri sana, malam di kenduri sini, besok pula lain pula petanya.

Hujung minggu kali ini kami memenuhi jemputan bekas rakan sepejabat suami, Abu namanya. Majlis walimah Abu diadakan di Taman Tasik Keramat, betul-betul bertentangan Stesyen LRT Jelatek. Saya tak pernah perasan kewujudan taman tasik ini sebelum ini. Meskipun saya pernah berulang-alik dari Desa Pandan ke Gombak suatu waktu dahulu, saya memang tidak pernah tahu taman ini pernah ada. Maka ketika suami menyatakan lokasi majlis, saya sedikit keliru. 'Ada ke tasik di situ?'. Bila sampai, memang adalah!

Kami sampai sebelum pengantin sampai, tetamu pun belum ramai sangat. Alhamdulillah, jamuannya menyelerakan, suasana pun menyenangkan. Pasangan pengantin tiba dengan persalinan yang cantik pada pandangan saya. Ringkas dan comel!

Pengantin Comel di Taman Tasik

Usai makan, anak-anak ajak main di taman permainan berdekatan. Kami terpaksa menolak sebab suami ada agenda lain untuk anak-anak selepas majlis ini. Suami faham, anak-anak merungut tidak ke mana-mana cuti sekolah ini, maka masa yang ada di hujung minggu cuba untuk di'kualiti'kan.

Ok. Entri lain akan menyusul, Selamat Pengantin Baru Abu dan isteri (lupa pula nama isterinya yang comel).

May 28, 2013

Jom Baca Kombo

Edisi Jun, Mei dan April 2013

Gambar di atas, majalah Pa n Ma untuk 3 bulan yang saya ingin ulang belek, Saya selalunya baca majalah ini dengan anak-anak. Mereka suka tengok gambar bayi dan kanak-kanak. Kata Rayyan, 'ini kawan Adik...comel macam Adik kan Ummi?.'

Edisi Jun, edisi Hari Bapa. Menariknya edisi kali ini di ruangan Papa Pilihan, 3 orang figura Islamik ditampilkan untuk berkongsi tips dan rahsia mereka mendidik anak-anak. 3 Papa Hebat itu adalah Ustaz Muhammad Abdullah, Erwan Muhibbain dan Imam Muda Jabbar. Suka baca pengalaman dan perkongsian mereka. 
 
Bulan Jun ini juga bulan kelahiran suami saya. Anak-anak terutamanya Iman sibuk menghitung hari lahir abah :).

Iman in Action

Celah kayu
 Anak dara saya yang seorang ini, suka bergambar. Kadang-kadang sambil bergambar sambil berlakon, siap ada ceritanya. Bila bergambar di celahan kayu, dia kata 'Iman masuk forest, jumpa Bambi..'

Gaya merajuk
 Bila buat gaya merajuk, Iman kata 'Iman macam muka tunggu abah balik work'.

Tepi sangkar
 Bila tepi sangkar burung, Iman buat kisah sendiri..'Nama burung tu kan..' dan disambung dengan cerita rekaannya.

Train Trip

Bila jalan-jalan naik tren, mula dia buka mulut nampak itu ini, padahal tengok gambar je..
Iman...oh Iman..buah hati abah dan ummi.

Walimah 2505-Farid Ramli

 
25.05.2013- Majlis Walimah anak sepupu saya , Farid. Menetap di Pasir Panjang, Sekinchan, Farid merupakan anak sulung kepada abang saudara saya Ramli dan isterinya Ramlah (nama pun dah berjodoh) yang rapat dengan saya sejak kecil lagi.
 
Abg Ali dan keluarganya.

Saya letakkan momen ini dalam entri kali ini sebagai tanda ingatan saya buat abg Ali dan keluarga, juga sebagai tanda kenangan 'program cuti sekolah' :).
Tahniah Farid dan isteri. Selepas ini adik-adik pula menyusul ye!

Hadiah AlHijrah

Alhamdulillah, pagi tadi saya sudah terima cenderahati dari TV AlHijrah untuk kuiz Telejumaat 'Saadiyat' yang saya menangi April lepas. Lama juga saya tunggu, hampir sebulan setengah barulah bungkusan ini saya terima melalui Poslaju.

Saya seronok sebab 'suka-suka' saya ada pula hasilnya.
 
Set Cenderahati Al Hijrah

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...