May 19, 2013

Simfoni Cinta-Hilal Asyraf

Tanda dari Hilal

Simfoni Cinta. Salah satu buku yang saya beli ketika PBAKL 2013. Tulisan Hilal Asyraf, penulis yang saya baca buku dan tulisannya, penulis yang saya ikuti di FB dan dunia maya. Penulis muda Malaysia yang cukup saya kagumi. Bermula dengan Takdir-Cahaya Yang Tidak Terpadam , saya soroti tulisan Hilal Asyraf meskipun tidak semua buku tulisannya saya miliki, nyata buah fikir dan ilhamnya yang dizahirkan dalam ceritanya tidak mengecewakan saya.

Simfoni Cinta, kompilasi cerpen tulisannya bertemakan cinta yang universal, cinta yang berpaksikan cinta Ilahi. Setiap cerita yang dibawa dalam buku ini 'menyentap hati' saya. 'Kenal' Hilal melalui tulisan dan perkongsian pandangannya di dunia maya menjadikan saya seolah membaca cerita tentang dia dalam buku ini. Watak-watak yang muncul dalam Simfoni Cinta adalah watak-watak yang saya kenal dari novel-novelnya yang lain. Kembara hati dan kembara fizikal yang dia tuliskan dalam Simfoni Cinta seolah-olah juga kembara yang dia kongsikan selama ini. Bahasa dia mudah dan indah, suasana dan biah yang Hilal wujudkan dalam Simfoni Cinta juga tak lari dari fitrah yang dilalui hampir semua yang seusia dan ketika berusia begitu.

Syabas Hilal Asyraf, moga usaha dan ilham diperhebat untuk kelangsungan mentarbiyah ummat.

Amar dan Hilal (Ummi malu hehehhe)

May 18, 2013

Anne dan Gilbert

Hanya untuk saya dan dia


Cerita ini sangat istimewa buat saya dan buat suami saya..ada kisahnya.

Anne - Lily Maid

Hati remaja saya terusik..:)

Antara episod yang saya sangat gemari dalam cerita Anne dan Gilbert

Burger MAN LAVA di Saujana Utama

Burger Rusa-Ummi punya..:)

Saya pernah tulis tentang cerita burger dalam entri saya sebelum ini. Baru-baru ini, ketika kami saja ambil2 angin di Saujana Utama, 'ternampak' pula nama Man Burger Kukus Lava yang baru sahaja dibuka. Burger inilah yang pernah disiarkan di Majalah 3. Terus singgah..:)

Square Patty

Double Beef Oblong, Chicken Hotdog

Kami saja pilih menu lain-lain. Cuba untuk rasa apa kelainannya. Untuk permulaan, 'layout' restoran ini memang sangat kreatif (saya tak sempat nak snap), dengan kertas dinding yang di'design' sendiri. Bagus!Saya sokong penuh usaha anak tempatan sebegini. Dari segi layanan dan kecepatan pula, mereka masih baru, agak lambat tapi bagi kami tiada masalah. Berkali-kali tuanpunya restoran ini memohon maaf kepada pelanggan atas kelewatan mereka menyediakan pesanan.

Fries dan Chicken Hotdog untuk Iman


Alhamdulillah, rasa burger di sini tidak mengecewakan. Persembahan hidangan mereka juga kreatif dan menarik.  Boleh datang lagi..tak jauh pun..:)

May 16, 2013

Terima Kasih Cikgu!


Saya sangat menghargai guru-guru, ustaz ustazah, para pensyarah yang pernah mendidik, memandu dan memberikan inspirasi dalam kehidupan yang serba fana ini. Saya tak fikir ucapan terima kasih dan ribuan penghargaan itu dapat dijadikan ganjaran atau balasan kepada segala jerih payah para pendidik ini. Terlalu hebat jasa mereka, terlalu indah tempat yang Allah sediakan untuk pencerah hati ini di sana nanti.

