Diari
musim cuti kami bermula dengan memenuhi undangan Majlis Perkahwinan dan
Berkhatan. Kami membuat ‘percutian mengejut’ pada minggu pertama iaitu pada
14-16 November dengan membawa anak-anak ke Cameron Highlands. Kami hanya beritahu Amar, Iman dan Rayyan
sehari sebelum ke sana. Sengaja ‘surprise’, kalau tak… seminggu kecoh.
Rabu, kami memang sengaja bergerak lewat. Kami hanya mula ‘memanjat’ Cameron melalui laluan Tapah pada jam 10.00 malam. Relaks, berhati-hati dan tenang, akhirnya kami sampai di Tanah Rata pada jam 11.30 malam. Masa itu juga kami cari bilik yang sesuai dan cukup untuk keperluan kami berlima. Ala-ala percutian bajet, sebuah bilik dengan katil besar, tv, cerek dan seterika juga bilik air di Hotel Bajet nyata memadai bagi keluarga nukleus kami..:).
Rabu, kami memang sengaja bergerak lewat. Kami hanya mula ‘memanjat’ Cameron melalui laluan Tapah pada jam 10.00 malam. Relaks, berhati-hati dan tenang, akhirnya kami sampai di Tanah Rata pada jam 11.30 malam. Masa itu juga kami cari bilik yang sesuai dan cukup untuk keperluan kami berlima. Ala-ala percutian bajet, sebuah bilik dengan katil besar, tv, cerek dan seterika juga bilik air di Hotel Bajet nyata memadai bagi keluarga nukleus kami..:).
Sarapan di Brinchang |
Khamis
pagi, selesai bersarapan di Pekan Brinchang, Alza yang sedia berkhidmat
memanjat pula ke Ladang Teh Sungai Palas. Saya pernah ke sini dengan rakan
usrah ADWAM pada tahun 2004 dan fasilitinya nyata sudah berbeza. Di anjung teh,
kami dapat tempat duduk yang sangat strategik sudut pandangan dan
pemandangannya. Betul-betul di sudut ‘corner’, dan ketika itu angin gunung
sedang bertiup lembut dan matahari belum terik lagi, 2 cawan teh ‘o’ dan 2 ‘butter
cheese bun’ menjadikan minum pagi kami
di Anjung Teh Sg Palas cukup sifat di samping aktiviti mengambil gambar. Kami
jenguk2 sahaja Kedai Cenderamata di situ. Harga teh di atas serasa lebih mahal
berbanding di Giant. Selepas melawat kilang teh, kami menuruni laluan di
lereng, untuk memberikan pengalaman kepada anak-anak melalui pokok-pokok teh di
situ.
Kami dan adik-adik hahahhaha |
Turun
dari Sg Palas, jalan sangat sesak di Pekan Brinchang. Mujur kami melawan arus,
perjalanan kami tidak terlalu terganggu dan lawatan diteruskan ke Tapak Semaian
Kaktus dan Bunga. Hasrat kami untuk mengajak anak memetik strawberi terbantut kerana
2 tempat tidak buka untuk sesi petik memetik. Kecewa anak-anak kami ubati
dengan bantal strawberi seorang sebiji. Turun sedikit, ada kawasan strawberi
untuk dipetik dibuka, nyata pengusaha sangat mengambil kesempatan dengan
kebanjiran pengunjung. Harga kupon naik 3 kali ganda! senang2 sahaja mereka
ubah harga kupon yang sedia tertulis RM 10 dengan RM 30. Hmmmm..tak payahlah
untuk kali ini, insha Allah ada lagi rezeki nanti.
Kami
memang tidak merancang singgah di pasar sekitar situ (saya memang kurang suka pasar).Penat melihat bunga dan
pemandangan kami turun semula ke Tanah Rata untuk rehat seketika. Lewat petang,
santai2 sahaja kami berjalan-jalan di Pekan Tanah Rata. Tengok kedai, lawat
gerai, jenguk taman. Tidak mahu terlalu penat,mentelah anak-anak masih kecil
dan banyak ragam menyebabkan kami memilih stail ‘light n easy’, yang penting
ada bekalan air dan biskut dalam beg.Jumaat pagi, sarapan ringan di bilik sahaja dengan roti dan milo. Usai ‘check-out’ tepat jam 11.45 pagi, kami terus makan tengahari di Tanah Rata. Ikan pari bakar cicah asam, kuah lemak sayur pucuk manis, ayam goreng dan strawberi bersalut coklat..cukup!Alhamdulillah..:).
Dalam perjalanan menyusur pulang, kami singgah di sebuah tapak semaian untuk melengkapkan ‘percutian Cameron’ kami..bunga ros untuk Ummi dan kaktus untuk Abah. Selesai dengan apa yang dihajati, kami terus menuju ke Lata Iskandar. Rasanya kali terakhir saya ke air terjun ini ketika zaman kanak-kanak dulu, kini saya sendiri bawa anak-anak. Pada mulanya anak-anak hampir tidak mahu mandi dek sejuknya air di situ, lama-lama jenuh pula memujuk untuk naik dari air. Hampir 2 jam kami bermandi-manda di situ, sambil mengunyah pisang goreng dan keropok lekor. Dalam perjalanan keluar ke Tapah, mereka masih rancak bercerita dan bertanya itu ini. Ternyata mereka memang sangat letih bila akhirnya hanya suara saya menemankan pemanduan suami setelah Alza memasuki lebuhraya. Letih saya dan suami agak terubat dengan muka puas dan dengkuran anak-anak.
Ummi je ready.. |
Ok!Catatan
percutian nukleus kami untuk tahun 2012 berakhir di sini. Awal Disember nanti ada
perancangan lain….Hari Keluarga Hj Ismail (II) pula akan menyusul.
No comments:
Post a Comment