Penuhkan pelamin..:)
Bila cikgu sampai, Amar pula yang malu. Jenuh ajak dia bergambar dengan dengan pengantin. Hasilnya, lihatlah gambar di atas..:P
|
December 18, 2012
Cikgu Nabilah tukar status
December 17, 2012
Iman Shopping
Benda pertama Iman 'tangkap' |
December 12, 2012
Rayyan dan 'CAR"
Nampak tak tangan Rayyan pegang apa? Kereta kecil warna putih. Tak lepas langsung. Celik mata cari 'car', tidur pegang 'car'.
Semasa di Anjung Teh hari tu, kami risau sangat dia baling 'car' kesayangannya ke bawah..jenuh pulak nak cari balik..:)
Semasa di Anjung Teh hari tu, kami risau sangat dia baling 'car' kesayangannya ke bawah..jenuh pulak nak cari balik..:)
December 08, 2012
Hari Keluarga Hj Ismail (II)~Kami Dapat
Ketika Hari Keluarga Hj Ismail (II) ini, kami dapat banyak!
Kami dapat,
jumpakan anak-anak kami bertaraf dua pupu, juga tidurkan mereka di dorm yang sama.
Kami dapat,
mandikan anak-anak kami bertaraf dua pupu di sungai yang sangat jernih, beri peluang mereka mem'bina' istana masing-masing. ada yang berkelompok me'ngerja'kan pasir, ada juga yang sibuk menyusun batu sungai.
Kami dapat,
ajak dan ajar anak berjemaah bersama atuk-atuk, nenek-nenek, makcik pakcik, abang kakak. walaupun ada desis gelak nakal anak-anak yang baru-baru mumaiyiz, kami masih dapat tersenyum dengan keletah mereka.
Kami dapat,
kenalkan anak-anak dengan pakcik/ makcik yang sebaya mereka, juga kami dapat kenal dengan pakcik/ makcik yang usia bertaraf adik sendiri.
Kami dapat...
uisssyy banyak sangat yang kami dapat..sampai tak tercatat
*catatan ini tertangguh lagi (banyak sangat dapatnya!) :)

December 07, 2012
Ujian November
Mereka Di Hati Saya
Cikgu Comel
Birthday 2012
Iman yang sentiasa ready |
Kek Amar from Achik Ana..TQ! |
Kek Iman juga hasil tangan Achik Ana |
Mak Chu n Cikgu Bella |
Amar dan kawan-kawannya |
Hari Keluarga Haji Ismail (II)~ Barokah Bonda
Saya mengenali keluarga ini semenjak kecil lagi. Sebahagian daripada mereka ada yang bau-bau bacang dengan keluarga saya dan sebahagian daripada mereka juga ada yang menjadi sahabat keluarga saya. Justeru, perkahwinan saya dan suami merapatkan lagi persaudaraan dan persahabatan yang sedia terjalin.
6 tahun
lepas, Hari Keluarga Hj Ismail dilangsungkan di Meru, ketika itu saya baru
sahaja menyertai keluarga ini dan sedang mengandungkan Amar. Bagi pelaksanaan
Hari Keluarga Hj Ismail kali kedua ini ia diadakan di Teratak Riverview Resort di Hulu Bernam.
Kini, kami sudah beranak tiga, begitu juga dengan sepupu-sepupu yang
lain..bertambah anak dan semakin berkembanglah keluarga besar ini.
Saya ingin
mencatatkan tentang ‘keutamaan bonda’ dalam entri ini. Tidak bermaksud
menafikan kemeriahan agenda-agenda lain, saya terdorong untuk menzahirkan satu
nilai yang saya fikir istimewa sepanjang pemerhatian saya ketika hari keluarga
ini berlangsung.
Begini;
Salam Utama
Keluarga ini
bertunjangkan 10 anak dengan 2 ibu. Mbah Jamilah isteri kedua Allahyarham tiba
pada hari kedua ketika anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya sedang rancak
dan meriah bersukaneka. Menariknya, tidak kira besar, kecil, tua ataupun muda
kesemua anak, cucu dan cicit berhenti bermain dan menyalami Mbah yang baru
tiba. Meskipun ketika itu kami sedang bersaing sesama sendiri dalam permainan
masing-masing. Bagus!Masing-masing terdidik dan faham keutamaan, siapa dan apa
yang perlu didahulukan.
Penonton VIP
Ketika kami
sedang bersukaneka, matahari pula sedang perlahan-lahan naik. Ibu-ibu kami
duduk di banir pokok di tepi padang menyaksikan anak cucu beraksi. Betapa
status ibu sangat diutamakan, hala dan hadap permainan juga mengikut selesa dan
permintaan para ibu. Beberapa kali juga sebilangan agenda kami beralih-alih
arah dan kedudukan sebagai memenuhi pandangan dan pemandangan mereka, meskipun
kami yang terpaksa mengadap cahaya matahari..sesungguhnya ketika itu
masing-masing tiada masalah..’permintaan penonton vip..’ J
Durian Untuk Bonda
Agenda
sampingan kami di sini antaranya adalah mengejar durian yang gugur. Pengusaha
resort ini mengizinkan kami mengutip duriannya yang gugur berhampiran kawasan
aktiviti kami. Suami dan beberapa orang sepupu lelaki selaku penggerak utama
hari keluarga tidur di khemah berhampiran pohon-pohon durian yang ‘marvelous’
rasa buahnya. Acapkali rezeki bergolek itu menjadi milik mereka. Dalam
banyak-banyak durian yang mereka perolehi ada sebiji durian yang besar, cantik,
dan dari ‘pohon sedap’. Saya kagum dengan pendirian sepupu-sepupu sedarah ini,
durian tersebut yang gugur di pertiga malam sanggup mereka simpan untuk ibu-ibu
tercinta. Siap sorok!Alhamdulillah, di pagi Ahad itu para ibu disajikan khusus
durian terbaik. Rezeki rasa itu turut dikongsi ibu-ibu generasi ketiga (seperti
saya)...rasa durian itu?SubhanaLlah!sangat sedap. Bagi saya ia bertambah sedap
dek keikhlasan, kasih sayang dan berkat senyuman bonda masing-masing. J
Baik!Saya
tidak berniat menamatkan catatan berkaitan Hari Keluarga Hj Ismail (II) setakat cerita ini,
menangguhkan mungkin ebih tepat, kerana serasa saya catatan penuhnya...’hanya yang pergi
yang benar-benar mengerti’. Saya nukilkan menurut kesempatan, pandangan dan
rasa peribadi saya selaku cucu menantu. Pada saya, mereka yang berketurunan
sedarah pasti lebih tercalit kenangan manis dalam memori mereka.
