April 12, 2013

Sahabat

Lirik Lagu Sahabat - Najwa Latif
Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
 
* Lagu ini ditujukan khusus buat sahabat saya yang terbaik, En Faizal..:)

Set Lapik Cawan



Sebenarnya bukanlah 'collector' sangat, tapi jika berkebetulan saya memang tak lepaskan peluang. Contohnya bila saya memang penggemar Milo, maka pernahlah saya ada koleksi Van Milo walaupun tak semua. Pernah juga selalu isi minyak di Shell semasa bekerja dulu (sebab Stesyen Minyak Shell Batu 3 laluan utama saya ketika itu), maka saya adalah juga 'ter'kumpul set Ferrari mini. 


Set Lapik Cawan Nescafe

Bila duduk di TAJ, saya alih tangki ke Petronas pula, (dah itu sahaja stesyen minyak tersohor di Gugusan Puncak Alam ni) maka kebetulan jugalah anak-anak saya lengkap karakter Boboiboy dan rakan-rakan yang dikumpul.

Gambar Percuma :)
Baru-baru ini, ketika berbelanja di Giant 13, terserempak pula dengan promoter Nescafe yang mengundang kami bergambar keluarga, maka adalah pula set di atas..:)
 
 
 
* Dayat ko dah ada?



Tarikh Mengundi PRU 13

Secara rasminya diumumkan bahawa tarikh membuang undi untuk PRU 13 adalah pada 05 Mei 2013. Manakala tarikh penamaan calon pula pada 20 April 2013, bermaksud ada 15 hari secara rasminya para calon, penyokong dan bakal pengundi melobi, berkempen, menilai di peringkat akhir siapa yang bakal dijadikan pengkhidmat untuk mereka.

Di mana-mana ceruk, bendera-bendera parti sedang rancak dikibar, digantung, direntang. Manifesto pula sedang hangat dibicara, dibahas, dinilai. Gunakan hak dengan sebaiknya, manfaatkan peluang memilih pengkhidmat kita sebijaknya.

Selamat berkempen, selamat memilih, selamat mengundi!

April 07, 2013

Menjernih Hidup Beragama-Al Adib

Ini buku sulung tulisan Adib, rakan sekelas saya ketika bersekolah menengah di KISAS juga ketika mengaji di UKM. Seiring dengan 'hangat'nya aura Pesta Buku di PWTC yang bakal berlangsung bermula 26 April ini, saya rasa seronok dan tumpang bersyukur bila tulisan sahabat saya ini pula telah diterbitkan (melalui maklumannya di FB semalam).


Saya sentiasa mengikuti tulisannya di blog beliau http://www.al-adib.net dan juga cetusan fikirannya di Majalah Solusi saban bulan. Adib yang pernah saya kenal sememangnya sesuai dengan namanya, beradab juga berakhlak tinggi, cinta bahasa dan sastera serta begitu petah bicara.

Tahniah Adib!Lebih tepat Dr. Adib, sejujurnya saya cemburu, dan seikhlasnya saya bersyukur kerana mengenali sahabat hebat seperti beliau.

Klasik?

Iklan..:)


Diari hujung minggu kami pada kali ini dikhususkan untuk kami sahaja..:). Minggu lepas kami turut berkampung di 'opis' abah, minggu ini kami tujukan hari Sabtu hanya untuk kami.

Petang tadi, kami mencari keperluan di Giant 13. Ketika hampir di kawasan kaunter bayaran, sekonyong-konyong kami didatangi 'promoter' Nescafe yang mengajak kami mengambil gambar keluarga di booth promosi mereka. Percuma!Duduk dan senyum maka..hasilnya seperti gambar di atas..:)



Menang Kuiz TELEJUMAAT



Cinta Sa'adiyat

Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka...


Makluman dari FB Rasmi TV Al Hijrah


Sebenarnya saya cuma perasan saya dipilih sebagai salah seorang pemenang untuk kuiz TELEJUMAAT di TV AlHijrah melalui mesej sahabat saya Kak Julie. Malam itu, saya tiba-tiba ter'rajin' mengisi ruang komen di status FB Al Hijrah dan alhamdulillah..terpilih!


Komen saya..:)

April 05, 2013

PBAKL 2013

Diari April saya akan terkemaskini dengan agenda yang satu ini. Hampir saban tahun saya menantikan kemunculannya. Tak dapat dua hari, sehari pun jadilah..:). Pesta Buku Antarabangsa KL!PBAKL 2013 sudah masuk kali ke 32 tahun ini. Bakal berlangsung pada 26 April 2013 hingga 05 Mei 2013.

Saya tidaklah memborong banyak tetapi saya sangat suka dengan suasananya. Kini, saya sudah tidak bekerja, maka saya harus 'limit'kan kehendak saya dan anak-anak mengikut bajet yang dibolehkan suami..:).  Tidak menjadi masalah! Moga-moga kami diberi kesempatan untuk memeriahkannya.

