10 bulan lepas, jam 11 pagi, saya disorong ke dewan bedah di Hospital Pusrawi, Jln Tun Razak..dengan tawakal dan pasrah..alhamdulillah tepat jam 11.27 pagi tanggal 01.01.2011 Muhammad Rayyan bin Mohamed Faizal lahir dengan berat 2.74 kg.
Kelahiran Rayyan bertarikh sejarah, saya berselisih dengan Allahyarham Faizal Yusof di ruang dewan bedah. Dalam keadaan masih di bawah pengaruh bius, saya terpinga-pinga bila jururawat bergegas ke sini sana..'Faizal..kritikal..'..'FAIZAL?' mesin denyutan jantung saya berbunyi dan tekanan darah tidak menentu, jururawat bersegera hampir..'kenapa Puan, tenang ye..anak Puan ok, kami dah serah kepada suami puan..' 'siapa yang kritikal..suami saya Faizal'..'maaf Puan, tadi tu Faizal lain, dia sakit jantung..' sambil menegur sesama sendiri jururawat berkata 'itulah..kecoh sangat..patient ni baru keluar OT..suami dia pun nama Faizal'. Rupanya ada kisah sedih di luar sana, suami saya mengkhabarkan, dia canggung seorang di ruang menunggu. Faizal, suami saya ceria dengan keluarnya cahayamata baru, sementara keluarga Arwah menerima berita kehilangan untuk selama-lamanya.
Itu secebis kisah pada hari kelahirannya. Kini..hari ini Rayyan genap 10 bulan. Rayyan mula bertatih seawal 9 bulan 2 minggu. Sedikit cepat berbanding Amar dan Iman. Setiap kelahiran berbeza sifat dan perkembangannya. Sejujurnya kami sangat bersyukur dikurniakan anak-anak yang sihat, sempurna dan alhamdulillah..membahagiakan. Saya dan suami sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan dan kesabaran dalam memelihara serta mendidik anugerah terindah ini.
Alhamdulillah 01-01-2011 dia lahir, hari ini 01-11-2011 dia genap 10 bulan.
Nota :
Al-Fatihah buat Allahyarham Faizal Yusof~dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali

No comments:
Post a Comment