Berkesempatan..saya catatkan lagi, insya Allah.
Terima kasih
J
December 06, 2012
Saya,dia dan mereka
Kolej Islam Sultan Alam
Shah (KISAS) ~ 1995-1996
Kami hanya terserempak di Pusaneka, di RU..TSL memanglah tidak (saya pantang masuk library..sejuk sangat!hehhhe)..selalu juga kami terjumpa di ATM Juwara..tempat cucuk duit tersohor untuk pelajar2 tajaan MARA khususnya..pernah juga kami ter’sama line’ di kelas ZT..adalah juga sekuliah kan?
Alam Jaya ~ 2012 (35
minit dari Saujana Rawang..lalu jalan dalam lah..org tempatan kannn)
Kami tak sekelas..tapi kami se’Soutul’, saya dan dia paling
suka bila ada latihan nasyid, berlatih kekononnya macam nak pergi pertandingan
peringkat dunia :P padahal untuk persembahan kat surau Aspuri je hehehe..
Kami juga tak sedorm..tapi kami se’gayong’..habis saja
latihan silat kami sama-sama sental baju silat di Bilik Air Umum, sambung
bergayung!Ialah..baju silat kami sepasang je, berlatih atas padang becak,
bersilat macam gaya nak masuk Sukan SEA..padahal untuk dapat talipinggang Awan
Putih je..hehhehe
Kami tak sealiran tapi kami selalu beratur sama di Dewan
Makan..kadang dia cop tempat, kadang saya ambil giliran..(senyum lagi..) J
Kami bukan tergolong study gila-gila..kami lebih gemar
bercerita tahap gila-gila..kadang2 dia lupa dia KP..dia ikut bising macam saya
yang study paling lama pun 20 minit!
Kami tak senegeri...sering saja dia cemburukan saya yang
balik kampung sebulan sekali..dia pula kalau balik makan hari..
Tapi dia antara sahabat yang hebat dan setia! Paling saya
ingat dia suka ‘cangkuk’ leher saya..
‘hang member aku paling kecik..paling ringan aku nak tarik..’
ialah...dia besar..tinggi pulak tu!
Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) ~ 1998-2001
*1997-Pusat Matrik lain-lain..
*1997-Pusat Matrik lain-lain..
Saya di FPP (budak akaun katanya) dia di FKEJ (budak
enjin..hehhehe)..
Saya di Aminuddin Baki..rasanya dia di Ibu Zain..huhuhu
betapa kami semakin tak rapat..:(Kami hanya terserempak di Pusaneka, di RU..TSL memanglah tidak (saya pantang masuk library..sejuk sangat!hehhhe)..selalu juga kami terjumpa di ATM Juwara..tempat cucuk duit tersohor untuk pelajar2 tajaan MARA khususnya..pernah juga kami ter’sama line’ di kelas ZT..adalah juga sekuliah kan?
Sesekali kami terjumpa di Surau bawah Pusaneka..takpun depan
PMU..paling selalu terjumpa di Pesta Konvo J
Kami memang agak renggang di UKM..hanya jumpa
sekali-sekala..tapi kami tak lupa salam semut
kami..tak pernah lupa semangat gayong kami..dan dia jarang lupa untuk
mencangkuk leher saya..
‘hang ni kan Zah..tak tinggi2..tara tu gak!’..:P
Saujana Rawang ~ 2012
(tengok timeline..uissyyy lama sangat dah)
Kami sembang sambil duduk bersila..bezanya kami sudah
bersuami dan masing-masing beranak tiga. Saya bertekad mencari dia, terasa
sangat berhutang waktu-waktu susah dan senang..dia sedang diuji dan keluarganya
juga sedang diuji..
..’apa rasa kena bedah Zah?’ dia maklum saya sudah 3 kali
c-zer..
..’hehhe..weng separuh hari..macam di awang-awangan’ J saya
jawab bersahaja..
..’dia boleh tanya soalan sama 5 kali..layankan je’..suami
saya menambah
Kami cerita lagi..sambil anak-anak turun naik tangga dan
terkekek-kekek sesama sendiri..
..’zah..sebenaqnya..aku takut’ saya pandang dia dengan
senyum..(dalam hati sentap!)
..’takpe da..sabar..’ sambil gosok-gosok tangan
dia..sebenarnya saya tak tau nak cakap apa..
........................
........................
Saya setia menjenguk-jenguk khabar dia melalui FB, saya kagum
dengan sokongan dan doa sahabat-sahabat seKISAS. Saya mengagumi kesediaan dan
kesetiaan mereka memberi sokongan moral serta membawa doa serta titipan ramai
lagi sahabat-sahabat kami yang lain. 1 Disember di Hospital Selayang, Aida
menjalani pembedahan sebagai rawatan kanser payudaranya. Saya kurang betah
istilah sebenarnya. Khabarnya dia di tahap 2. Allah..moga kekuatan tersakti Kau
anugerahkan untuknya dan ahli keluarganya. Meskipun ujian ini untuknya tapi
kami yakin ia manifestasi kasih dan cintaMu yang tak bertepi.
*Sahabat-sahabat KISAS khususnya ‘Class of 96’..moga ukhuwwah
fillah ini berpanjangan, berkekalan dan dirahmati hingga ke sana..