Saya mendoakan keberkatan ilmu, kekuatan iman, kelangsungan semangat buat mereka. Saya tidak punya apa, saya mungkin bukan sesiapa kalau bukan dengan iltizam mereka. Syukur ya Allah, kurniakan sebaik-baik pahala dan kasihMu kepada para guru.

Terima kasih cikgu!


Sumber: YouTube

Kabinet

Media perdana, media sosial..media meja..hampir semua media cerita tentang kabinet baru Malaysia. Menteri itu, Timb. Menteri ini, senator itu sebagai apa..YB sinun dapat jaga apa..

Rakyat Malaysia sudah semakin matang..semakin ambil peduli, ambil tahu siapa yang berkhidmat, kena ambil tahu untuk 'tahu' mereka yang terpilih benar-benar ambil peranan fungsi dan tanggungan mereka..lebih tepat tanggungjawab mereka.
Sehingga lewat tengah malam begini, media masih membincangkannya, saya juga masih memikirkannya.

Hmmm.

May 15, 2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat para pendidikku..Semoga Allah merahmati kalian atas ilmu yang dicurahkan, atas usaha yang tak pernah jemu..

Buat para guru SK Parit Mahang dan SRA Bukit Hijau, Kuala Selangor (1986-1991)

Buat para guru SMKA Simpang Lima, Sg Besar (1992-1994)

Buat para guru Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang (1995-1996)

Buat para pensyarah Pusat Matrikulasi Akaun UKM (MIT) Pulau ...Pinang (1997)

Buat para pensyarah Akaun FPP UKM Bangi (1998-2001)

Buat yang teristimewa..buat ibuku..guru pertamaku..Puan Hamsah binti Hamed..

Hanya Allah sebaik-baik pemberi ganjaran, terima kasih!

Sihat Matlamat

Saya pasti semua orang mahukan yang terbaik untuk diri, keluarga terutamanya anak-anak. Saya juga tidak terkecuali. Saya juga yakin, sebagai ibubapa kita akan berasa risau dengan persekitaran dan pengaruh tidak sihat terhadap anak-anak saya.
Saya berhajat dan berharap, anak-anak saya lebih kenal dan lebih kagum pada individu-individu yang sihat. Sihat akal, sihat hala tuju hidup..sihat iman..sihat matlamat.

Saya berusaha dan berikhtiar..memperkenal dan mendedahkan anak-anak kepada sosok-sosok pemuda pemudi yang baik. Baik akhlaknya, baik hatinya..baik ilmunya..baik cara hidupnya. Setakat ini saya 'sedang kumpul' beberapa 'manusia hebat' pada penilaian saya..diulangi pada penilaian saya. Contoh-contoh hidup yang mencontohi contoh terbaik..iaitu Rasulullah tercinta.

Saya (dan suami juga) wajib berusaha dan berikhtiar..agar diri kami juga menjadi 'manusia hebat' pada pandangan mata anak-anak. Usaha tingkatkan ilmu..berusaha kuat tingkatkan sabar dan santun..aduhai!

Usaha Ummi..usaha!

May 13, 2013

PBAKL 2013 (4)-Khusus untuk Amar

1)Kembara Sooty - Amar pilih sendiri
2) 70 Hadis Mudah Hafal Mudah Amal - Ummi pilih untuk Amar

Anak dah membesar, dah pandai pilih sendiri. Ketika PBAKL kali ini kami tak dapat berlama-lama sangat, maka hasil 'tangkapan' juga tidaklah banyak seperti tahun-tahun lepas. Bezanya kali ini, anak-anak dah pandai pilih buku kegemaran masing-masing. Kali ini konsep kami bebas, mereka 'bebas' memilih genre buku yang mereka inginkan (tapi tetap dengan kawalan Ummi..).

3) Adila Bijak Matematik
(saya hanya perasan Amar ambil buku ini bila nak bayar!..)

Iklan

Kawang saya hok kanang sekali..:)
Ustaz Mantop katanya..

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...