* Sudah 'hint' banyak kali kepada En Suami..:)

Jaga Hak Sendiri

Sahabat-sahabat, ibu-ibu, bapa-bapa..marilah kita sama-sama mendidik anak-anak kita yang baru bersekolah untuk hormat dan tidak mengambil harta / kepunyaan orang lain hatta pemadam yang tak mahal apatah lagi set alatulis yang bertema segala bagai.

Marilah juga kita mengajar dan mendidik anak-anak kita untuk lebih menghargai apa yang dibeli/ diberi oleh ibubapa untuk kemudahan mereka. Juga marilah kita mendidik mereka untuk mempertahankan hak dan milikan sendiri hatta sebatang pensil 2B yang tidak mempunyai apa-apa jenama apatah lagi dengan nama Staedler dan segala bagai.

Menghormati hak orang lain, mempertahankan hak sendiri perlu disemai dan diasuh sedari kecil dengan sekecil-kecil tanggungjawab dan entiti. Mereka generasi akan datang, mereka perlu digilap untuk menjadi generasi yang terbilang. Bagaimana mungkin pemimpin masa hadapan kita garapkan tanpa nilai-nilai 'hormat hak/ milik orang lain', mana mungkin juga kita tergamak meninggalkan generasi yang lesu, tidak tahu hak dan culas menjaga hak?

* saya sedang dalam mood yang tidak berapa bagus, geram kerana terpaksa me'refil' bekas pensil anak dengan pensil/ pemadam/ pembaris yang baru. Saban hari bekas pensilnya hampir kosong..alasannya 'kawan ambik', 'kawan pinjam (tapi tak pernah pulang)', 'hilang masa main'.

* saya juga sedang fikirkan mekanisme lain untuk ajar dia lebih menghargai....biarkan dia pergi tanpa alatulis?

Jumaat - Countdown:96

Assalamualaikum..Salam Jumaat..salam Sayyidul Ayyam yang barokah..:)

Kita sudah di ambang bulan mulia, lagi 96 hari..insha Allah dengan izinnya dan dengan umur yang dianugerahkannya kita akan bertemu dan bertamu pula dengan bulan Ramadhan.

Moga Allah berikan peluang keemasan itu kepada kita, untuk kita memperbanyak zikir, ibadah, dan memperbaiki amalan serta niat kita dalam semua aspek kehidupan. Moga Allah berikan kita rahmat dan keampunannya serta moga kita disibukkan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kita padaNya..amiin.

April 04, 2013

Dia Yang Pergi

Keratan Akhbar dari Sinar Harian

Semalam, di saat Malaysia sedang debar menanti cerita bubar, kisah insan bercinta ini juga disisipkan dalam akhbar seluruh negara. Sejak tahun lepas saya mengikuti perkembangan cerita Sdr Abil dan Allahyarhamah isterinya Fauziah atau Gee melalui blog. Pernah juga kisah Abil dan Gee dibincangkan dalam forum-forum di media seperti TV AlHijrah dan WHI. Ketabahan dan kekuatan hati suami seperti Sdr Abil cukup saya kagumi dan saya berdoa semoga Allah menganugerahkannya kekuatan iman yang berkekalan dan diperhebat Tuhan.

Bagi segelintir pembaca dan pengikut blog Abil, kehilangan Gee turut dirasai, apatah lagi bagi yang bergelar suami dan isteri. Saya pasti, andai kisah cinta hingga liang lahad ini diabadikan dalam novel atau cereka, ia pasti mengundang 'basah'nya hati insan-insan yang mengerti..:(

04.04.04<------>04.04.13

Tarikh hari ini, tarikh istimewa saya dan suami..:). Tarikh keramat kami, tarikh di mana rasa ter'awang-awang' meraja..

Hehehe..adalah..:)

April 03, 2013

03.04.2013-Parlimen Bubar


Setelah pelbagai spekulasi, akhirnya hari ini Dato' Seri Najib Tun Abd Razak dengan rasminya mengumumkan pembubaran parlimen, sekaligus menjadi tanda bahawa kempen PRU 13 bermula. Ironinya kali ini, pengumuman pembubaran ditunggu seperti menunggu pengumuman tarikh hari raya puasa atau bermulanya Ramadhan, malah lebih lagi.

Dengan ledakan teknologi maklumat berita pembubaran ini telah ditunggu sejak awal pagi lagi, di FB, twitter, blog dan dari mana-mana sumber semuanya rancak menjangka dan menunggu rasminya pengumuman.

Selamat berkempen sahabat-sahabat yang turut serta, sama ada sebagai petugas, calon malah pemilih. Moga kempen dapat dilangsungkan dalam suasana aman dan harmoni. Moga yang terbaik Allah takdirkan untuk rakyat Malaysia.

Selamat Berjuang!

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...