Alhamdulillah ‘ala kulli hal....Allahu Akbar..
November 26, 2012
Masuk Majalah
Ruangan FB di Pa n Ma (Disember 2012) |
Mula-mula saya tak perasan,
kemudian bila masuk bacaan kedua (saya jenis baca majalah..kulit ke kulit)
terpandang pula muka sendiri di samping suami tercinta. Meskipun se’ciput’..tak
kisahlah, asalkan namanya masuk majalah..hehehhe..:)
Pesanan ikhlas..’Jangan
Menyampah..’ ;)
2 malam
2 malam saya telah meladeni
Rayyan yang kurang sihat. Maka 2 hari juga waktu tidur dan jaga saya tidak
teratur. Akur dengan kesungguhan dan kepayahan suami mencari rezeki di siang
hari menganjur saya rasa tidak tergamak mengejutkannya bergilir melayan rengek
si Putera Rayyan, lagipun Rayyan tak betah pujuk selain Ummi! Sesekali timbul
rasa kasihan pada Iman yang sering merungut bila peluru-peluru soalannya saya
jawab ‘asal jawab’. Amar pula sesekali timbul ‘amuk’nya tatkala letih saya
mengatasi segalanya.
Pagi tadi, mata saya hampir tidak
terbuka ketika menyalami suami yang keluar bekerja, meskipun saya sempat
sediakan air minum dan oat untuknya..ternyata tidur saya pada waktu ini adalah
ketika tertidur. Saya fikir saya bermimpi bila ternampak semula kelibat suami
masuk ke rumah dan menyediakan sesuatu di meja makan.
‘..rasanya dah salam tadi..?mimpi
ke ..?’
Rupa-rupanya, dek kasihankan
saya, suami saya belikan sarapan terlebih dahulu untuk saya dan anak-anaknya.
Siap berpesan;
‘..abang beli nasi lemak, bihun,
kuih. Kalau Rayyan tidur, awak tidurlah sekali...abang beli makanan lebih tu,
tengahari nanti goreng je telur..’
Saya hanya terpisat-pisat
mendengar kata-katanya, sambil hati cukup rasa lega dan bersyukur. Dia sangat
memahami letih dan risau saya. Allah..syukur sangat!
‘ terima kasih bang...’ mata saya
sedikit terbuka ketika menyalami tangan kekasih hati untuk kali kedua..:)
* Peduli tentang kasih akan
menjadikan kita lebih kisah dengan sekecil-kecil peranan. Sama ada ia untuk
teman hidup, ibubapa, anak-anak, mahupun sahabat dan kerabat. Bila peduli itu
datang beserta kesedaran akan wujudnya kita untuk apa, maka peranan kecil akan
dimainkan dengan sebesar-besar hati, kerana kita tahu kita tidak pernah
mempunyai atau dipunyai waktu. Sesaat yang berlalu, kita tidak akan pernah
menggapainya, jika kita tidak pernah akur untuk menghargainya...
November 23, 2012
Graduasi
Amar ambil sijil |
Sayang Ummi yang seorang ini bakal menginjak 7 tahun,
walaupun baru genap 6 tahun 6 November baru-baru ini. Sebagai permata sulung
sudah tentu perkara-perkara berkaitannya menjadi pengalaman sulung juga buat
kami.
Gambar di atas, gambar ketika Hari Graduasi TBK Kemas
peringkat daerah Kuala Selangor. Amar
sudah selesai pengajian tabika atau pra sekolah untuk tahun ini. Tahun depan,
Iman menyusul dan Amar pula bakal bersekolah rendah. SubhanaLLah...cepatnya
masa berlalu. Seakan tidak percaya!
November 22, 2012
Kanak-kanak Menua~KanakTua
Entah..saya rimas dengan rancangan realiti yang satu ini..sejujurnya
hampir menyampah. Bila anak-anak bertanyakan tentangnya, saya memerah rasa dan
raga menyediakan jawapan..
....kenapa diorang menangis?...(tgk iklan prebiu je)
....best kan Ummi kalau dapat menari macam tu? (errr...hati dah tergaru2)
....kenapa kanak-kanak tu
pakai macam org besar Ummi?pakai spek macam spek orang tua je?........kenapa diorang menangis?...(tgk iklan prebiu je)
....best kan Ummi kalau dapat menari macam tu? (errr...hati dah tergaru2)
‘Memang pun...memang
kanak-kanak dalam tu cepat tua..itu bukan idola kecil..itu budak kecik
menua..so..kanak-kanak sihat,cerdas dan perlu vitamin bagus tak boleh
tengok...’
Entah..rancangan itu memang
kurang vitamin..sorry!
November 20, 2012
Hadiah November 2012~Terbaeeekkk
Ini hadiah Amar, Iman dan Rayyan untuk hari lahir mereka..
Rayyan lahir 1 Januari 2011..maka dia dapat hadiah advance! Disember nanti Boboiboy Petir dengan Gopal pula keluar..errrrr..
Rayyan lahir 1 Januari 2011..maka dia dapat hadiah advance! Disember nanti Boboiboy Petir dengan Gopal pula keluar..errrrr..
Label:
amar sayang,
iman permata,
Indah Mata,
koleksi,
RaYyan ReaLiti
2 hari 2 malam~Cameron Highland
Diari
musim cuti kami bermula dengan memenuhi undangan Majlis Perkahwinan dan
Berkhatan. Kami membuat ‘percutian mengejut’ pada minggu pertama iaitu pada
14-16 November dengan membawa anak-anak ke Cameron Highlands. Kami hanya beritahu Amar, Iman dan Rayyan
sehari sebelum ke sana. Sengaja ‘surprise’, kalau tak… seminggu kecoh.
Rabu, kami memang sengaja bergerak lewat. Kami hanya mula ‘memanjat’ Cameron melalui laluan Tapah pada jam 10.00 malam. Relaks, berhati-hati dan tenang, akhirnya kami sampai di Tanah Rata pada jam 11.30 malam. Masa itu juga kami cari bilik yang sesuai dan cukup untuk keperluan kami berlima. Ala-ala percutian bajet, sebuah bilik dengan katil besar, tv, cerek dan seterika juga bilik air di Hotel Bajet nyata memadai bagi keluarga nukleus kami..:).

Sarapan di Brinchang |
Khamis
pagi, selesai bersarapan di Pekan Brinchang, Alza yang sedia berkhidmat
memanjat pula ke Ladang Teh Sungai Palas. Saya pernah ke sini dengan rakan
usrah ADWAM pada tahun 2004 dan fasilitinya nyata sudah berbeza. Di anjung teh,
kami dapat tempat duduk yang sangat strategik sudut pandangan dan
pemandangannya. Betul-betul di sudut ‘corner’, dan ketika itu angin gunung
sedang bertiup lembut dan matahari belum terik lagi, 2 cawan teh ‘o’ dan 2 ‘butter
cheese bun’ menjadikan minum pagi kami
di Anjung Teh Sg Palas cukup sifat di samping aktiviti mengambil gambar. Kami
jenguk2 sahaja Kedai Cenderamata di situ. Harga teh di atas serasa lebih mahal
berbanding di Giant. Selepas melawat kilang teh, kami menuruni laluan di
lereng, untuk memberikan pengalaman kepada anak-anak melalui pokok-pokok teh di
situ.
Kami dan adik-adik hahahhaha |
Turun
dari Sg Palas, jalan sangat sesak di Pekan Brinchang. Mujur kami melawan arus,
perjalanan kami tidak terlalu terganggu dan lawatan diteruskan ke Tapak Semaian
Kaktus dan Bunga. Hasrat kami untuk mengajak anak memetik strawberi terbantut kerana
2 tempat tidak buka untuk sesi petik memetik. Kecewa anak-anak kami ubati
dengan bantal strawberi seorang sebiji. Turun sedikit, ada kawasan strawberi
untuk dipetik dibuka, nyata pengusaha sangat mengambil kesempatan dengan
kebanjiran pengunjung. Harga kupon naik 3 kali ganda! senang2 sahaja mereka
ubah harga kupon yang sedia tertulis RM 10 dengan RM 30. Hmmmm..tak payahlah
untuk kali ini, insha Allah ada lagi rezeki nanti.
Kami
memang tidak merancang singgah di pasar sekitar situ (saya memang kurang suka pasar).Penat melihat bunga dan
pemandangan kami turun semula ke Tanah Rata untuk rehat seketika. Lewat petang,
santai2 sahaja kami berjalan-jalan di Pekan Tanah Rata. Tengok kedai, lawat
gerai, jenguk taman. Tidak mahu terlalu penat,mentelah anak-anak masih kecil
dan banyak ragam menyebabkan kami memilih stail ‘light n easy’, yang penting
ada bekalan air dan biskut dalam beg.Jumaat pagi, sarapan ringan di bilik sahaja dengan roti dan milo. Usai ‘check-out’ tepat jam 11.45 pagi, kami terus makan tengahari di Tanah Rata. Ikan pari bakar cicah asam, kuah lemak sayur pucuk manis, ayam goreng dan strawberi bersalut coklat..cukup!Alhamdulillah..:).
Dalam perjalanan menyusur pulang, kami singgah di sebuah tapak semaian untuk melengkapkan ‘percutian Cameron’ kami..bunga ros untuk Ummi dan kaktus untuk Abah. Selesai dengan apa yang dihajati, kami terus menuju ke Lata Iskandar. Rasanya kali terakhir saya ke air terjun ini ketika zaman kanak-kanak dulu, kini saya sendiri bawa anak-anak. Pada mulanya anak-anak hampir tidak mahu mandi dek sejuknya air di situ, lama-lama jenuh pula memujuk untuk naik dari air. Hampir 2 jam kami bermandi-manda di situ, sambil mengunyah pisang goreng dan keropok lekor. Dalam perjalanan keluar ke Tapah, mereka masih rancak bercerita dan bertanya itu ini. Ternyata mereka memang sangat letih bila akhirnya hanya suara saya menemankan pemanduan suami setelah Alza memasuki lebuhraya. Letih saya dan suami agak terubat dengan muka puas dan dengkuran anak-anak.
Ummi je ready.. |
Ok!Catatan
percutian nukleus kami untuk tahun 2012 berakhir di sini. Awal Disember nanti ada
perancangan lain….Hari Keluarga Hj Ismail (II) pula akan menyusul.
Catatan November 2012
November ini sebenarnya banyak cerita..cuma saya kurang sempat menzahirkannya dalam blog Amar, Iman dan Rayyan ini.
November...Amar selesai Tabika..juga kena menghadiri Ujian Diagnostik kemasukan Tahun 1 untuk tahun depan
November juga..kami buat kenduri akikah utk Iman serentak itu kami buat doa selamat utk keraian ulangtahun kelahiran Amar dan Iman juga tahlil buat Allahyarham abah..
November ini menyediakan pengalaman pertama abah Amar,Iman dan Rayyan menyembelih sendiri kambing utk puterinya Nurul Iman...
November juga kami menyempat2kan diri bercuti-cuti bajet ke Cameron Highland..Cuti Nukleus..:) sebab awal Disember nanti keluarga besar suami akan bercuti-cuti mesra besar-besaran pula di Hulu Bernam..
November..masih ada..catatan saya akan beransur-ansur mengisi ruang..
November...Amar selesai Tabika..juga kena menghadiri Ujian Diagnostik kemasukan Tahun 1 untuk tahun depan
November juga..kami buat kenduri akikah utk Iman serentak itu kami buat doa selamat utk keraian ulangtahun kelahiran Amar dan Iman juga tahlil buat Allahyarham abah..
November ini menyediakan pengalaman pertama abah Amar,Iman dan Rayyan menyembelih sendiri kambing utk puterinya Nurul Iman...
Iman dan kambingnya.. |
November..masih ada..catatan saya akan beransur-ansur mengisi ruang..
Label:
cahayamata,
cerita dan peristiwa,
iman permata
November 07, 2012
Mak-mak kami
Majlis aqiqah utk Iman sudah selesai, keraian ulangtahun
kelahiran Amar dan Iman disambut serentak pada hari itu..juga tahlil buat
Allahyarham abah.
Antara perkara yang masih terkesan di minda dan ingatan saya
ialah suasana pagi Ahad itu, jarang sekali mak dan mak mertua saya dapat
berdua-dua sendiri..dan pagi itu melihat kesayangan saya dan suami ber’gossip2’
sambil menyediakan juadah tambahan ‘resepi bonda’ cukup membuatkan kami senang
hati dan bahagia. Sesekali mereka berbalas-balas gelak dan terdengar juga
‘gaduh2’ kecil mereka.
Mak saya dan mak mertua saya berkongsi tarikh lahir dan beza 3 tahun. Mereka kenal sedari kecil dan remaja sementelah mak dan kakak mak mertua a.k.a Wak Long suami saya sangat rapat di usia remaja mereka. Perjalanan hidup dan jodoh masing-masing memisahkan cerita mereka pada suatu tahap, maka penyatuan saya dan suami merupakan satu titik pertemuan semula yang penuh hikmah.

Kami biarkan mereka berdua bersembang dan berjenaka sesama
sendiri. Mak Banjar, mak mertua pula Jawa. Dibesarkan dalam kelompok majoriti
Jawa, mak saya tidak kekok mem’balas’ Jawa mak mertua saya.
Dalam komunikasi kedua-dua mak, ayat-ayat yang selalu
keluar..
‘dulu...’
‘dulu...’
dan
keluarlah cerita suasana kampung mereka..jalan dan rumah yang pernah wujud dan
sebagainya..kesulitan dan cabaran zaman mereka.
‘ko ingat tak..masa
dia muda dulu’...
dan keluarlah beberapa watak yang kami kenal dan tak
berapa kenal..keluar juga cerita cintan-cintun zaman ‘Bobby’..aduhai!dan kami
turut tergelak sambil memicing telinga.
Bahagian paling seronok bila mereka bercerita tentang cucu..
‘cucu ko tu..’ dan disambung..’cucu ko jugak’
‘cucu ko tu..’ dan disambung..’cucu ko jugak’
Sejujurnya kami berasa cukup kaya. Kaya di hati dengan
dinaungi kasih dan perhatian famili. Kehadiran wajah-wajah kesayangan kami
cukup membuatkan hati resah menjadi tenang, urusan sesukar mana pun seolah
dipermudah..jiwa senang dan terasa mewah!
Terima kasih mak dan mak..
Terima kasih abah..bapa mertua terbaik di dunia dan akhirat.
Saya beruntung dan bertuah kerana dapat menumpang kasih abah...:)
Al-Fatihah untuk Allahyarham abah saya..moga Allah
menempatkan abah di kalangan mereka yang diredhaiNya..amin.
October 25, 2012
Hujan Hari Arafah
nak menulis ni..pendek ke..panjang ke..memang ikut rasa hati saya..
catatan saya di sini pun untuk nota dan tatapan anak-anak, sahabat dan kaum kerabat yang sudi dan yang ambil peduli..
banyak tidak ter'update'..dari raya fitrah hinggalah raya qurban (besok..), dari cerita Hari Sukan Amar sampailah ke Hari Graduasi Amar (2 hari lepas)..cerita Iman yang petah bercerita hinggalah cerita Rayyan yang sudah boleh mem'balas' cerita Iman..:)
di luar-hujan! (tengahari tadi terik)
............................................... :)
*selamat hari wuquf..selamat berpuasa..salam 'aid adha

October 24, 2012
Evolusi
Situasi:
Iman sedang baring di seat tengah ketika dalam perjalanan ambil Amar di Tabika.
'Ummi..ummi..tengok tu cicak..'
'kat mana?'
'tu dekat atas tu...besar sangat' rupa-rupanya dia merujuk awan di langit.
'oh no!dah jadi sesumpah lah Ummi..'
'ooo dah jadi sesumpah pulak..'
tiba-tiba,
'Roarrrrrr..!Roarrrr!help me!help me!'
'apa dah jadi Iman?'
'dia dah becoming dragon lah Ummi'
........
cicak -> sesumpah -> dragon..boleh?

October 10, 2012
Atas Meja
Bunga hidup dari pasu luar ke pasu (botol terpakai) di dalam rumah..:). Rumah kami belum ada berbunga-bunga di dalam. Maka, pandai-pandailah mem'bunga'..
October 04, 2012
Main Air
Aktiviti mereka di rumah.
tak ter'larang' main air..terus Ummi bukakan kolam plastik. Main puas-puas ye!
tak ter'larang' main air..terus Ummi bukakan kolam plastik. Main puas-puas ye!
Label:
amar sayang,
cahayamata,
iman permata,
RaYyan ReaLiti
September 28, 2012
RCM = Restoran Cina Muslim
Kantonis Shang Mee |
Kantonis Ying Yong |
Big Boss makan Wantan Mee n Roasted Chicken |
Dimulakan dengan Bismillah |
Terapi Mata
September 26, 2012
A.I.R dan kura-kura
Kesayangan-kesayangan Ummi dan kura-kura mereka..:). Jenuhlah kura-kura kecil melari-larikan diri dari tangan-tangan mereka. Jenuh juga mulut Ummi mengawal mereka...
Label:
amar sayang,
cahayamata,
iman permata,
koleksi,
RaYyan ReaLiti
Nenek Masuk TV
Wajah Kesayangan Hamba.. |
Mak ada khabarkan dia ke TV9 untuk rakaman Tanyalah Ustaz. Ketika rakaman tersebut bersiaran saya tidak berkesempatan untuk menontonnya. Malam tadi ada episod ulangannya, alhamdulillah dapat tengok.
Gambar di atas adalah ketika sessi soal jawab, saya tangkap dan letakkan entri ini sebagai kenangan untuk kami..:). Saya tunjuk gambar ini pada Amar, Iman dan Rayyan. Seperti dijangka mereka kecoh!
'Nenek masuk TVlah..'
September 21, 2012
Soutul 96
Saya di dalam mood 'rindu'. Dua perkara yang saya sangat suka ketika berada di KISAS; silat dan nasyid. Kebelakangan ini, saya sering ternyanyi-nyanyi nasyid-nasyid di KISAS, khususnya nasyid ciptaan kami sendiri, seterusnya mengundang nostalgia yang menusuk-nusuk hati.
Permukiman di KISAS mengajar erti 'inter-state'. Kebanyakan kami berkelulusan cemerlang dalam PMR seterusnya di'himpun'kan sebagai antara pelajar-pelajar terbaik negara. Biarpun terdapat 12 kelas, nombor kelas tidak menentukan bijak siapa yang terdahulu kerana rata-ratanya memegang keputusan 9A dalam PMR. Cara belajar juga berbeza-beza, ada yang memang gigih meratib buku dan nota, ada yang selesa belajar berkumpulan, tak kurang juga yang tidak ambil peduli waktu prep memadai hadir dan belajar di dalam kelas. Saya tergolong ISA, (Ikut Suka Akak) dan lebih gemar tumpukan perhatian di dalam kelas (meskipun saya lebih banyak pejamkan mata), kurang cenderung prep ikut jadual, serta tidak gemar terikat dgn 'study group'. Justeru, silat dan nasyid adalah medan yang sangat saya tunggu-tunggu ketika itu.
Soutul Mujahidah, nama kumpulan nasyid kami ketika itu. Kami bebas berkarya dan nasyid adalah antara medium kami melahirkan idea, perasaan dan harapan juga sebagai salah satu cara 'mengikat hati' dan persahabatan kami. Perhubungan ketika itu bergantung hanya pada surat dan telefon, tiada FB mahupun 'handphone'. Makanya, sesudah SPM masing-masing hanya akan berhubungan dengan komitmen kedua-dua pihak dan jika bernasib baik hubungan baik itu akan diteruskan sehingga ke peringkat universiti.
Saya ada beberapa orang sahabat dari kalangan Soutul Mujahidah yang rapat dan dekat di hati saya. Dua tiga hari ini..saya memang mengingati mereka, rindu bersangatan..:)

September 19, 2012
Meeting Berkelah
Keraian Syawal ditamatkan pada hari Ahad 16 September 2012. Isnin berikutnya kami bercadang 'kawan'kan abah di office. Panggilan dari Kak Azah (sepupu suami) yang mengajak kami 'survey' tempat untuk Hari Keluarga mengubah pelan awal kami hari itu.
"Sambil-sambil picnic", ujar Kak Azah.
Kami bersegera bersiap ala kadar pagi itu. Berpakaian 'sedia untuk terjun' di samping baju untuk persalinan, juga menggoreng hidangan ringan bersesuaian (nugget dan sosej) untuk meeting cum survey mengejut ini. Sebelum itu Kak Azah dah maklumkan dia bawa nasi impit dan laksa. Bertemu di R'nR Rawang (U), kami sampai di Teratak Riverview Tg Malim lebih kurang jam 11.00 pagi.
Perjalanan masuk ke TRV agak mencabar, sangat sesuai untuk kenderaan 4X4..setakat Alza kami yang belum diubahsuai 'suspension'nya...masih belum menjadi masalah..:). Pemandangan dan suasana di TRV sangat mengujakan, sesuai dan 'kena' dengan jiwa saya dan suami. Sungai masih 'dara', kawasan terjaga..kemudahan asas tersedia dengan elok. Ada asrama, dewan serbaguna (terbuka) yang boleh dijadikan surau, bilik air, padang, kawasan khemah dan ruang BBQ.
Perbincangan mereka bersaudara (suami saya dan sepupu2nya) berjalan serentak dengan pengusaha TRV dan juga tinjauan kawasan sekitar. Mereka (keluarga Kak Azah dan Nizam) pulang awal, manakala kami terus berkelah dan mandi-manda di situ. Memang seronok..biarpun anak-anak terketar-ketar kesejukan dan kaki kami hampir kebas.
Usai perkelahan itu, kami pulang dengan keletihan dan kepuasan. Anak-anak tidur sepanjang perjalanan balik. Letih-letih pun, kami masih sempat ziarah sahabat di Bdr Tasik Puteri. Marlina, sudah 17 tahun kami tak bersua..:).
Alhamdulillah..syukur atas segala nikmatNya..kerehatan, kedamaian, persaudaraan, persahabatan..:)

September 14, 2012
Jari Tersepit
Sangat suka momen ini.
Kisahnya ketika ini kami beraya di rumah nenek saudara (adik kepada nenek suami saya). Rayyan suka sangat main gril pintu..buka tutup buka tutup, penyudahnya jari telunjuk tersepit.Menangis kuat sekejap, kemudian merengek-rengek tunjuk jarinya yang sakit ke Ummi. Sepanjang malam jari telunjuknya menegak je hala ke mulut Ummi (minta tiup).
Anak-anak saya penyakit diorang sembuh (konon-kononnya..:P) bila Ummi baca selawat dan hembus-hembus tempat yang sakit. Dari Amar, Iman hingga ke Rayyan..peliknya bila Ummi dah tiup hembus tu, elok je tangis melalak mereka berhenti. Ummi jelah..orang lain hembus tak jalan...kurang mujarab.
hmmmm..that's the power of Ummi then..:)
September 12, 2012
Kura-kura A.I.R
..'kat mana ni?' |
ada 3 ekor.. |
'Amar nak kura-kura..',
Bagus betul anak bertuah ni, kami fikirkan dia nak buku atau mainan :). Jawapannya terkeluar dari jangkaan tipikal kami. Usai 'bank-in' duit raya anak-anak di Saujana Utama, kami cari kura-kura untuk Amar (dan adik-adiknya sekali). Saujana..tiada. Puncak Alam (F2)..tiada..Meru..tiada..Setia Alam tiada.
'Time cari memang takde..' rungut suami.
Dalam perjalanan balik, kami cuba jenguk-jenguk lagi di Meru. Kami tergerak belok ke kiri. Yeah!Akhirnya ada juga kedai ikan jual kura-kura. Tak cakap banyak bercampur letih, kami terus beli 3 ekor. Dapatlah mereka seorang seekor..
'Suka hatilah nak...asalkan kalian bahagia...'
Label:
amar sayang,
iman permata,
koleksi,
RaYyan ReaLiti
September 08, 2012
Sunan Musafir
Bagi peminat dan penggemar Dwi Trilogi Sunan, edisi 'Selamat Tinggal' ini seolah-olah meremukredamkan jiwa..:(. Penat rasanya berfantasi kembara bersama Sang Laksamana, juga melayan cintanya yang merentas masa dan ruang.
Sunan Musafir bukanlah Laksamana Sunan. Nama itu milik susuk Andika. Buah hati Saifudin dan Ratna. Kata Saifullah si Indera; Dani mirip Sunan Musafir. Dani ditulis sebagai keturunan Megat, abang kepada Saifudin. Kata Luna, serikandi Polip; Andika tak tumpah persis Ratna...:). Paduan keduanya mungkin menjadikan watak Andika tampak pemuda yang elok paras rupanya.
Sunan Musafir, cerita atas cerita. Kali ini ada pertembungan di antara harimau!Harimau Berantai gelaran si bajingan, juga harimau jadi-jadian dek penyakit keturunan pengembara dari Jambi. Saifudin juga ibarat harimau, harimau sembunyi kuku di balik Kiai Kelana yang penuh hemah dan hikmah.
Sunan Musafir menzahirkan cinta sejati kepada Ratna yang tiada bergalang ganti.
Sunan Musafir menghadirkan Haryani sekali lagi. Tetap pada cemburu yang tak pernah bersisa meskipun merentas zaman dan masa.
Sunan Musafir..aduhai!sudah bernoktah cerita kembara Sang Sunan..titik!
September 05, 2012
Cerita masih ber'siar-siar'
Cerita raya?Banyak!..senyum manis, senyum kelat semuanya ada. Saya belum sempat menzahir 1001 cerita lebaran dalam blog ini. Masa itu ada, cuma peruntukkannya belum bersisa. Cerita saya bersegmen-segmen, semuanya masih berlegar dan ber'siar-siar' di kepala. Syawal masih diraikan, khususnya keraian persaudaraan dan persahabatan. 'Saya dan keluarga tidak mewah, tapi cukup kaya dengan saudara dan handai'.Itu mu'qoddition'nya (mukadimah + introduction)..maafkan saya pejuang bahasa..:)
Cerita lagi?Tunggu..:)
Cerita lagi?Tunggu..:)
August 08, 2012
Ramadhan~ke'uzur'an
Saya masih boleh menyatakan 'Ummi tak boleh solat, sebab ma'zurah' bila Amar dan Iman bertanyakan soalan 'Kenapa Ummi belum solat lagi..'..tapi saya masih belum boleh menyatakan 'Ummi tak boleh 'puasa' sebab ma'zurah' pada ketika ini...:)
Ma'zurah adalah istilah yang saya perkenalkan kepada anak-anak untuk keadaan datang haid. Mereka memandang dan tertanya-tanya bila saya tidak bersolat pada waktu-waktunya. Setakat ini, mereka boleh terima. Bagi keadaan berpuasa..saya kena bertahan..(makan pun sembunyi-sembunyi..), Amar berpuasa, tetapi deria laparnya pasti terganggu..atas dasar itu saya bertahan..Iman tidak berpuasa, tetapi dia pemerhati yang cekap, juga pelapor berita yang tepat. Meskipun Amar bersekolah, saya tidak wewenang makan di hadapannya, saya juga sedang mendidik mereka untuk menghormati orang berpuasa dan bulan puasa itu sendiri..maka, saya perlu bertahan..
Syyyyy..makan sembunyi-sembunyi, saya ke'uzur'an..:)

August 02, 2012
Ramadhan~Jakel dan ADAM
Hari Sabtu..8 Ramadhan, bawa mak ke JAKEL Shah Alam (untuk sempurnakan hajatnya..:))..adalah beberapa meter kain dan beberapa helai tudung Ariani 'ter'sambar. Kalau nak beli baju yang dah siap, harganya macam tak berbaloi berbanding kualiti kainnya. Mujur mak pandai menjahit, beli kain sedap sikit, pasti puas hati, tiadalah rasa ralat.
Sebelum itu, dah siap2 tempah meja di D' Arab Cafe. Dah agak, mesti ramai orang. Kami sampai pukul 7. Cumanya kami sedikit kecewa, makanan belum sampai ketika masuk waktu berbuka, nak tambahkan rasa geram, meja kiri kanan yang lewat tiba, dapat makanan dulu. Mujur lagi, anak boss nampak kami angkat tangan, terus dia sendiri yang uruskan 'kelewatan' dan ke'alpa'an pekerjanya. Lauk kami ditambah tanda maaf..hmmmm.
Usai hantar mak dirumahnya, kami bersegera pulang. Letih sangat sampai tak boleh tidur hinggalah waktu sahur. Iman pun tak boleh tidur, kami picit2 badan Iman..'Iman penat..mata iman sangat penat..tapi Iman x boleh tidur'..rungut Iman sambil cuba juga nak tidur. Keesokan paginya, mak pula beritahu rupa-rupanya, mak pun x boleh tidur..
Ironinya pagi 9 Ramadhan, kami dapat mesej dari Zul (Pak Ngah anak2 saya), Syira dah masuk Labour Room..(agaknya x tidur tu petanda nak dapat anak buah?). Selang beberapa jam, Zul khabarkan Syira dah bersalin..anak lelaki. Lelaki lagi! Mak saya memang kaya cucu lelaki..setakat ini, Imanlah seorang 'Princess'..:). Makanya..saya adik beradik semuanya beranakkan sulung lelaki..

Adam Mikael...nama anak buah baru Mak Long!
Saya dan Zul penggemar RAM..Rayyan, Adam Mikael..siapa yang tahu..tahulah..:)
Saya dan Zul penggemar RAM..Rayyan, Adam Mikael..siapa yang tahu..tahulah..:)
July 27, 2012
Ramadhan~7 hari Amar
Sekejap sahaja sudah 7 Ramadhan. 7 hari juga Amar berpuasa.
Alhamdulillah. Ini tahun kedua untuknya, tahun lepas dia dapat 10 hari. Moga
tahun ini lebih baik. Pada hari pertama dan kedua Amar buat perangai lapar di
tengahari, siap marah-marah adik-adiknya yang saya suap di tengahari. Mujur
ketika itu di rumah keluarga mertua, kakak-kakak sepupunya pun berpuasa..adalah
motivasi dan contoh untuknya.
Masuk hari ketiga, saya agak risau sebab dia bersekolah.
Sangkaan meleset sama sekali. Dia ceria ketika saya ambil di tabikanya. Siap
ada bekalan untuk berbuka. Saya menyambut baik tindakan guru tabika Amar yang
turut menggalakkan anak-anak muridnya berpuasa. Sepanjang pengetahuan saya,
makanan pagi masih disediakan kerana ada murid yang belum berpuasa, ada yang 5
tahun dan ada juga yang baru belajar. Manakala untuk murid yang berpuasa,
makanan akan dibungkuskan dan dititip pulang sebagai juadah berbuka. Secara
tidak langsung murid yang kecil dan baru belajar boleh mencontohi rakan-rakan
yang berpuasa, murid yang berpuasa pula lebih bersemangat untuk terus berpuasa.
Doa saya, semoga anak-anak saya terus diberi
kekuatan dan kesabaran untuk berpuasa, tahun ini, tahun depan, tahun seterusnya dan hingga akhir
hayat..amiin.July 26, 2012
Ketuk-ketuk Ramadhan
Rancangan masak memasak memang
saya suka, walaupun tak berapa rajin memasak..tapi sangat suka tengok orang
masak. Ketuk-ketuk Ramadhan adalah di antara rancangan masakan yang hanya ada
di bulan Ramadhan..:).
KKR ini saya suka sebab menunya
ringkas, mudah faham dan senang-senang saja. Sedap?itu belum pasti, bergantung
kepada tukang masak, kaedah dan bahannya, lagipun tak boleh nak rasa-rasa. Sesuailah
untuk urusan masak memasak di bulan puasa ni, tak perlu mereka-reka lauk pauk
yang aneka ragam. Sederhana lebih baik..
Ramadhan Kareem~Senyum Bonda
Alhamdulillah, diari awal
Ramadhan tahun ini dimulakan dengan berpuasa bersama keluarga. 1 Ramadhan kami
pulang ke Batu Laut, berbuka bersama keluarga suami. Tersenyum lebar mak dan
abah dengan kehadiran semua anak, menantu dan cucu-cucu. Makanan dan lauk-pauk
jadi lebih sedap bila hati-hati rasa bahagia. Saya dah lama tidak meng’imam’kan
tarawih, malam 2 Ramadhan berkesempatan dan berpeluang berjemaah bersama mak
mertua,ipar-ipar dan anak-anak saudara perempuan..teringat pula zaman berusrah
bersama ADWAMAH..rindunya saya dengan mereka.
2 Ramadhan, kami bertolak pulang
sekitar jam 3.00 petang. Suami saya bertanya;’Nak buka dengan mak tak?’. Hati
saya sangat kembang..alhamdulillah, suami seakan mengerti bisikan rindu saya
untuk berbuka dengan mak sendiri. Perjalanan bertamu bonda memang barokah, kami
sempat membeli juadah ringkas sebelum tiba di rumah mak. Sejurus sebelum waktu berbuka,
kami dah sampai rumah mak..alhamdulillah! Saya sangat suka dan bahagia dengan
senyuman mak..:)
July 20, 2012
Ramadhan Kareem~Tekad Menyusukan Anak
Alhamdulillah..hingga tarikh hari ini, saya masih berpeluang menyusukan Rayyan..dia menjangkau 1 tahun 7 bulan. Bagi saya, ini antara kemenangan peribadi saya yang akan saya cuba pertahankan hingga Rayyan menginjak 2 tahun dan lebih, insha Allah.
Besok, Ramadhan menjelang..saya berazam untuk menyusukannya dengan baik dan sempurna seperti bulan-bulan lain. Puasa bukan penghalang untuk saya menyusukan anak..tahun lepas boleh buat..tahun ini pasti lebih baik, permudahkanlah ya Allah. Saya kena kuat dan saya kena tekad, sahur...berbuka mengikut keperluan, minum air di waktu malam secukupnya..insha Allah..boleh!
Berat badan saya 'maintain' seperti sebelum kahwin..berkat menyusukan anak..alhamdulillah. Jenuh saya menangkis teguran keluarga dan rakan2 yang menyatakan saya kurus..ada juga mulut2 nakal..'tak cukup makan ke?'..hakikatnya..saya seorang yang berselera...dan saya adalah ibu yang menyusukan anak..di samping kadar metabolisme saya yang tinggi. Saya tidak kurus, cuma saya tidak meng'gemuk'..saya mudah naik dan turun berat badan.
Untuk anakanda Rayyan..moga rezeki ini berkat untukmu..insha Allah..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)